Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : CALAMARI SEGERA


Assalamualaikum, pagi ni masak segera lagi, hehehe masak kalamari aka sotong besarrr segera, siap ada tepung. Rasanya memang sedap macam ala-ala makan calamari kat pizza hut tau. Anak2 norzi memang suka sangat. Kalau sebungkus tu murah je kat supermarket standard la rege nya around RM14.90 more or less la kan . Ok ni sure la tak da resepi kan, sebab segera... tapi takpe, foodilicious is all about fooodddd so it is ok for norzi, i just love to put it here and to share with all of u guys ( itu pun kalau ada yang baca , kalau takda pun tak apa because it is like my own cook diary, boleh kan). Ok, cerita tentang sotong ni kan, norzi baru je first time beli yang segera ni. Tatau la kenapa, mungkin ini produk baru di market ke atau norzi yang tak jumpa, norzi pun tak pasti. Tapi yang pasti , memang sedap, yummylicious sangat.. and norzi recommend la kalau u all nak beli.  Ahha, kalau nak buat open house atau gathering or any makan-makan occasion, pun boleh juga beli sebungkus dua, goreng and hidang.. selalunya budak-budak yang serbu dulu sebab budak2 kan suka makanan sebegini...






Anak-anak kesayangan norzi semua suka n diorang makan dengan mayo or ketchup. So , pada yang menggemari calamari bolehla buat stok kat umah, agak2 tak da idea or nak segera sebab kesuntukan masa, masa tu lah kita goreng kan :) ok sekian saja untuk entri kali ini ya. wassalam.
Luv~norzi~


RESEPI : PIZZA SEGERA

Salam , apa kabar. Ni norzi nak masuk entri yang acap segera gittew..hihi resepi siang tadi adalah pizza segera. Sorriii, sorri , norzi tak buat pun based and everything, norzi hanya  bakar aje kat dalam oven, ikut arahan macam kat kotak//sorry kotak dah kena lesing dah ...as usual, aktiviti membakar kita kena la set oven,, tunggu sekejap ..dan siap~ ngap ngap ngap!

Langkah-langkah yang amat mudah, cepat, cegera dan gerenti pizza tu boleh di makan :), sebab ada juga orang buat tak jadi kan,, so usaha tu agak memenatkan tapi hanya pengalaman tu yang tak dapat di jual beli...heheeh

opps back to the main point,  maafla , tak ada resepi pun sebab norzi beli yang segera. Pizza ni kpizza daging jenama Jusco harga RM9.90. Norzi cuma tambah sedikit cheese as topping , tapi bukan mozarella sebab takda stok, masa tu ada cheese kraft yang petak tu, shred kecik2 n tabur kan lagi atas pizza sebelum bakar. hasilnya memang memuaskan, yummy yummy deliciousss!

Tips sebelum bakar: u all kena keluarkan dulu dalam 30mnt- satu jam  macam tu supaya dohnya lembut.Kalau baru bawa keluar dari freezer, beku dan kejang kan... kalau terus bakar alamat kerass sangat kan... takut kalau keras sngat tak berapa sedapla.
kakzi suka based pizza ni sebab dia agak crunchy sebab nipis sikit. Kalau pizza di Dominos, based macam ni dipanggil New York based rasanya. Sebenarnya, Kakzi ngan anak2 memang suka western food dan segala -gala benda berasaskan cheese memang kegemaran kami!hihi.
Since tak ada resepi, apa kata kita layan gambar hari ni. Jom tengok kakzi bakar pizza ni. Tak susah pun, just masukkan dalam oven , tunggu beberapa ketika dah siap!!!



sedang membakar





Tengok pizza ni.. yummy kan kan kan.. hehehe

yang one slice tu hilang, dah selamat masuk dalam peruttt.... .. Tapi memang sempoi sangat sebab resepi takda tiba-tiba dah ada segala, heheh . 

RESEPI : MASAK LALA GORENG

Assalamualaikum, salam hari ahad. Minggu ni rasanya minggu yang paling buat norzi exhausted, hukhukhuk. Banyak sangat kerja yang perlu dibuat dan beberapa perkara family, ulang alik dan bla,bla,bla tak yah la norzi membebel lagi kan..sekadar tulis untuk kenangan lain hari. norzi je dapat bayangkan kepenatan dan kebizian nya.. alhamdulillah syukur masih boleh menghadapinya.. ok jom tengok apa yang norzi masak ari ahad nih hehehe. sempat snap ini aje lagi 2 masakan dah selesai ngap ngap . hehehari ni norzi masak lala goreng. Sedap sangat makan dan meratah. jom tengok resepi.









Lala goreng
1. 2 bungkus lala
2. sebiji bawang besar (dihiris kasar)
3. 4 biji bawang putih (ditumbuk)
4. 4 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 2 batang serai (sebatang di hiris, sebatangdi titik)
6. Sebiji cili merah di potong besar
7.2 inchi halia (dihiris)
8.2 sudu besar sos tiram
9. setengah sudu kecil garam
10. 3/4 cawan air

cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang kecil dan putih yang telah ditumbuk.
2. Setelah naik bau,masukkan halia, bawang besar, serai, kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sedikit garam , kacau rata.
4. Kemudian masukkan lala yang telah dibasuh bersih dan kacau rata.
5. Masukkan air  dan cili merah,dan tutup seketika  ,kemudian kacau rata dan setelah benar2 masak angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.salam sayang,
~norzi~

RESEPI : SAYUR CAMPUR UDANG (CHAP CHAI)



Memasak sayur campur udang atau chap chai ni menjadi favourite kami sekeluarga. Resepi ordinari la juga.Maaflan Norzi agak lama tak update blog ni, bukan tak masak ..banyak Norzi snap dah tinggal nak masukkan aje.. cuma masa tak berapa mengizinkan pada masa ni.Kali ini Norzi masukkan entry Sayur chap chai , tapi masakan ini biasanya norzi suka sebut sayur campur dengan udang..dan gelaran lain adalah chap chai ,dan semestinya masakan yang mudah dan simple.... 


Norzi buat chap chai dua versi. Tengok dua versi gambar di bawah ya. Dua-dua adalah menggunakan bahan yang sama cuma yang gelap sikit tu Norzi tambah sos tiram , yang lagi satu tu tak pakai sos tiram. Masakan sayur campur chap chai adalah masakan kegemaran kami. Style gambar atas tu kalau dimakan memang rangup , hubby suka yang macam tu. Biasanya Norzi masakkan dengan ikan goreng, ikan sambal ayam dan seumpamanya. 




Sayur campur aka chap chai ... sayur segar dan rangup! Anak-anak suka brokoli.







Ni norzi letakkan resepi dari CMG, norzi ikut sebijik macam ni cuma tak letak putik jagung dan kacang peas sebab hubby tak suka, tapi campur kacang buncis sikit. Ni dah jadi resepi kesukaan hubby norzi , selagi stok sayur tak habis, dia akan suruh buat chap chai..hehe sedap sangat.. makan ngan ikan goreng pon sodap. Kalau perasan norzi ada tambah 3 keping crab stick potong2 sebab anak2 boleh makan crab stick tu.

ni resepi asal oleh CMG.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Bunga kobis, potong sekuntum2
Broccoli, potong sekuntum2
3 - 4 batang putik jagung, hiris serong
15 tangkai kacang peas, kerat 2
1/2 biji capsicum merah, hiris
1/2 biji capsicum hijau, hiris
1/2 biji capsicum kuning, hiris
1/4 biji kobis, potong kasar
1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula (resepi asal letak, tapi kakzi tak letak )


cara-caranya 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tambah udang, lobak merah, bunga kobis dan tuang sedikit air. Kacau dan masak sekejap. 
Masukkan semua jenis capsicum, kobis, broccoli dan juga sos ikan. Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit garam kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak garam atau renjiskan dengan sos ikan. Hidangkan panas2 

ok selamat mencuba dan menjamu selera.. 

“Jazaakumullah Khairan Katsiran

~norzi~







Cara kenalpasti, perbezaan Telur Ayam Palsu~


Sejak seminggu dua ni, asyik sebut pasal telur tiruan sahaja kan.. so kakzi suka sangat share ngan pembaca semua tentang telur tiruan ni supaya kita tak terpedaya. maklum sajalah, telur ni memang bahan penting dalam masakan kita. tapi kita memang boleh bezakan telur tiruan ni kalau diberikan pendedahan bagaimana nak membezakannya. ok, tengok pic kat bawah tu, memang ada perbezaan kan. kalau u all google memang ada info pasal telur tiruan ni... ya dah lama rupanya pengeluaran telur ayan tiruan ni. Paling lama yang kakzi baca pada tahun 2008. amat menakutkan ...dan sngat berbahaya sebenarnya sebab kita takut ingredients tu memberi kesan sampingan dalam tubuh kita kalau di ambil dengan banyak... dan yang paling kita takuti ialah telur-telur tiruan tu dah pun sampai di Malaysia! sebab tu telur kat rumah kakzi tak bersentuh dah tu... argghhh psyco sebentar.. Ok ni  gambar yang diperolehi /diemail dari kawan kakzi cara membezakan telur tiruan dengan telur asli... tak kirala sama ada perbezaan dari segi saiz, bentuk dan physical nya apabila telah digoreng. Harap sangat agar info ini  dapat membawa sedikit pengetahuan dan maklumat  pada u all supaya tak terbeli atau temakan..




Perbezaan telur tiruan (kanan) dan telur asli. – BERNAMA

nampak perbezaannyakan

 
Teknik telur tiruan di buat
Gambar ni merupakan bahan-bahan mentah untuk menghasilkan telur tiruan

Bahan-bahannya;
calcium carbonate
starch
resin
gelatin
dan beberapa  lagi bahan kimia yang diperlukan



Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair seakan telur kuning dimasukkan pada mould  bentuk bulat

Proses ini adalah untuk menghasilkan lapisan luar telur kuning



Keemudian, lapisan luarnya pula disaluti dengan lilin dan calcium carbonate.
Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Langkah terakhir ialah dengan mengeringkan telur itu untuk mengeraskan kulit dilapisan luar.

Ni rupanya kalau telur tiruaan digoreng.

_____________________________________________________________________

Ni ada sikit info tentang Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Bila fikir-fikir balik makin takut dengan penemuan sebegini. Taktau apa yang dikejar hingga sanggup mencipta telur palsu tanpa kira keburukan atau kesannya. Pesanan kepada semua pembaca, selepas penyebaran info ini, kita mesti lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak tertipu, tambahan pula ianya berbahaya kepada kesihatan.
Kakzi

Telur Ayam Tiruan?

Salam Sayang dari kakzi.. apa kabar semua..
wah lama sangat tak hapdet blog ku ini. tiba2 muncul je bawa cerita yang acap hangat dan sangat mempengaruhi kesihatan~ Telur ayam tiruaan!! dah banyak kita baca tentang telur ayam tiruan yang telah di kenalpasti. Oleh itu, kita yang memang selalu menggunakan telur especially yang nak buat kek ke , biskut ke, dan sebarang masakan guna telur, kenala hati2 ya... kakzi pun dah 2-3 hari tak makan telur... ni kakzi bawakan beberapa laporan tentang telur ayam tiruan yang berada di Pulau Pinang .
______________________________________________________________________________

Telur Ayam Tiruaan di Pulau Pinang
Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

NONEDemikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...