CLICK! CLICK! FOR MORE INFO

Followers

NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

MANJAKANI

Get your cookies

Saturday, April 16, 2011

RESEPI : SAYUR CAMPUR UDANG (CHAP CHAI)


Memasak sayur campur udang atau chap chai ni menjadi favourite kami sekeluarga. Resepi ordinari la juga.Maaflan Norzi agak lama tak update blog ni, bukan tak masak ..banyak Norzi snap dah tinggal nak masukkan aje.. cuma masa tak berapa mengizinkan pada masa ni.Kali ini Norzi masukkan entry Sayur chap chai , tapi masakan ini biasanya norzi suka sebut sayur campur dengan udang..dan gelaran lain adalah chap chai ,dan semestinya masakan yang mudah dan simple.... 

Norzi buat chap chai dua versi. Tengok dua versi gambar di bawah ya. Dua-dua adalah menggunakan bahan yang sama cuma yang gelap sikit tu Norzi tambah sos tiram , yang lagi satu tu tak pakai sos tiram. Masakan sayur campur chap chai adalah masakan kegemaran kami. Style gambar atas tu kalau dimakan memang rangup , hubby suka yang macam tu. Biasanya Norzi masakkan dengan ikan goreng, ikan sambal ayam dan seumpamanya. 




Sayur campur aka chap chai ... sayur segar  dan rangup! Anak-anak suka brokoli.







Ni norzi  letakkan resepi dari CMG, norzi ikut sebijik macam ni cuma tak letak putik jagung  dan kacang peas sebab hubby tak suka, tapi campur kacang buncis sikit. Ni dah jadi resepi kesukaan hubby norzi , selagi stok sayur tak habis, dia akan suruh buat chap chai..hehe sedap sangat.. makan ngan ikan goreng pon sodap. Kalau perasan norzi ada tambah 3 keping crab stick potong2 sebab anak2 boleh makan crab stick tu.



ni resepi asal oleh CMG.


BAHAN-BAHANNYA :-)
Bunga kobis, potong sekuntum2
Broccoli, potong sekuntum2
3 - 4 batang putik jagung, hiris serong
15 tangkai kacang peas, kerat 2
1/2 biji capsicum merah, hiris
1/2 biji capsicum hijau, hiris
1/2 biji capsicum kuning, hiris
1/4 biji kobis, potong kasar
1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula (resepi asal letak, tapi kakzi tak letak )


cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tambah udang, lobak merah, bunga kobis dan  tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan semua jenis capsicum, kobis, broccoli dan juga sos ikan. Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit  garam kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak garam atau renjiskan dengan sos ikan. Hidangkan panas2
ok selamat mencuba dan menjamu selera..
“Jazaakumullah Khairan Katsiran
~norzi~




No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


KHASIAT DAN KEBAIKAN MANJAKANI ASLI

RECENT POSTS

Norzi Foodilicious House's visitors

widgeo.net