Followers

Sponsored Advertisement

.

BURGER BAKAR DI CYBERJAYA (BERSEBELAHAN DENGAN MAT AYAM KAMPUNG)


Assalamualaikum dan selamat malam... malam kelmari, malam semalam dan malam ni dah tiga malam dah Norzi dan anak-anak makan burger bakar ni. Sangat-sangat memenuhi citarasa kami sekeluarga. Selalunya kita dikenalkan dengan burger Ramly sejak kecil , tapi zaman sekarang , dengan pelbagai penemuan invention dalam teknologi makanan, macam-macam jenis burger fastfood yang boleh kita perolehi.. tinggal lagi nak beli atau tak sahaja. Tapi bagi Norzi dengan pengenalan burger bakar yang semakin popular ni, sangat-sangat recommended untuk di cuba. Pernah tak tanya diri sendiri , malam ni nak makan apa ya? apa yang sedap ya? hehehe biasa la kan , kalau kita ni tukang masak, kita memang rasa nak makan sesuatu yang lain, yang bukan kita yang masak.. :)   Ok, kalau rasa nak kan kelainan , boleh cuba la burger bakar . Norzi selalu makan dekat Cyberjaya. Stall ni betul - betul dekat dengan Mat Ayam Kampung , Neo Cyber (Domain) Cyberjaya. Selalunya kami pergi malam ... makan di Mat Ayam Kampung, waktu malam mereka serve Thailand style food macam tom yam dan seumpamanya. Not bad juga la .. 



                                        

Ok , sebelum tu , pada yang wonder berapala harga burger bakar ni, harga adalah seperti di bawah:


Burger Wurger (selapis je daging)  daging lembu RM4.50 , ayam RM4.50 , kambing RM6.00

yang ni norzi dah pernah cuba daging dan kambing, selalu sangat beli ni .. memang sedap uols.

Lepas boring order ni, agak2 nafsu makan bertambah, mulala terus order BIG BOSS. Harganya? untuk Big Boss ( ada 3 lapis daging, sayur2 , 2 keping roti) , harga untuk 


daging ayam     RM9.90

daging lembu   RM9.90 
kambing            RM13.90.

Biasanya kami add cheese dan harga sekeping cheese RM1.40. 







 Ni la rupa burger bakar. Kalau sebelum ni selalu beli yang sebiji, tapi kali ni kami beli yang tiga layer namanya BIG BOSS . Ni kalau 3 layer daging+ cheese+sayuR2+roti dengan cheese yang dah melt.. memang sah makin BIG . Selalunya azam taknak makan nasi waktu malam tapi macam ni punya  godaan , memang makan punyala...maunya badan tak makin lebar dan tebal kan hahaha.

Nampak tak apa bezanya burger bakar dengan burger-burger lain. Sebab nak tahu bezanya, Norzi ke stall dan tanya :) . Brother ni bg tahu daging ni dia buat sendiri, dan di bakar dengan arang. Sebab tu la rasanya sangat2 awesome, delicious, marvelous dan semua yang menggambarkan kesedapan la. Boleh nak hari hari pun tak pa kalau macam ni hahaha.





Ni budak kecik sorang ni kalau ngan burger ni memang favourite ... ayat favourite dia 'fantastico!' tu pengaruh kartoon Dora la tu.. 



kepada yang nak singgah, stall ni sebaris je dengan Mat Ayam Kampung. Memang tak susah nak cari. Cuma kalau hari Jumaat, Mat ayam Kampung tidak beroperasi , oleh itu kadang kadang nampak macam stall ni pun takda tapi sebenarnya ada..stall dalam kegelapan sikit... so kena berhenti dekat dekat sikit ya.. :) 

ok sampai sini dulu . Selamat malam .



Salam ceria dari Norzi.

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...