Followers

Sponsored Advertisement

.

TIPS : HINDARI MAKANAN PALING POPULAR PENYEBAB KANSER

Assalamualaikum.. salam sejahtera... apa khabar. Norzi nak update , ringkas saja kat sini tapi   untuk peringatan pada diri sendiri dan harap dapat dimanfaat oleh semua. Pagi tadi hubby Norzi whatsapp gambar ni.... waahaha ingatkan apa la kan.. rupa-rupanya gambar makanan-makanan segera yang merupakan penyumbang atau penyebab utama penyakit kanser. Banyak kita dengar  penyakit ni menyerang ... takutkan.. jadi selain menjalani kehidupan yang sihat, bersukan, jom kita amalkan pengambilan makanan yang segar dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran.. dan buah-buahan.. kalau sayur dan buah jangan lupa basuh bersih ya... kalau rajin rendam la sekejap ngan garam... sebab sayuran dan buah-buahan ada racun serangga..takut2 kalau tak bersih , ingatkan dapat khasiat dan zat , nanti termasuk sekali racun dalam badan... minta dijauhkan...



Jom tengok  dan hindari 5 makanan paling popular (top 5 ) yang menhadi punca kepada penyakit kanser. 

1) Air berkabonat (softdrink) (carbonated Beverages)
2) Kentang goreng (fried potatoes 
3) Donut (doughnut)
4) Sosej (Hot Dog)
5) Daging Bakar (Burned Meats)

Semua makanan tersenarai di atas merupakan sangat berbahaya untuk sesuatu jangka masa .. oleh itu , jom kita tukar tabiat pemakanan kita. Say NO to fast food. Only fresh foods are allowed! Mudah2an dengan displin pemakanan dan senaman yang regular In sha ALLAH badan pun sihat.. Norzi pun nak avoid la beli makanan segera ni... ok sampai sini dulu. Semoga bermanfaat untuk semua. wassalam


JEMPUTAN MAKAN BUAH DURIAN

Assalamualaikum.. selamat malam...selamat beradu.. bestnya hujan....semalam masa di klinik atas faktor kesihatan, mak Norzi call... ajak datang rumah..ingatkan makan apa... rupanya makan buah durian dan bubur durian... oleh sebab lepas ke klinik hujan lebat sangat.. maka terus la checked in ke rumah sendiri  hihi... petang sikit lapar pulak.. pergi makan kat Restoran Fairy Char Koew Teaw pekena nasi lemak..koew Teaw..nasi goreng biasa dan telur dadar. mak call lagi.. ajak datang makan... macam tu sekali kena jemput makan .. terima kasih mak.. tak lekang ingat anak mak ni.. :) ... sampai rumah mak Norzi aje,,..terus abah Norzi keluarkan buahnya... makkk aihh besarnya... rupanya abah dapat dalam 8 biji , kawan dia bagi sebab ada pokok durian ni.... dia tak jual pun atas sebab wasiat mak dia yang suruh bagi orang makan dan jangan jual buah tu sebelum meninggal...... jadi kawan abah tu akan call kawan2 untuk ambik buah dari pokok...




Buahnya memang besar ,kalau beli mau-mau dalam rm60 sebiji sebab masa Norzi di Penang, ada beli durian Udang Merah, rasanya sangat sedap melampau hihi... sebiji dalam rm60 bergantung berat nya juga. tapi isi memang sangat sedap/..... kalau tengok gambar memang lebih kurang. Tapi Norzi tahu makan aje, tak pakar sangat dalam bab durian ni. I hanya tahu differentiate rasanya.. kalau sedap memang takkan lupa... Sebab tu la Norzi tak tau ni spesies  durian Tembaga ke atau  Durian  Udang Merah, tapi confirm bukan durian kampung. Sebab bentuk, texture dan warnanya tak macam durian kampung...  Oleh  sebab masa datang rumah mak Norzi tu , Norzi baru balik dari kedai  lepas makan kat kedai... perut agak sebu dan kekenyangan.... bubur kacang durian mak pun tak sempat nak makan sebab perut dah penuh...

Durian yg Norzi makanni,selain sedap, texture isinya tak keras , lembut je...memang terbaik.. Cuma peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan,  kalau nak makan ni memang kena beringat..dan berpada-pada sebab orang kata makan durian ni panas kan. Demi kesihatan kita, kita kenalah kawal makan..lepas  makan durian....  kalau takut panas boleh letakkan air masak dekat bahagian lengkungan kulit durian dan minum air tu. Tu petua , tak pasti la mujarab ke tak... takda fakta, cuma itu apa yang orang-orang tua sampaikan... :) tapi Norzi sendiri tak minum dalam tu hihihi.  .Masa makan ni.. Alhamdulillah memang sedap makan seulas je pun dah puas dah .






Tengok la , Norzi 5 beranak kerja kan makan durian sebiji ni. besar buahnya tak sempat snap gambar, baru terkial-kial cari camera.. abah Norzi dah siap bedah dah hehehe. Sebelum terlupa, kepada yang ada penyakit darah tinggi  dan kencing manis, elok hadkan pengambilan buah durian ni.. sebab takut ada tindakbalas dan badan tak dapat terima ...  apapun, jemputan makan buah durian dari mak dan abah tadi memang menggembirakan anak-anak Norzi yang memang sentiasa seronok nak main lebih-lebih lagi kat rumah nenek n atuk nya... ok sampai sini dulu entri ringkas . 
PS: Durian yang berlebihan jangan  dibuang, tapi buatla tempoyak :)


IKAN AROWANA

IKAN AROWANA

Assalamualaikum.... apa khabar,... Suka bela ikan tak? Suka ke..atau kalau tak minat ke.. takpe; norzi juat nak share sikit pasal ikan arowana ni.  Norzi takda aquarium ..kolam kecik sekeciknya je adala... itu pun ada anak ikan je heheh...Info tentang ikan Arowana ni diperoolehii melalui pembacaan anak Norzi ya... Norzi tumpang post n share di sini... Jom baca info..info  ni pun dari majalah ..

Ikan Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya .Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogaram.Semasa proses mengawan,induk jantan dan betina akan berpasangan ddan berenang beriringan selama beberapa minggu.Telur akan di eram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira kira 6-7 sentimeter.




gambar : credit to google

Ikan Arowana boleh membiak di dalam  kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan.Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu di antara 26 hingga 33 darjah Celsius.

Bagi pembiakan di dalam kolam,jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai.Bekalan air di perlukan sepanjang tahun daripada sumber semula jadi sama ada air bukit,sungai,empangan dan tasik.Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut :Suhu air:29 hingga 31 darjah CelciuspH;6.5-8.5Oksigen terlarut :5ppm Alkalinti :60-100ppmCaC03 Jumlah keliatan:100 ppm Bacaan piring Secchi :30 sentimeter Ammonia :1ppmlkan.


semoga bermanfaat :)


JALAN-JALAN CARI MAKAN : NASI AYAM PENYET

Assalamualaikum... sesi makan-makan yang berterusan ... :)  kali ni , pada hari  Penyampaian Hadiah tempohari yang lalu, Khamis 8 November 2012 , petangnya kami ke Bangi , niat di hati nak makan kali ke 2 di D; Limau Nipis... lepas pekena ikan bakar di D' Limau Nipis beberapa hari sebelum tu, memang rasa nak ulang lagi makan dan ratah ikan bakar dan sotong bakar ... tapi pusing punya pusing, sampai Bangi pun sekitar jam 6.15 petang, owh dah tutup dah D'Limau Nipis.. baru la ambil kisah rupanya kedai ni buka sampai jam 6 petang sahaja:).

Teruskanla perjalanan,..nak makan mana ni.. Norzi rasa nak makan yang lain dari yang lain, dan nak la yg special sikit....(owh seriously i am a food lover :) ) pusing  pusing la sekitar dekat2 PKNS ,akhirnya nampakla kedai ni.. Restoran Ayam Penyet - AP yang menyediakan Traditional Indonesia Food.  dekat sign board tulis Masakan Jawa Timur dan Minang.  Ni kira second time makan nasi ayam penyet, sekali dulu makan kat shah alam dekat2 ngan ICT.  Masa pergi ke Bandung dulu , Norzi makan banyak jumpa nasi padang... tak makan nasi ayam penyet ..




Restoran Ayam penyet AP 

Besar jugakla restoran ni. Tapi yang penting selesa dan bersih ya.. so highly recommended kalau nak pergi makan sini... kalau nak bawa orang makan pun ok contohnya bawa keluarga mertua ke... keluarga sendiri ke atau pun kawan-kawan nak longgg chat memang seswai sangat ni.. hehehe tapi still bergantung juga ada yang tak berapa minat ayam penyet ni..Norzi dulu tak minat nak makan... tapi bila restoran ni dah di commercial kan , nampak menyelerakan juga cara presentationnya... kesimpulannya ok..

ok , tak nak cerita panjang sangat,, banyak entri nak buat ni... banyak gambar tak sempat update .. So jom tengok apa kami order..





sempat snap gambar menu. Norzi pilih Family Set D satu set berharga RM49.40 dan boleh add side orders


Ada banyak menu dia..Norzi pilih set D , sesuai la dengan kami berlima datang. Budak kecik bukan makan sangat pun paling kuat makan bakso ngan ice cream (side order ni).. lain2 mak bapa dia yang makan semua. Anak sulung Norzi pun selera je kalau makan sebab tu badan agak oversize :) ... oversize ni bukan obes ya.. jangan silap faham  :) dia terlebih besar .... sama macam adik dia :)  . Anak Norzi yang last tu , masa lahir berat dia 4.15kg so boleh imagine kan betapa besarnya perut ku masa itu .hehe.. dan bila lahir aje banyaknya baju baby yang dia tak dapat pakai sebab beli new born tapi dia punya berat badan macam usia sebulan lebih ... :)


Jom tengok gambar lagi..:)




Ayam Penyet ~ sambal dia sedap tau :)






Norzi pilih Ikan Penyet  (yeke ikan penyet? ) hehehe  lupa la nama sebenar resepi ni..


Dalam set keluarga tu,Norzi order Ayam penyet, lepas tu ikan kembung penyet kot heheh lupa la nama sebenar ikan ni tapi presentation wise agak sama..cuma subject utama je beza  iaitu ayam digantikan dengan ikan ... dan lagi satu rendang daging. Rendang daging tu Norzi rasa tak berapa sesuai dengan selera kami... yang paling sedap dan menyelerakan ikut anak tekak Norzi adalah ikan ni ya. memang rasanya sangat-sangat sedap... yang serbuk2 tu memang crunchy taktau la apa bendanya... tapi kombinasi dengan sambal dia memang sedap sangat ... suka.. SUKA dan Suka ...



Cinta hati makan ice cream :)

Anak Norzi ni tak minat nak makan nasi tapi dia lebih nak makan ice cream .ni lah akibatnya kalau ice cream datang awal..semua food dia cantas sebab nak makan ice cream ni ha.. dan sangat la berpuas hati sebab dapat makan dan suap sendiri... adui si kecil sorang ni... Ada order bakso.. dia makan la sikit2  bihun tu... Abang dengan kakak dia juga makan sedap ... alhamdulillah..memang sedap la ikan tu hehe betul... kan ni Norzi dah ulang lagi ni..hehehe  owh ya, sebelum terlupa, air yang diberi dalam package ni ialah air bandung satu jug~ tengok gambar di bawah..



Air bandung untuk 4 orang :)




Persekitaran Restoran ~ sangat selesa dan welcoming , tak crowded sangat

ini persekitaran restoran tu..Ahha sebelum terlupa ,bill hari tu untuk package Family D dan side orders RM69 ,tanpa  cukai .  so kepada yang sesekali nak kelainan menu, boleh datang ke sini. :) .banyak lagi menu lain yang boleh di rasai.. Lokasinya di hujung bangunan komersial, lokasinya  terletak betul betul terletak di belakang bangunan Hospital Azzahrah dan Annur, Bangi.... harap info ini bermanfaat :) .ok sampaisini dahulu...jumpa lagi di lain coretan :)

wassalam...







TAHNIAH ATAS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Assalamualaikum.... Norzi just nak share sedikit tentang pencapaian anak sulung Norzi . Alhamdulillah tahun ni dapat naik stage :)  Congratulations kakak :)  Alhamdulillah. Thanks to Allah. Beberapa keping gambar disertakan  untuk di abadikan :) 




Sebelum nama di panggil..




Anak Norzi  tersayang, yang sulong. Alhamdulillah dan Tahniah kakak ! :)







SHILA AMZAH PERFORMANCES IN ASIAN WAVE 2012

Assalamualaikum...  ok entri hari ni nak tukar bahasa sikit sebab tadi tonton Shila Amzah!   (entri ni tak abis tulis, masuk draft dah 2 hari ni :) ). Masa tengok Asian Wave 2012 tu , Norzi rasa kosong bila semua cakap mandarin.. alamak takda subtitle, takda translation..or translator. . . then when i heard Shila spoke in English baru la rasa kurang stress ..At last, after  few months peoples were talking about Nur Shahila Amir Amzah or known as Shila (pic) winning award  in Asian Wave 2012 in   Shanghai, ,only last 2 days i managed to watch her performances in youtube. pssttt.. U know what, she is now a millionaires!. 

 I loooooove her performances! seriously shes sooo gorgeous and she was born to be a performer . she is just so good and she got the Aurass! what else can u say about her? she deserves it ! she is just wooww that night . Guess what, i watched  every single song that she sang and i analysed her style, the way she walked , moved, smiled and everything . She is just amazing, one of Allah's creations. She is certainly not an average singer! Go Shiela!


The best performances of Shila Amzah 


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...