Followers

Sponsored Advertisement

.

TIPS MENGEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN


Memiliki perut kempis dan tidak kendur menjadi idaman semua wanita. Oleh itu Norzi Beautilicious House menulis tips untuk mengelakkan perut menjadi kendur dan tidak menawan... Ini kerap terjadi kepada ibu - ibu selepas melalui proses kelahiran atau di sebut bersalin. Selain daripada masalah perut yang tidak kemas,  masalah berat badan naik juga perlu diberikan perhatian agar badan dan perut kita kemas seiring. Masalah ini seakan berganda bila semakin berusia , kadar metabolisma badan semakin menurun, natijahnya , jika makan banyak , kurang bersukan maka semakin segara pembentukan lemak-lemak yang bakal tersimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan naik. Kawalan dan pemantauan terhadap berat badan adalah sangat perlu demi kebahagian untuk diri sendiri dan juga orang tersayang.

Bagi yang lepas bersalin lebih mudah untuk merawat perut kerana perlu melalui proses berpantang berbanding yang tidak berpantang .  Bagi Norzi sendiri, emak Norzi sangat menitikberatkan penjagaan semasa berpantang. Sepanjang proses berpantang, emak Norzi menyediakan paste untuk diletakkan di perut. Amalan ini memang di amalkan oleh emak Norzi sendiri dan menggalakkan Norzi mengamalkan juga semasa berpantang, dan Alhamdulillah ianya berkesan membersih , menegang kan perut. Ya, segala daki kotoran di perut hilang, perut menjadi sangat bersih dan kemas.

Cara-caranya adalah dengan mengambil setengah cawan kapur sirih, Di campurkan dengan air,asam jawa, perahan air limau nipis dalam 1-2biji. Emak Norzi masakkan semua hingga sebati, Kemuadian sejukkan. Letakkan pada perut rata - rata kemudian ambil kain bengkung pakai seperti biasa. Paste tahan dalam 2-3 hari , untuk mengelakkan paste tu basi, boleh dipanaskan kalau ada lagi , panaskan pagi dan petang, tambahkan air jika perlu. Kesan utama pada permulaan pemakaian memang ada rasa gatal di bahagian perut, tetapi mengenangkan kesannya, kita kuatkan diri dan bertahanlah selagi termampu ...


Bila cukup sebulan berpantang , tak larat dah nak tepek..walaupun memang berkesan untuk perut kempis. Sebagai alternatif lain,Norzi juga gunakan  krim halia mustajab selepas sebulan menggunakan paste ni . Amalan dan displin diri InsyaAllah mampu meninggal kan kesan perut kempis. Ya, perut menjadi kempis dan pipih dilihat dari tepi. 



pic source : google 


Selamat mencuba !








2 comments:

  1. bolehlah try..
    klu tak dalam pantang pun boleh jugak, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try annaz cuma larat tak larak aje ... :)

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...