Followers

Sponsored Advertisement

.

AKTIVITI SPA

Assalamualaikum..salam sejahtera..  cuba teka kat mana ni...hehe lokasi ni kat SPA ... pernah pergi spa tak? Kita-kita ni semua kaum hawa tentu tak ketinggalan kalau sebut je SPA sesuai sangatla ... tapi kali ni..SPA ni bukan untuk orang perempuan je , ni universal.. semua suka. anak -anak pun suka... ha, tengok gambar kat bawah ni...bukan main suka lagi kan.. kan ? :)

                                 

Khalisah over excited... kakak kepada Khalisah iaitu Fatimah tak datang sebab kakinya terseliuh... jadi tak boleh jalan dengan sempurna.. dia pun tak nak la datang.. tapi semasa entri ini di tulis , alhamdulillah kaki fatimah dah baik sepenuhnya :)

                                     
                                  

Sebut je SPA, bukan tuan blog je nak kena SPA, kereta pun nak juga di spa..  ok straight to the point, Norzi bukannya pergi SPA badan pun..tapi pergi  SPA kereta.. event ni dah 1-2 bulan ni....tp x sempat up entry ni...tak tau berapa kali baca..edit..baca edit..baru boleh publish..hehe






Norzi hantar  petang dalam jam 2 dan sepatutnya dalam 2-3 jam siap, tapi oleh sebab kami sekeluarga ada beberapa urusan lain, Norzi dan hubby datang berasingan dan tinggalkan satu kereta untuk di SPA dan ambil pada hari berikutnya iaitu hari Ahad. Norzi buat interior dan exterior, just nak naikkan seri kereta, bersihkan dalaman kereta, agar segar nyaman selesa and secara peribadi, highly recommended ke tempat ni. Tempat ni pun Norzi tahu dari kawan Norzi.. Lokasi di Shah Alam, iaitu CARNAUBA AUTO SPA. 

Nama pun Autospa, so hanya kereta-kereta je la yang diterima di sini hehe... tuan kereta boleh rehat dalam kawasan rehat (waiting area). Kalau anda jenis yang sanggup menunggu, boleh la hilang kan boring dengan melihat semua kereta yang bersusun macam kat dalam show room  sebab semuanya dah di cuci bersih..berkilat lat lat..hihi..




ha... siap snap polisi kualiti lagi.. 



sementara menunggu... yang paling seronok budak kecik la kan... dalam apa suasana pun, dia la paling seronok... lompat sana ..lompat sini... dan dengan ruang menunggu yang cozy membuatkan bebudak lagi la seronok.. 






mama pun tak ketinggalan gak bergambar,  hehe


Gambar ni di ambil masa kami datang the next day , maksudnya kereta dah siap! lepas semua siap, sessi quality check la..semestinya dilakukan oleh hubby. Sebelum angkat kena la teliti dalaman yang memang susah nak dibuat, especially habuk-habuk di celah-celah sudut yang sukar di capai...seperti bahagian louver aircond  yang berdebu, kesan chewing gum , dan bau-bauan yang kurang menyenangkan... semak , teliti, bau.. ok, passed semua dah hilang!  chemical apa di gunakan...itu kami tak selidik :) tapi boleh nampak alatan yang di gunakan.. leather seat kembali menyinar dan nampak segar ... heheh dan paling best  ada satu bau dulu susu pernah tertumpah telah dapat di nyah kan dari kereta ni... Mood : happy! + segar!




kanak-kanak ni memang sentiasa happy, mood: ceria sepanjang masa :)




engine siap cuci. bersinar sinar :)









layan gambar :)



 Selain service yang ditawarkan, ruang menunggu tu memang sangat exclusive , comfortable sebab masa tu orang pun tak ramai menunggu, kalau ramai tak pasti kadar keselesaan. Kat situ  boleh baca magazine, boleh tengok tv, rehat2 la..selagi tak boring. 

Oleh sebab hari pertama tu kami buat registration, periksa kereta dan  tinggalkan kereta , sempat juga masuk berehat sekejap dan lepas minum hidangan minuman ringan, kami berangkat.

Harga yang dikenakan untuk cucian indoor dan outdoor bergantung kepada jenis kenderaan. Untuk kategori kereta sedan , di kira Medium . Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung kepada kerja kerja seperti interior and exterior cleaning , polishing seperti yang di kehendaki..



ok sampai sini dulu. Salam ceria 


~Norzi


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...