Followers

Sponsored Advertisement

.

Cara kenalpasti, perbezaan Telur Ayam Palsu~


Sejak seminggu dua ni, asyik sebut pasal telur tiruan sahaja kan.. so kakzi suka sangat share ngan pembaca semua tentang telur tiruan ni supaya kita tak terpedaya. maklum sajalah, telur ni memang bahan penting dalam masakan kita. tapi kita memang boleh bezakan telur tiruan ni kalau diberikan pendedahan bagaimana nak membezakannya. ok, tengok pic kat bawah tu, memang ada perbezaan kan. kalau u all google memang ada info pasal telur tiruan ni... ya dah lama rupanya pengeluaran telur ayan tiruan ni. Paling lama yang kakzi baca pada tahun 2008. amat menakutkan ...dan sngat berbahaya sebenarnya sebab kita takut ingredients tu memberi kesan sampingan dalam tubuh kita kalau di ambil dengan banyak... dan yang paling kita takuti ialah telur-telur tiruan tu dah pun sampai di Malaysia! sebab tu telur kat rumah kakzi tak bersentuh dah tu... argghhh psyco sebentar.. Ok ni  gambar yang diperolehi /diemail dari kawan kakzi cara membezakan telur tiruan dengan telur asli... tak kirala sama ada perbezaan dari segi saiz, bentuk dan physical nya apabila telah digoreng. Harap sangat agar info ini  dapat membawa sedikit pengetahuan dan maklumat  pada u all supaya tak terbeli atau temakan..




Perbezaan telur tiruan (kanan) dan telur asli. – BERNAMA

nampak perbezaannyakan

 
Teknik telur tiruan di buat
Gambar ni merupakan bahan-bahan mentah untuk menghasilkan telur tiruan

Bahan-bahannya;
calcium carbonate
starch
resin
gelatin
dan beberapa  lagi bahan kimia yang diperlukan



Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair seakan telur kuning dimasukkan pada mould  bentuk bulat

Proses ini adalah untuk menghasilkan lapisan luar telur kuning



Keemudian, lapisan luarnya pula disaluti dengan lilin dan calcium carbonate.
Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Langkah terakhir ialah dengan mengeringkan telur itu untuk mengeraskan kulit dilapisan luar.

Ni rupanya kalau telur tiruaan digoreng.

_____________________________________________________________________

Ni ada sikit info tentang Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Bila fikir-fikir balik makin takut dengan penemuan sebegini. Taktau apa yang dikejar hingga sanggup mencipta telur palsu tanpa kira keburukan atau kesannya. Pesanan kepada semua pembaca, selepas penyebaran info ini, kita mesti lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak tertipu, tambahan pula ianya berbahaya kepada kesihatan.
Kakzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...