Followers

Sponsored Advertisement

.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : KENNY ROGERS ROASTERS

Assalamualaikum..salam sejahtera.. lama rasanya tak tengok blog lately... terlalu sibuk sangat seminggu dua ni.. tidur pun tak berapa nak cukup.. sungguh2 sibuk .. sabtu hari tu (24 march 3012), norzi masak pagi dan tengahari. Lepas asar, kami ke Jusco Equine untuk beli2 barang sikit.. i bought a new camera! Alhamdulillah.. Kali ni i dont buy for myself because dah several times i bought to reward myself ..tapi semua tak ok, hilang, rosak, jatuh, and ada satu  tu picture quality problem tak satisfying and kali ni hubby plak belikan norzi.. Thanks abang.. i really appreciate it. 

Lepas penat, bawa anak2 main2 kejap kat pusat mainan... lepas tu sorang-sorang merengek nak makan ...kami pun .isi perut dulu sebelum balik.. atas permintaan anak sulung dan yang kedua tu nak makan kenny rogers, kami sekeluarga pun makan la kenny rogers.. berselera semua makan dan semua habis licin.. bagusla sebab tak membazir... 




welcome to Kenny Rogers Roasters





 fresh fruits..part of my side dishes..







pilihan kenny rogers quater meal with 3 side dishes... pilihan yang tiga ni memang menjadi pujaan anak tekak Norzi.. memang suka sangat dengan kombinasi rasanya... blackpepper sauce pulak 2 mangkuk kami makan extra.. sebab bila ada sauce yang cukup barula rasanya naik ..:)




 ni anak norzi , kakak dan abang ambil meal kids yang sama... yang kakak makan habis licin... tapi si abang hanya makan ayam saja... dan macaroni baby yang habis kan... :)




air ini memang sedap//






muffin ni dulu lebih besar saiznya berbanding skg....hehe










Sekian sahaja corat coret hari ini..tips, sekiranya anda nak outing untuk bawa keluarga makan bersama... Kenny Rogers Roasters memang sesuai.. rasanya pun sedap dan agak istimewa dari meal biasa.... sesekali apa salahnya kita menghadiahkan saat2 istimewa bersama anak2 dan orang tersayang.. pastinya setiap detik masa yang kita lalui dengan anak-anak dan orang tersayang akan menjadi pengalaman dan sejarah terbaik untuk anak2 , insan tersayang dan diri kita sendiri.. 





JALAN - JALAN CARI MAKAN : SABAH ... SEDAPNYA SEAFOOD


Sepanjang perjalanan ke Sabah, yang paling seronoknya makan seafood... semuanya sedap dan murah.. best best dan best suka sangat.. suka juga ke pasar Philippines . Norzi baru pernah 2 kali ke Sabah atas beberapa urusan. Norzi pergi ni pada tahun lepas. Norzi pergi beberapa tempat dan sempatla berjalan ke beberapa tempat-tempat utama di Sabah. Norzi pergi  ke kaki GUnung Kinabalu atau pun Kinabalu Park. Tak banyak gambar yang dishare di sini sebab kebanyakannya penuh dengan muka norzi :) . Jadi ada beberapa keping yang telah di pilih untuk disharekan di sini... 


Masa sampai saja di Sabah, kami makan kat belakang pasar Philippine. Agak sesak juga  Kawan yang recommend makan kat sini... mula2 agak ragu2 juga..bukan apa masyarakat di sana adalah sikit2 iras muka macam garang2 kan..hihihi   tempat orang ..sebab tu la was2 takut2 tu ada juga...masa dah sampai sana tu, malam, kami sempat check in sebelum pergi makan sebab malas nak bawa beg yang besar tu ... kami order ikan dan sotong.. harga lebih kurang rm30 tuk ikan.. dan rasanya rm30-rm40 untuk sotong tu semua..lebih kurang la... tapi lepas makan merata2 di sabah, kawasan depan pun ada orang juga ikan bakar dan seumpamanya, rasanya kat bahagian depan lagi ok dari segi kedai, kebersihan dan persekitaran.. ianya sebaris ngan kawasan water front... dalam 15mins walk..





Sepanjang ke Kinabalu Park, banyak sangat capture gambar... antaranya gambar kat atas ni.. makin lama makin sejuk kat atas,,, macam mak naik cameron juga ...di Kinabaalu park sempat la jalan2 kejap, naik 4 wheel drive masa tu , kami menyewa dengan kos RM210 sehari.. kami sewa di airport. Masa pergi tu memang ramaila pelancong macam kami.. :)  pemandangan memang cantik sangat sepanjang perjalanan. memang tak dapat di nafikan..menikmati panorama alam semulajadi adalah sesuatu nikmat yang sangat norzi dan keluarga hargai. Kami memang menghargainya..






Sepanjang perjalanan turun, kami jumpa kedai yang jual sayur2 segar.... norzi tak beli apa2 pun sebab kalau beli nanti tak sempat bawak semenanjung semua dah layu kan.. so , kami tengok2 aje lah dan cuci2 mata.. :)


Kami juga singgah ke tempat ikan kelah.. wah banyak sungguh ikan... yang tak takutkan orang.. memang ada spesies orang tak takut ikan, dan ikan ni pun tak takut orang.hehe ..norzi takut ikan , jadi  norzi takla letak kaki dalam air. sebab ikan kelah ni, kalau kita masuk kat air, semua akan serbu dan gigit2 kaki kita.. owh memang ngeri..tak sanggup rasanya.. kolam ni tak la besar sangat... masuk pun tak boleh lama, per entri dalam rm5 kalau tak mandi.. untuk 15minit. kalau nak mandi rm10 tapi dalam masa 15minit tu la sebab lepas tu orang lain plak nak masuk..kalau tidak jadi sesak la kat tempat tu....

sepanjang di sana, banyk benda2 menarik. tapi bila benda dah pun menjadi sejarah, dan lambat direkodkan, banyak la yang lupa. tips the do's dan the dont's tak dapat nak senarai kan satu2 sebab bnyk lupa tapi from time to time if norzi ingat norzi akan update di sini ya.








 kami juga pergi makan dekat dengan masjid di KK. kat sini makanan nya okla , not bad... kami makan 2 kali.. suasana memang menarik... memang seronok sangat.. ni gambar silhouette norzi :)... banyak lagi nak update tapi atas sebab kekurangan masa hari ini , norzi update later la ya di lain kelapangan. wassalam.. 

CUTI-CUTI MALAYSIA : BAGAN LALANG

Pada 4 Mac 2012, Norzi sekeluarga just nak berjalan2 mengisi masa bersama. keluarga.. so, the best activity selain bersukan ialah pergi ke pantai..since tempat yg paling dekat dengan tempat Norzi adalah Bagan Lalang, so my hubby and 1 decided pergi ke Bagan Lalang instead of PD. Before that, Norzi ada try buat hotel reservation sekitar Khamis/ Jumaat  di PD over the phone, unfortunately all fully booked. So, kami pun setuju la pergi Bagan Lalang .. and both my husband and i decided to have dinner kat situ..and makan sea food..

Once we reached Bagan Lalang,  first thing yang terlintas kat kepala masa tu, adalah rasa suka sangat bcoz the scenery sangat2 cantik.. kat tepi2 jalan banyak orang meniaga ..biasala kan ..ada pelampung, bola, slipper dan semua keperluan untuk aktiviti air.. first thing first, anak2 dah melonjak2 nak beli layang-layang lah, plastic shapes untuk sand castle, dan bla bla bla... walaupun dah banyak kali beli... akhirnya kena beli lagi sebab tak bawa pun yang ada di rumah tu.. so both of us pun beli la.. 

Before beli, Norzi and famili pekena cendol, abc, air kelapa dan pisang goreng dan keledek goreng...sebenarnya gambar banyak snap masa kat sana , but masa tengah2 sibuk tangkap anak ikan kat air, camera yg kat dalam beg pun terjatuh dari beg dan tenggelam.. bila angkat,  basah sudah,.so sampai hari ni belum boleh on... sedihnya..it was my 5th camera .. so dalam kesedihan tu,, morale of the story, setiasa lah menzipkan bahagian beg yang boleh memuntahkan isi perut beg tu... 

sebab nak abadikan gambar2 ngan anak2 Norzi, Norzi still cari jalan nak capture all the precious moments ..gunakan la resource lain iaitu handphone. (apalah sangat gambar dari handphone kan...). since sampai di Bagan lalang pun dah lewat, sempatla layan the kids main sekejap..kalau kata tak boleh, takut menghampakan perasaan anak2... apalagi..anak2 main sampaila hampir senja,...sempatla snap beberapa pics untuk di jadikan kenangan buat keluarga kami..



 see ...sibuknya diorang korek, korek , korek dan korek lagi pasir tu..mana castle nyeee... :)




Apakah rupa bentuk castle ini sebenarnya...  belasah aje la... janji the kids seronok  main pasir and air.. gambar2 lain semua nya gone sebab sd card basah.. esok nak cuba transfer gambar, kalau berjaya boleh la Norzi update sikit masuk sini.. :)

selain main pasir, ada juga main layang2..aingin kuat and layang2 pun terbang tinggi ..memang fun sangat..




 Look at my girl... what a fun time!





 Sampaila matahari dah nak terbenam, cepat2 la kami pack barang dan nak tukar baju budak2 , mandi dan solat di kawasan berhampiran..




Dalam kata cepat...cepat... sempat lagi tu the eldest membuat percubaan untuk tangkap ikan lagi.. memang seronok sangat.. rasa tak puas sebab sekejap sangat...
 Look, they are having fun ..




Then, semua ready untuk tukar baju... bila dah siap semua, hari pun dah gelap..hubby pun batalkan hasrat nak stay for dinner sebab jalan nak ke Bagan Lalang agak gelap... so lepas solat, cepat2 la drive balik.. Dalam perjalanan semuanya ok, tapi adalah terserempak dengan accident antara motosikal dan 4 wheel drive... kami banyak2 berdoa sahaja sebab ngeri juga ada orang kat atas jalan.. Before sampai rumah, semua mesti isi perut sebab semua dah kepenatan, Norzi pun dah tak larat nak masuk dapur untuk masak, so lepas dinner,  sampai saja rumah, the kids telah diminta mandi again, and tukar baju tido sebelum semua zzzzz.... memang exhausted semua orang...

Overall , untuk pergi ke Bagan Lalang , Norzi secara peribadi menilai sebagai ok untuk mengisi masa lapang bersama anak2.. Ingin Norzi tekankan.. tak banyak development di kawasan sekitarnya. , dan kepada sesiapa yang nak datang dan makan di Bagan Lalang, digalakkan survey dahulu dan perhatikan kadar kebersihan kedai untuk kepuasan dan menjamin kesihatan..  sekian

CUTI-CUTI KE JEPUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti-cuti ke yang Norzi nak kongsi dengan rakan2 maya adalah pengalaman Norzi ke Jepun... tapi bukanlah tahun ini.. dah beberapa  tahun lepas.. cerita agak lama tapi harap-harap ada kebaikannya kongsi pengalaman di sini.. jika ada yang akan ke Jepun, sekurang-kurangnya mempunyai tak banyak,  sedikit pengetahuan sebelum ke negara tersebut.. Jepun memang agak besar.. Norzi pun pergi ke Tokyo sahaja pada masa itu atas beberapa urusan. 

Norzi masih ingat lagi, penerbangan ke Jepun memakan masa selama 6 jam dari Kuala Lumpur International Airpot (KLIA) ke Narita International Airport, Tokyo. Perjalanan agak memenatkan..kerana duduk sahaja dalam air plane dan sekali sekala ada la berjalan ke toilet, ikut keperluan :). Pengalaman ke Jepun memang buat Norzi excited sebab perjalanan pada masa itu sekitar bulan March dan cuaca di Jepun pada masa itu sejuk dan bersalji. seperti biasa, persiapan visa telah terlebih dahulu diselesaikan 2 minggu awal.. dan penginapan telah terlebih dahulu di booked ...Duit currency Jepun in Yen pun telah di tukar awal-awal di KLIA. Baju ,kelengkapan untuk ke negara yang sejuk pada masa itu semua telah di bawa di dalam bagasi,ada juga handcarry.. foods untuk bertahan selama seminggu pun dah bawa juga...maklumla duduk di Jepun, agak susah sikit dapat makanan halal kerana majoriti penduduknya memang memakan makanan tidak halal..tambahan pula barang2 di Jepun memanglah amat mahal berbanding di Malaysia.. jadi , nilai wang kita sangat kecil jika dibandingkan..so norzi bawa nasi himpit segera, serunding, maggi, sardine, 3 in 1 milo, 3 in 1 nescafe dan....periuk nasi kecil hihih.. sebenarnya di dalam hotel memang tak di benarkan memasak..tapi norzi bawa juga hehe ,in case susah nak makan sebab that was my first time to be in Japan , so i totally have no idea on the food , climate , people and everything. Kira pergi seminggu tu macam pergi sebulan je hahahaha..:)

Sesampai di Narita International Airport,Tokyo, ramailah umat manusia.. Lepas cari beg dan mencari taxi untuk ke penginapan, Norzi keluar dan cuaca di luar mencecah -2 degree.. wah sejuk sangat.. sebab Norzi sampai waktu malam. Keluar je dari pintu airport dah siap2 pakai winter jacket, dan glove. Memang sejuk sangat ..tambahan pula bila ada angin sepoi-sepoi, sampai ke tulang la rasanya.. Masa di tempat sejuk , pastikan tiada bahagian badan terdedah seperti jari jemari kerana jika terlalu sejuk boleh sebab kan kita hilang deria rasa...






Tunggu punya tunggu teksi, dapatla satu. satu teksi dari Narita Airport ke penginapan Norzi iaitu Tokyu Stay Apartment and Hotel, kosnya adalah sekitar lebih kurang RM300-RM400. Tengok lokasi dan jarak. Ada rakan yang ke sana mencecah RM1000 , mungkin hotel mereka lebih jauh. wahh pening juga.. memang begitulah di sana, semuanya serba mahal. Hotel pun kecil sahaja keluasannya, ada katil , toilet dan dapur masak, harganya RM500 satu malam .. sebelum sampai penginapan, Norzi minum2 dulu tapi tak sempat nak snap pics sebab masa tu beg banyk la juga...campur barang2 lain lagi ..sejuk lagi...mmg tak sempat nak snap.. sampai je hotel, unpack barang, buat air panas , mandi2 , solat dan tukar baju.. walaupun hotel ada heater, tapi Norzi rasa tetap sejuk sangat. siap pakai socks tebal pun masih teramat la sejuk rasanya...sampai ke tulang..sungguh tak selesa.. so pada u all di galakkan cari long john . Bahan buatan long john yang bagus dapat memanaskan badan kalau berada di negara sejuk. Pakai long john dan sarung baju kita... Kalau nak cari kelengkapan winter, boleh pergi ke Alamanda, Sogo atau KLCC, nama brand 'Going Places' di Sogo dan beberapa brand lain..Norzi dah lupa la nak senarai kan satu2..



Sepanjang 5 hari di Tokyo, tak banyak tempat yang Norzi pergi ..malam hari kami merayau-rayau di sekitar Tokyo. Pengangkutan di sana adalah keretapi laju.. itu merupakan perkhidmatan awam utama.. di sana, susah nak nampak kereta..kebanyakan naik basikal.. di town, iaitu kota fesyen Tokyo pula terlalu ramai manusia....dan semua trendy.. di sana fesyennya semua cantik dan outstanding! memang Norzi suka sangat tengok.. so stylish! Sebab hari-hari naik train, so hari2 la menghadap machine ni.... heheh snap sikit !










Gambar kat atas tu adalah machine beli tiket train.  Norzi perhatikan, di Jepun mereka lebih utamakan practicality dan functionality of some products rather than aesthetic... tengok, ada public phone juga di Jepun, tapi untuk negara 4 musim, boothnya lebih proper dan fully closed. Kalau hujan air atau hujan salji pun, masih selamat dan tak la basah...  this is interesting right? i Love it selain ada privacy :)




oh ya, Norzi juga pergi ke Nissan showroom . hihi tengok2 usha2 la kereta kat situ especially Murano yang menawan.. lihat station info untuk Nissan cars, ada computer dan can be accessed by all visitors. suka tak concept ini ? :)









ada beberapa tempat yang Norzi pergi, tapi lupa namanya.. yang still boleh recall ialah Shibuya.. Norzi naik train dan berhenti di shibuya station. sepanjang hari yang sejuk tu, Norzi sempat snap pics yang ada gambar salji..Jalan basah... kelihatan pergerakan kereta agak terbatas dan pejalan kaki semua menggunakan payung ..perut pulak sentiasa la laparnya... sebab sejukss..minum air panas memang marvelous. Jom layan gambar..



Tengok tu.. salji menutupi permukaan bas, jalan raya, dan semua kawasan sekitar.....





Persekitaran town Tokyo mmg tak macam Malaysia..di siang hari nampak seluruh keliling bangunan ada iklan komersial yang disiarkan kepada pelanggan pada setiap permukaan bangunan tinggi..pada waktu malam..mmg meriah penuh cahaya...cuba tengok gambar di bawah pada waktu siang.. memang nampak perbezaannya.... 







Tengok la pics kat atas ni , perbezaannya...memang ketara dari segi persekitaran dan kalau ke Tokyo , memang sgt crowded dan penuh ngan manusia la.. Agaknya memang begitu ke hari2 di sana... Owh ya, pada peringkat awal ,ada rancang nak tengok bunga sakura, tapi imagine, nak sampai ke sana guna public transport iaitu keretapi laju mencecah 3 jam hehehe..  Norzi batalkan hasrat tapi meneruskan hasrat bershopping sakan di town hihi.tahu tak, baju winter coat yang Norzi beli di 'Going Places' di SOGO harganya untuk 3 item, dan satu glove total up RM800. Untuk winter coat saja RM499.. tapi sampai di Jepun, boleh tengok kat kedai merata2...design nya ada banyakkkk dan sangat murah, ada yg NOrzi jumpa semurah 1000yen iaitu bersamaan lebih kurang RM38 mengikut currency pada masa itu. Rupa-rupanya di negara 4 musim memang la murah kerana production banyak, demand tinggi ,bila ada volume, tentulah barang jadi murah..plus bila nak habis musim contohnya nak masuk musim bunga, penduduk akan mula cari stok baju untuk musim seterusnya..dan baju winter pun secara automatik tak ada la demand lagi ...  so, akan berlakulah  clearance sale sebab baju style lain pula yang akan mula dipasarkan atas faktor perubahan musim... ..begitula...serba sedikit ceritanya..


Norzi juga suka tengok gadget di sana..sangat banyak...selain pergi ke kedai2 yang jual mini cartoon character macam Gundam, dan seumpamanya... Norzi beli keychain cartoon Gundam banyak, bagi kawan2...:). Norzi juga beli beg duit .. barang di sana memang berkualiti, walaupun made in China tetapi mereka menapis hanya barangan yang berkualiti sahaja yang dibenarkan di masuk ke Jepun.. jadi memang puas hati.. Norzi sempat juga beli vibrator untuk urut kepala ketika sakit2 hihi sangat comel ,kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja ,harganya 1000yen juga.. coat yang norzi beli di sana 1000yen juga, tapi sampai Malaysia, sekali pun Norzi tak pernah pakai lagi hahahaha.. ada dalam lemari ..masih baru... tapi glove mmg Norzi pakai.. kalau pergi tanah tinggi , Norzi pakai sbb tgn sejuk sgt especially di Genting Highlands.. outdoor time ..




Norzi suka konsept petrol pump di sana kerana ianya gunakan concept hanging... mmg luarbiasa dan tiada di Malaysia.... taktahu ya kenapa design begini..ada kaitan dengan empat musim  atau tidak,Norzi pun tak pasti. Di Jepun, orang2nya memang mengagungi bahasa Jepun, susah nak jumpa yang fasih berbahasa inggeris.. tapi mereka sangat mesra.. masuk kedai je, terus diorang jerit "Arigato Gozaimasu! haik Haik!' hehehe

                          


Nak tau tak , Norzi nak beli la air fresh oren di sana yang dalam kotak kalau di sini sekotak around RM3.90 kot.. tapi di sana, sekotak melebihi Rm12..walla...so, i changed my mind beli la coffee latte je..hehe... masa tu lah teringat nak balik Malaysia ahahahaha... nak nasi lemak...nak sambal belacan, soto dan sebagainya dah hinggap kat pala ni... Norzi pergi makan kat restaurant Pakistan rasanya... sorry gambar tak tempek di sini sebab semua ada muka Norzi...hihi makan tempura prawn, dan macam -macam menu juga termasukla teh tarik.. rata2 kos makan di sana untuk sekali makan, 4 orang dalam RM300-RM400... jadi, kalau anda nak pergi ke Jepun, bawa duit extra sedikit kerana di sana barang-2nya memang mahal dan duit kita memang kecil , kecuali la kita ke negara seperti Indonesia.. tu memang kita jadi JUTAWAN segera kerana semuanya main juta2.. Nanti Norzi update on stories and experiences in Bandung... sangak syokk... :)
Selamat melancong dan selamat menjejakkan kaki ke Jepun. Baca tips dan buat persediaan terbaik sebelum berangkat ke negara orang . Persediaan awal dan banyakkan membaca agar kita tak terkejut dan sekurang-kurangnya kita dah bersedia lebih awal dan merencana aktiviti sebelum tiba di sana. 



Selamat melancong! :)
Norzi










Imponderables: Soft bread get hard while hard starched like crackers get softer when stale



staling bread is a perfect example of reversion to the mean. Bakery engineer Simon Jackel told Imponderables that the typical soft bread contains 32 to 38 percent moisture. If the bread is left unwrapped and exposed to the elements, it will become hard when it drops to about 14 percent moisture.

So, do keep your bread properly to maintain the moisture quality ..:)







SEMUA ENTRI PAKAIAN,PRODUK DAN TIPS KECANTIKAN DAN BANYAK LAGI DI 

RESEPI : UDANG BLACK PEPPER

Assalamualaikum.. hari ni Norzi update Udang Black Pepper... senang je resepi ni.. anak-anak gemar aka suka.. tetapi hati-hati , dalam kata udang ni sedap.. udang ni juga berkolestrol tinggi... jadi ada baiknya dikurangkan  kekerapan mengambil udang demi menjamin kesihatan anda... :) . 

Semasa baru berumahtangga, Norzi dan suami selalu ke Klang untuk menikmati masakan udang black pepper.. nama restoran adalah restoran Chendayu. Dah lama sangat dah.. tempat makan tu pun adalah jenis rumah yang di buat kedai makan berdekatan dengan kawasan nelayan dan kita macam di restoran terapung..... Nama kedai Chendayu.. kalau sesiapa pernah pergi, tentu sukakan pemandangan sekitar Chendayu kan .... tidaklh eksklusif mana pun cuma pemandangan memang terbaik , disamping masakan menggunakan bahan mentah udang, ikan , sotong dan ketam yang segar..dan di sekitar tu boleh nampak sampan... ada masa boleh nampak kapal juga.. nanti Norzi selongkar tengok ada tak gambar... 

Kali ni , Norzi pulak nak masak..macam biasala, Norzi akan gunakan mangkuk untuk campur semua bahan, Norzi gaulkan semua sekali...ok sambil-sambil layan gambar, jom semak resepi..!



campurkan bahan2 dalam satu mangkuk.





 

Dah siap.. Udang Black pepper 



Resepi: Norzi Foodilicious House/ Norzi Beautilicious House 

Bahan-bahan udang black paper:

15 ekor udang*
1 biji bawang besar-hiris kasar*
2 biji bawang putih di ketuk*
1/4 lobak merah (potong memanjang)*
1 inch halia dipotong memanjang*
1 Biji cili merah (potong panjang belah 4)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos pepper
1/3 lada hitam di tumbuk
sedikit gula
sedikit garam 


Cara-cara :
1) Campurkan semua bahan  bertanda *di dalam satu mangkuk
2)Panaskan kuali, sedikit minyak dalam kuali..tunggu hingga kuali panas..kalau boleh kawal api.. masa mula-mula api sedikit besar... kemudian di pertengahan memasak boleh di kecilkan sedikit api memasak.

3)Apabila nampak dah panas , masukkan semua bahan dalam kuali.

4) Goreng sekejap, terus masukkan cili kisar, goreng sehingga agak kering

5) Masukkan sos tiram, sos pepper, lada hitam yang telah di tumbuk ..dan kacau rata

6)Masukkan gula , garam dan cili dan kacau lagi hingga mesra dan lepas tu boleh la diangkat...

Semogga membantu 
salam ceria 
~Norzi

JALAN-JALAN CARI MAKAN : BURGER KING

Entri pasal makan2 pulak..:) .. kan Norzi dah kata, Norzi memang banyak sangat cerita nak story... cuma masa tak mengizinkan... malam ni Norzi akan tulis semampu mungkin sebab banyak dah janji nak update on vacations pun tak terupdate lagi... i feel sooooo guilty... maafkanla norzi...

Beberapa hari lalu, norzi makan Burger king... Lama dah tunggu nak makan Burger King.. akhirnya sempat juga makan hari tu walaupun masa Norzi dengan kawan agak suntuk kerana sibuk shopping baju kat Parkson ..hihih... jadi masa-masa lebihan sedikit sahaja sebelum kena rush pulang..Norzi makan macam biasala.. whopper burger.. sebab norzi makan sorang, beli la set Whopper Junior.. masa makan hari tu, tak tau la kenapa, selera makan down sangat.. rasa macam dah lama sangat nak makan, but once i reached the restaurant and all of the foods are in front of my eyes, selera plak tak berapa cun... so , bedal juga la sebab dah lapar tapi tak berapa selera.. pernah dgr ke kes macam ni... i pun pening jugak ni..


tapi takpela, janji penantian nak pergi ke Burger King tu dah la berakhir...sebenarnya tak la lama , tapi bila terfikir aje, tak boleh terus pergi...tu yang rasa lama kena menunggu...



bill norzi



set value meal.. :)

Kepada penggemar Burger King tentu tahu rasa burgernya yang lazat..kan kan kan..sebab dagingnya di grill. yang tak pernah cuba, sesekali boleh la mencubanya.. selalunya norzi pergi di Almanda, IOI mall atau KLCC.  Selain dari tu, Norzi pernah juga makan di KLIA ..masa tu Norzi dapat free coupon dari Malaysia Airlines System kerana flight ke Sabah delayed.. Coupon RM20, so Norzi beli set WHopper large size (hehe) yang harga kat KLIA RM17 ++ .. walaupun marah sebab delay masa mula2 tu , tapi lepas dapat coupon tu kira okla sebab masa makan tu boleh chit chat ...boleh la senyum sikit ...lupa la sekejap pasal menunggu :)

owh ya, just nak update, norzi nampak ada burger baru dan lebih murah harganya di Burger king..now on promotion. so u all guys kalau gi outing, boleh la cuba ya.. :)

RESEPI : AYAM PANGGANG

Selamat malam...Kali ni Norzi update masak ayam panggang yang Norzi buat last weekend... ayam panggang ni Norzi buat atas permintaan anak sulong yang makin hari makin membesar di depan mata... untuk tidak menghampakan my love yang sorang ni, Norzi buat juga la... tak la susah mana pun sebab yang penting kita perapkan dulu bahan2 ayang sebelum panggang...





mari semak resepi..
resepi asal ni tak tau la norzi main buat aje lepas dapat dalam buku ingat2 lupa...tapi campur kan saja apa yang ada..

Bahan2
1) satu ekor ayam
2) 3 ulas bawang putih*
3) 2 inch halia*
4) 1 batang serai*
5) sedikit lada hitam*
6) 3 sudu olive oil/minyak masak
7) 3 sudu sos tiram

Cara2
1) Perahkan lemon ke atas ayam dan sapu rata
2) Tumbuk bahan bertanda * dan sapukan pada ayam
3) sapukan semua bahan  kecuali minyak ke atas ayam 
4) kemuadian perapkan, masukkan dalam plastik 
5) Masa hendak bakar, ratakan minyak pada ayam..lepas gaulkan semua bahan2 norzi masukkan balik dalam plastik dan bungkus rapat, biarkan 2 jam macam pic kat atas tu..
6) Taburkan carrot , bawang besar dan kentang pada bahagian bawah ayam and letak sedikit minyak.
7) Bakar pada suhu 250degree selama 60 minit. Lepas 30-40 minit, perlu terbalikkan ayam sekirannya tidak memakai teknik rotation. 

TIPS: Jangan gunakan kaca kerana pada suhu ini sangat panas













nampak tak cik hubby tolong masukkan..







sedang memanggang ayam..:)

yang paling tragisnya... saat ayam ini telah masak.. norzi tak sempat nak snap gambar sebab semua dah berkumpul tak sabar nak makan... dah selesai makan barula tersedar yang ayam dan licin dah seekor kami kerjakan.. haiyayaya norzi...

RESEPI : CUCUR UDANG GERAGAU DAN UDANG KERING



Assalamualaikum, Norzi ada masak kebelakangan ini, cumaupdate je kurang.. hari ni akan tambah post mana yang sempat.. Norzi ni jenis yang mudah sangat, kalau masak tu tidaklah complicated... mudah-mudah sahaja berbanding orang2 lain.. masak pun yang paling ringkas dan sempoi.. yang penting pantas ..sedap dan mengenyangkan.. :) anak2 seperti biasa dah macam mulut burung dah minta di suap makan... cucur pun diorang kata sedap..sedap..selain nama cucur, ada juga orang gelar sebagai cekodok, jemput-jemput owh lapar sungguh ... tapi cucur udang geragau dan udang kering ni memang kegemaran anak2 dan suami... dah bnyk kali buat , tapi untuk yang ini masa makan petang kelmarin..(lambatnye entrii hihi)..selain udang kering, Norzi juga tukar-tukar dengan udang basah, ikan bilis tengok mood dan bahan mentah yang ada. Masakan resepi cucur ini sangat ordinary, tapi Norzi nak juga letak sebagai rujukan anak2 kelak.. kalau dah dewasa nanti boleh la rujuk nota-nota mama di sini... InsyaAllah
Norzi buat cucur selalunya sedikit je adunan dalam 2 cawan tepung.. so bila sikit, takda la membazir... anak2 pun layan makan laju sampai la licin .. :)) 





doh adunan cucur udang geragau dengan udang kering


Norzi suka buat cucur dalam mangkuk besar,, sebab senang nak kauk kan tepung tu..selain tu, kemas sebab tak terkeluar adunannya berbanding mangkuk kecil..resepi ini amat mudah dan pantas nak disediakan. Emak Norzi cerita, generasi mak-mak Norzi selalu makan cucur tapi cucur zaman dahulu adunan basic sahaja , mungkin tambah bawang dan ikan bilis , garam. Sekarang cucur dah dipelbagaikan resepi atau dalam bahasa moden improvisation , bermacam longgokan resepi boleh diperolehi pada masa kini. Ok jom kita tengok resepi.



Resepi oleh : Norzi Foodilicious House / Norzi Beautilicious House

Cucur Udang Geragau dan Udang Kering



Bahan-bahan:
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil baking powder atau 6gm mauripan
3) 3 tangkai daun sup
4) 1 biji cili merah*
5) 2 biji bawang putih *
6) 3 ulas bawang merah*
7)2 sudu udang kering*
8)2 sudu udang geragau*
9)sedikit garam


Cara-cara

1) Masukkan tepung , garam dan baking powder di dalam mangkuk
2) Rendam dan basuh udang kering dan udang geragau, tapis dan masukkan dalam blender.
3) Masukkan semua bahan bertanda* dan kisar halus dengan sedikit air.
4) Masukkan bahan kisar dalam mangkuk dan hiris daun sup , masukkan dalam mangkuk.
5)Jika air tidak cukup, tambah tapi jangan cair sangat nanti cucur lembik sangat . kacau hingga sebati.
6)Bila doh sudah sebati, biarkan seketika. Sambil tunggu, panaskan api dalam kuali, dan bila minyak telah benar-benar panas, gorengkan doh secara menjemput guna tangan or sudu. Angkat bila gebu kekuningan.

Makan dengan sos cili.


TIPS: gunakan air suam atau panas untuk hasil terbaik.. sebaik2nya biarkan doh sebati sekurang-kurangnya 10~15minit...







Hasil selepas di goreng...Norzi gemarkan sos cili yang dibuat macam dalam gambar... anak sulong Norzi sangat gemar sos ini, sementara hubby pulak suka cicah cili kicap.. :)






Siap dah..masa untuk makan pula. Cucur ni sesuai di buat masa sarapan pagi.. atau waktu petang pun sedap .. terima kasih membaca dan selamat mencuba :)











“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...