Followers

Sponsored Advertisement

.

BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK , KUALA LUMPUR



Assalamualaikum.... kejap je dah nak ke penghujung cuti sekolah … pejam celik pejam celik nanti nak buka sekolah pula. Cuti sekolah ni mana nak bawa anak jalan-jalan? Kalau sekitar Lembah Kelang... banyak juga tempat boleh pergi..boleh bawa ke Berjaya Theme Park , di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Norzi pergi sini baru dua kali . Sekali masa anak sulung berumur 4 tahun , dan sekali lagi baru-baru ni , masa cuti sekolah. Lama nya cerita ni baru sempat nak story hehe. Ok sebelum Norzi teruskan, kepada yang ingin ke sini boleh la berurusan untuk pembelian tiket atau sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh la menghubungi:


Corporate Office


Berjaya Times Square Theme Park Sdn. Bhd. (352052-U)
(Formerly known as Cosmo's World Theme Park Sdn. Bhd.)
No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.



Ticketing Counter

Berjaya Times Square Theme Park, Level 5 & 7, Berjaya Times Square,
No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
General Line
+603-2117 3118



E-mail tpcoordinator@timessquarekl.com




Time Square Theme Park



Jadi fokus pada hari tu adalah bawa budak-budak dan kasi diorang kebebasan untuk main apa yang diorang nak. Memang banyak sangat jenis permainan di sini. Anak -anak Norzi semua soooOOoo excited.

Jumlah tiket yang perlu di bayar dalam RM100/++ untuk lima orang, dua dewasa dan 3 kanak-kanak dengan kad pengenalan. Ni Norzi copy dari website Berjaya Theme Park untuk rujukan yang memerlukan. Kalau nak pergi, boleh survey dah harga ticket sebelum masuk dan jangan lupa bawa IC ya untuk menikmati kadar harga yang lebih rendah.

Theme Park Tickets

Normal
MYKAD / MYKID
Adult (13 years old and above)
RM48
RM38
Child (3 to 12 years old)
RM38
RM28
Family Rides*
(Limited to rides at level 7 only - Botanic Drive, Buddy Go Round, Fantasy Trail and Crazy Bus)
RM25
_______________________________________________________________________
Family Package

Normal
MYKAD / MYKID
2 Adults & 2 Children
RM138
RM106

Senior Citizen (55 years and above)
RM15
Special  *
RM10
Infant (Below 3 years old)
FREE
_______________________________________________________________________
Operation Hours

Monday - Friday
12pm - 10pm*
Saturday / Sunday / Public Holiday / School Holiday
11am - 10pm*
* The Management reserves the right to change the hours without prior notice.


Taken from Berjaya Times Square Theme Park Official website

Lepas selesai buat bayaran, kita di berikan pengikat tangan ber barcode , nanti akan ada pembantu yang bantu ikatkan ke pergelangan tangan dan scan barcode sebelum masuk. Lepas scan baru pintu laluan di buka. Dengan pas tiket itu , kita boleh keluar masuk tanpa had sekiranya nak pergi makan or minum luar kawasan dan kalau lepas dah bertenaga semula nak sambung main sampai malam pun boleh dengan syarat tak buka pas kat tangan tadi. 


           


kalau nak masuk balik n enjoy sehingga 10 mlm , pasti kan tak koyak dari pergelangan tangan tu ok :)



Berdasarkan pemerhatian Norzi , masuk sini lebih kurang macam pergi ke Genting Highlands. Cuma di Genting tu permainan outdoor…indoor… tapi di Berjaya Theme Park semuanya indoor. Di sini lebih selesa, di Genting Highlands, kalau cuaca terlalu sejuk dan berkabus, kita tak dapat main outdoor, sebab tak nampak penuh kabus plus kesejukan tahap maksima lagi-lagi kalau baju tak cukup tebal....jadi main indoor sahaja. Kebaikan di sini boleh aje main asalkan cukup tenaga , ... tengok la citarasa , sesetengah orang memang nak cari open area macam di Genting. Memang ada Pro n cons.


Tips seterusnya, disarankan bertolak awal, pagi-pagi lagi dah sampai di Berjaya Times Square. Jadi anak–anak fresh dan mempunyai yang lebih panjang di theme park .. elok rancang dengan baik perjalanan…Banyak permainan yang boleh dicuba mengikut peringkat umur. 

Di sini permainan orang orang dewasa tak sama level dengan kanak-kanak.. Norzi n hubby tidak ke lokasi permainan orang dewasa kerana ada kanak-kanak. sekadar cuci mata sahaja … ha, tengok gambar kat bawah ni, maunya tak teruja nak main. over excited dah anak sulung nak main tapi masa tu malas nak queue so , terus naik atas untuk ke Fantasy Garden.









                                  heading to level 7, Fantasy Garden...

Ok, lepas jalan dan cuci mata di level bawah , iaitu level entrance, kami terus ke Level 7 untuk ke Fantasy Garden. Tempat yang di nanti-nantikan oleh kanak-kanak ribena.. Ada apa agaknya di Fantasy Garden? Di sini di reka dan dihias seperti taman bunga buatan saiz gergasi dengan cartoon character , bunga-bunga, dedaun dan macam-macam lagi . Memang seperti di dunia fantasi,memang tak benar belaka.. tapi Cute! Walaupun Nampak giant size tapi rasa friendly sebab watak-watak yang Nampak mesra dan tidak menggerunkan. Dekat Fantasy Garden, kami enjoy dengan menaiki beberapa permainan.
Antaranya Buddy Go Round –ni bukan anak-anak aje, Norzi pun naik juga… kami naik sekeluarga; Buddy Go Round ni mengumpulkan pelbagai ciptaan so basically u can sit on unusual creatures and watch the fantasy world go round on this colourful carousel. Sounds interesting kan. memang happening sangat.. pusing-pusing dan pusing tapi tak pening..
.


tengok siapa la dalam bola ni...



Fantasy Trail- yang ni memang best tapi perlu beratur panjang. Kena tunggu about 3 trips to go then baru kami  boleh naik. Siap lalu dalam satu terowong buatan … and ada hantu buatan juga.. gelap .. budak2 takut la… siap pejam mata, Norzi pun pejam juga hehe…sebab tak sanggup nak biarkan orang mendengar jeritan diri sendiri yang memang confirm akan buat orang semak kepala..Norzi ni jangan kan hantu, kucing lalu pun aura ketakutan dah menghantui... jadi bayangkan la kalau nampak hantu buatan tu cemana..terkejut tu dah satu hal, tang menjerit tu kang tak leh cover...hihi. tapi yang di Theme Park ni bukan la sama standard rumah hantu di Melaka :)...biasa biasa saja .. dan tak sampai seminit pun lalu tempat gelap tu. selepas keluar terowong, boleh tengok sekeliling dan enjoy the magical scenery.




tengok dua beradik ni... jap gi dua2 pejam mata sebab nak masuk terowong gelap .. ala.. sebenarnya tak berapa takut sangat...kita jadi takut sebab tak dapat nak expect apa akan berlaku di hadapan kita, terbang ke... pegang ke.. tergantung ke ..hehehe

my eldest daughter

Selain tu , ada juga Molly-Cool’s Swing-ok , yang ini Norzi tak naik.Crazy Bus-ahha yang ini kami naik…. Mmg crazy naik bas ni. Flying Bumble Bee pun ada di Fantasy garden... kebanyakan nya yg boy tu yang naik. kakak tak dapat naik sebab terlebih ketinggian. Anak Norzi ni baru 10 tahun , tapi tinggi hampir mengalahkan mama ..


Botanic Drive— Sangat recommended utk naik




flying bumblebee


Robo Crash-Ni tak sempat pun nak main sebab pertama, hubby agak keberatan nak beratur ...budak budak dah over xcited dah nak main, jadi mama n papa selamat menjaga budak2 ..kami skipped Robo Crash.

Honey Bump- ahha ni anak Norzi yang lelaki tu naik sampai dua kali. Kitorang beratur panjang semata-mata nak temankan dia. Memang ber Honey bump sungguh dia hari tu ahahah

honey bump
Sebab ramai sangat nak main.. memang rasa nak pengsan dan kepenatan la bila kena beratur..… lepas sesi honey bump, Norzi berehat sekejap dan beli pop corn , air dan ice cream. Kalau beli di dalam kawasan Theme Park yang berada di puncak bangunan tu... tentula harga pun paling atas la kan hehehe ice cream satu scope RM5.90 kalau tak silap. Tapi budak-budak ni kan, lagi kita cakap tak payah..lagi la dia nak , lagi kita logikkan untuk beli di luar, kat depan-depan kedai dia tunjuk nak macam tak pernah makan ice cream selama 10 tahun  adoi kena beli jugak la …rasa ice cream yang RM5.90/scope? ordinary ..heheh kalau setakat nak bagi anak-anak happy ok la..


Macamtula serba sedikit tentang pengembaraan kami di Berjaya Theme Park. Sampai sini dahulu. Catatan ini adalah untuk diri sendiri , anak-anak dan semoga bermanfaat utk yang memerlukan. 


salam ceria 

 ~Norzi ~






4 comments:

  1. kak zie cute.. hehhee..:) lame da x p times square..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq zuera...u too..kakzi pun hanya pergi kalau ada sale di metrojaya hihi

      Delete
  2. AnonymousJune 07, 2013

    salam kak. kids yg teda mykids tp surat beranak sahaja berapa harga tiket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam , insyaAllah dapat harga my kid juga , tapi bawa la surat beranak tu ya :)

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...