Followers

Sponsored Advertisement

.

BUAH KURMA DAN KHASIAT SEMULAJADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar hari ini?   Selalu makan buah kurma?  Sejak dari kecil lagi, mak dan abah Norzi selalu pesan makan buah kurma atau tamar dahulu sebelum menjamah nasi atau air,..kerana sunnah Nabi (saw).Buah kurma ni ada terlalu banyak khasiat dan terkandung fiber yang tinggi secara  semulajadi. makan kurma di bulan Ramadhan  ni bagus untuk membekalkan tenaga lebih-lebih lagi di bulan ramadhan kerana seharian kita dah berlapar dan dahaga,. Kalau di bulan Ramadhan, memang berkotak la abah beli .i... bila dah berumahtangga kini suami Norzi yang kerap beli. 

Zaman sekarang ni tak payah tunggu bulan Ramadhan, kita boleh beli di kebanyakan supermarket,  jual kat stall dekat walk way.. Norzi selalu beli di Alamanda, Putrajaya dekat dengan The Chicken Rice Shop  atau Ayamas.. Dekat stall tu macam-macam ada jual .. kalau dekat rumah Norzi pula, pasar malam hari Ahad pun ada juga penjual yang jual kurma, kekacang-kekacang lain,  madu dan seumpamanya. Alhamdulillah memang senang nak makan kurma.

Norzi google tentang kurma ni dan  menemui satu info  yang mengatakan pengambilan kurma sebiji sehari adalah penting untuk mendapatkan diet yang seimbang dan sihat. Banyak nya kebaikan buah kurma ni .. dan bolehlah di rujuk seperti di bawah:


Menurut http://www.organicfacts.net

''These natural products contain oil, calcium, sulphur, ironpotassiumphosphorous,manganesecopper and magnesium which are advantageous for health. It is said that consumption of one date daily is necessary for a balanced and healthy diet. Dates help in fighting constipation, intestinal disorders, weight gain, heart problems, sexual weakness, diarrhoea and abdominal cancer.'




Buah Kurma


Oleh sebab khasiat inilah , kita mula melihat industri makanan kini menggunakan kurma sebagai bahan atau ingredients di dalam masakan. Sekarang ni bukan sahaja ada kuih tart nenas, dah banyak mengeluarkan tart kurma kerana faktor khasiatnya. Jadi , sambil2 makan kuih, kita makan kurma yang mana khasiatnya pun kita dapat. Kalau kita tengok minuman supplement pun banyak dan buat campuran atau ekstract buat kurma. Tapi lagi bagus kalau kita dapat beli dan buat stok dan makan yang original, makan la sehari sebiji, 3 biji atau 7 biji dan jangan lupa berselawat ke atas Nabi junjungan kita SAW.

Sepanjang mengandungkan tiga orang anak , Norzi juga mengamalkan makan buah kurma. Lebih2 lagi bila dah masuk 9 bulan. Sebenarnya Norzi pernah dimaklumkan, (maaf dah tak ingat siapa yang bagi tahu, tapi terima kasih kepada individu tersebut, serious lupa sangat sebab dah sebelas tahun dah berlalu) elok makan kurma sebelum dan selepas melahirkan anak. Sebelum melahirkan agar kita lebih bertenaga untuk meneran semasa proses kelahiran. Tapi kadang2 kita tak duga bila kita nak beranak , lebih-lebih lagi kalau terawal 2-3 minggu dari tarikh jangkaan.. Jika tak sempat tak apa, tapi boleh di makan semasa di dalam pantang untuk mengembalikan tenaga dalaman. Selepas kita menjalani proses kelahiran, badan sangat-sangat penat, pergerakan terbatas kerana ada jahitan dan kedudukan rahim, tak kira la bagi yang normal atau creaser . Dan proses berpantang adalah perkara yang agak menjemukan bagi Norzi , tetapi mesti dilakukan kerana kita perlu menjaga tubuh badan agar tidak sakit di kemudian hari. Proses berpantang selama 44 hari adalah bertujuan agar badan kita pulih dalaman dan luaran, inilah masanya proses rawatan bertungku, berurut, mandi air daun yang suam, makan jamu, berpilis, berstokin, berbengkung, mengikat rambut kuat dan tinggi , kurang pergerakan dan dalam masa yang sama menyusukan baby dan menyimpan stok susu. Wah ..dengar je dah penat..inikan pula orang yang kena melakukannya...proses berpantang adalah sangat mencabar, dan sebab itulah kita perlu menjaga pemakanan dan pengambilan buah kurma In sya Allah mampu mengembalikan tenaga kepada para ibu semua bagi menjalani 44 hari selepas kelahiran. Kepada yang bakal dan sedang berpantang, semoga bermanfaat dan selamat berpantang! 

Salam sayang dari Norzi~



LIVE STREAMING FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat malam... tahukan malam ni semua orang tertunggu-tunggu nak tengok maharaja lawak mega 2012. Ianya disiarkan di Saluran Astro warna 132. 



Siapa agaknya juara yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa hadiah lumayan malam ini? Erm..jawapannya kena tengoklah kan.siapa pulak pelawak kegemaran anda? heheh norzi suka Jozan hihi. 

Kepada yang nak live streaming, Norzi bawakan pautan kepada anda oleh beberapa blogger seperti di bawah, klik gambar astro warna untuk ke pautan live streaming. Mungkin tidak begitu  lancar kerana terlalu ramai nak live streaming, kalau satu masa beribu2 orang tengok mmg macam tu la tapi takpa, apa kata anda cuba dulu. Selamat menonton!



RESEPI : ASAM PEDAS PALING MUDAH, RINGKAS DAN SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tak tahu entri bila ni…seminggu juga resepi asam pedas paling simple ni duduk di draft, akhirnya masakan yang simple ni berjaya juga di published. Oleh sebab kesuntukan masa, maka banyak la gambar –gambar, cerita memasak , berjalan , aktiviti dan tips-tips simple yang dah terperam dalam hard disk ni. InsyaAllah akan tulis juga satu per satu. Hari tu ,Norzi rasa nak makan asam pedas. Ikan pulak yang ada stok ikan kembung je.. kalau dapat ikan pari masak asam pedas , best juga.. selalu Norzi gunakan ikan pari ,Bukan apa, ikan pari tu syok sikit makan sebab tak ada tulang.  Alahai malas punya pasal nak pergi cari ikan pari , Norzi masak jela ikan kembung asam peda, tapi perlu dijelaskan ini versi mudah dan simple yang tidak menuntut barangan memasak cukup sempurna. Masak ikut apa yang ada sahaja... itu yang benar-benar simpe tu.. 

Kebetulan ada stok kobis dan juga telur masih.. (banyaknye kebetulan :) ) Memang sesuai sangatla kombinasi ni sebab asam pedas simple kalau di makan dengan kobis dan telur masin memang thumb up!…So dengan sepantas kilat la masak… mudah saja buat asam pedas ni, sebab dah melanggar keperluan bahan-bahan yang sebenar. Norzi buat ni tak tengok buku pun, tapi buat sebab ikut andaian aje.. heeeheh teruk la..

Ok , norzi jump je la terus ya.. cara-caranya.. jom tengok bahan Norzi gunakan ~bahan-bahan yang paling minimum, senang diperolehi, simple , dan cepat!  Kalau yang lengkap sempurna kena ada daun kesum.. kantan... tomato.. lengkap semua . Oleh sebab simple sangat, mama-mana yang kekurangan masa sangat digalakkan masak yang simple-simple ni, yang mudah dan yang penting sihat , berkhasiat dan yang paling penting bersih ..

Oleh sebab Norzi memasak  malam, so ringkas ringkas dan simple sahaja asam pedas Norzi. Yang penting ada rasa masam + dan rasa pedas kerana inilah asas masakan asam pedas... kalau makan tengahari , harus letak tomato , bendi, daun kesum… lagi sekali nak ulang.. Norzi buat versi simple ya. So tak comparable dengan yang mana nak hidang tetamu makan ya :)



Asam pedas ikan kembung, kobis goreng dan telur masin ~ masakan yang simple

Resepi : Norzi Beautilicious House / Norzi Foodilicious House
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 biji bawan besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar cili boh
3 sudu serbuk kari
Sedikit minyak
Sedikit garam
kiub ikan bilis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan cili boh , tumiskan hingga agak kering, dan masukkan  serbuk kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air   
  3. Kacau sampai kering (bukan hangus ya)
  4. Bila dah kering, masukkan air asam atau jus asam jawa dua mangkuk kecil , boleh masukkan stok ikan  bilis masa ni 
  5.  Biarkan mendidih , masukkan ikan, masukkan bawang besar
  6.  Kuah pastikan cukup didih, ikan cukup masak dan perasakan

       Semoga membantu dan selamat mencuba!
       ~nORZI~
















ASTROBOY , LUKISAN ANAK NORZI


Assalamualaikum, selamat malam..sebelum masuk tidur, norzi terjumpa lukisan anak lelaki Norzi 2 hari lepas. Lepas ambil dari nursery, dia bagi tahu Norzi yang dia melukis dalam kelas. nak abadikan lukisannya di sini. Bila Norzi tanya , "Razin lukis apa" dia cepat2 jawab "Astroboy!"  Bila tengok  lukisan dia ...sangat-sangat cute. Sebelum ni dia suka tengok astroboy dengan papa dia sebab tu la dia lukis. Lukisan dia nampak sangat natural kerana totally handsketch. Dengan umur 6 tahun , Norzi tengok lukisan tu memang menarik dan ada value yang tersendiri. ~Sayang razin..


astro boy


spongebob



JALAN-JALAN CARI MAKAN : IKAN BAKAR SPORTS ARENA CYBERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak tulis sikit pasal makan tengahari tadi..makan mana ? Norzi makan di Sports Arena Cyberjaya  . Tempat ni memang selalu ramai dengan orang ... di sini ada bermacam - macam makanan dari ikan bakar, nasi campur, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Dara, ayam panggang, char kuew teow , laksa penang, mee bandung  dan macam-macam menu lagi.. tergoda tak ? hehehe  .. kalau nak makan sini kena awal sikit... kalau lambat penuh dengan orang yang ramai...sesak. Kalau yang dah biasa di area Cyberjaya, sekarang terlalu banyak tempat makan contohnya di CYBER NEO, SHAFTSBURRY SQUARE banyak sangat tempat makan . Norzi pernah menulis di dalam satu entry berkenaan  Restoran Saba' di  Cyberjaya. 

Berbalik pasal Sports Arena, malam tak buka ya.. so ,jangan cuba pergi pulak :).  Nak tengok Norzi makan apa? Jom tengok gambar.. Norzi makan nasi, telur dadar goreng dan juga ikan bakar. Tambah sikit kuah lala sangat sedap. harga sekitar RM6 untuk meal ni. 








Tengahari kena masakan nasi campur, ikan bakar ngan air asam memang marvellous sangat. Tangan tu kalau tak basuh ngan sabun dan sental lama sikit, confirm bau belacan sampai malam hihi. Tapi yang penting makan sedap kan :) / So kepada yang dah dekat ngan Cyberjaya , boleh la datang sini jalan-jalan sambil-sambil tu dapat makan. Parking lot banyak kat sini tak congest. Tempat ni betul--betul bersebelahan dengan padang futsal. ok sampai sini dulu, jumpa lagi di lain coretan :) . 

HANTU SINGA GALAH PANJANG

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. Norzi nak tulis sikit perihal 'Hantu Singa Galah Panjang' ... panjang sungguh namanya. dan memang terkejut sangat2 masa jumpa dan lihat Hantu Singa Galah Panjang ni.. dah la namanya jarang sangat di dengar. Kombinasi hantu apa kah ini? Yang Norzi tahu dulu masa kecil-kecil Norzi selalu main galah panjang.. memang sangat-sangat seronok bila mengimbas zaman kanak-kanak.. Tengok ni , Upin Ipin pun ada main galah panjang.



pic: credited to mr google

Ok,back to Hantu Singa Galah Panjang ni. apa benda sebenarnya ni.. Ok meh Norzi bagi tau, masa ke bilik anak Norzi , Norzi pun kemas meja dia. Nampak buku conteng dia, selak la sehelai demi sehelai.. mak aih ..punyala dia boring agaknya, di lukisnya hantu singa galah panjang ni. Setahu Norzi anak sulung ni dah la penakut.. boleh dia lukis pulak...hehehe Ok ni Norzi berikan sekali gambar untuk tatapan anda. Tak la horror pun cuma rasa kelakar melihat lukisan ni... serious tergelak tengok lukisan ini.. :)  Singa yang cute ,siap tersenyum lagi hehe..


drawn by fatimah 
salam dari norzi~~

BAHASA MELAYU TAHUN 4 : BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH

Assalamualaikum,...salam sejahtera.. semalam anak norzi tanya, apa maksud

Bagai Menatang Minyak yang Penuh

.... wah ..dah lama tak pakai perumpamaan ni... Selak punya selak buku , dapatla jawapan... Norzi share di sini ya..perumpamaan ini bermaksud:


 menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang

Contoh ayat : 

Norzi menjaga anak-anaknya  bagai menatang minyak yang penuh. 



Buah hati Norzi

Kenny Rogers Roasters – Buy 1 Free 1 Roasters Eating Day (Red) Promotion Review (9th January 2013)


Assalamualaikum... Norzi baca tentang buy 1 free 1 kenny rogers -- masih sempat lagi kalau nak makan .. ahha hari ni baju norzi ada sikit belang merah kira valid la nak pergi ni :)..

Promotion Details : Those who wear any red coloured clothing / footwear / accesories and ordered a Kenny’s Quarter Meal will get another Kenny’s Quarter Meal for free.
Promotion Period : 9th January 2013 (Wednesday!)
Where to Get It : at All Kenny Rogers Roasters restaurants
T&C’s :
  • Not valid with other offers/promotions/discounts.
  • Promotion starts from 10am and valid on 09 January 2013 only. While stock lasts.
  • For dine-in only. No pre-order, pre-payment or phone orders will be accepted for this promotion.
  • One complimentary Kenny’s Quarter Meal (equal or less value) with purchase of one Kenny’s Quarter Meal.
  • Berjaya Roasters Sdn Bhd reserved the rights to disqualify any guest if it is deemed the rules were not followed.
  • Product shown is for illustration purposes only.
  • *Subject to current Government Tax and 10% Service Charge where applicable.


Tambah Trafik Tambah Follower 2013


.Assalamualaikum... Norzi nak masuk satu segmen iaitu  'Tambah Trafik Tambah Follower 2013'. Kalau anda nak join, just klik gambar ya. Hasrul Hassan iaitu pemilik blog yang menganjurkan segmen ini hanya meminta kita buat ringkasan terhadap pengisian blog kita sendiri, dan jangan lupa masukkan blog pendidikan buat blogger  dalam ayat anda.Tarikh akhir pada 9 Januari 2013. Jom join!






Blog Norzi Foodilicious House adalah blog peribadi Norzi, seorang individu yang ordinary dan simple tetapi sentiasa mempunyai matlamat. Blog ini juga adalah wakil kepada diri Norzi, penulisan dan coretan Norzi adalah pemikiran Norzi, siapa Norzi adalah terjawab sepenuhnya di dalam blog ini. Blog ini mengetengahkan entri-entri berkisar resepi-resepi masakan, review restoran makanan, pelancongan, pengalaman yang tidak dapat di jual beli, isu semasa, teknologi, tips-tips dan blog ini juga turut mempunyai pengisian pendidikan dengan azam blog ini akan menjadi satu blog rujukan untuk anak-anak atau sesiapa sahaja termasuklah menjadi  blog pendidikan buat blogger yang lain.

sampai sini dulu,jumpa lagi di lain lapangan  :) 
salam hormat dari Norzi.


CUTI-CUTI MALAYSIA : SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU


Assalamualaikum dan salam sejahtera... apa khabar.. lama dah janji nak update pasal cuti cuti Malaysia kami ke Sabah pada awal Oktober 2012 hari tu... asik tergendala aje .. :) . Saje nak share pasal percutian keluarga ke Sabah tempohari. Kenapa nak share? supaya diri sendiri yang sering terlupa ni boleh la mengingati detik tu dan nak kawan2 or sesiapa saja yang terbaca dapat ilmu, manfaat dan dapat kebaikan dari penulisan ini.. InsyaAllah. Tapi momentum nak menulis  memang drop abis sebab Kali ni type pun  agak speeding sikit.. tapi tak risau sebab tak kena saman pun heheh sempat lagi tu... 

okla, Alhamdulillah dapat juga pergi ke Sabah ..kenangan yang tak mungkin dilupakan dan InsyaAllah kami menunggu masa yang sesuai untuk ke sana sekali lagi.. Perjalanan kali ni  memang seronok..gembira alhamdulillah...sememangnya percutian yang menyenangkann and all out la kata orang sebabnya, sebelum-sebelum ni selalu pergi atas urusan-urusan lain tapi kali ni fikir nak bercuti sahaja. kan seronok tu.. pusing2 sabah selama  5 hari 4 malam.. masih ada rasa kurang sikit sebab tak pergi pulau2 berdekatan. Sebenarnya.. masih menaruh harapan nak pergi Sabah especially ke pulau-pulau peranginannaya yang sangat indah..Lagi satu, sebelum Norzi dan keluarga pergi berangkat ke Sabah.. semua dah settle, hotel dah booked... kereta pun dah roger kat kawan adik Norzi untuk sewa di sana.. jadi memang tak sabar nak ke sana... matlamat  ke sana sebab adik Norzi bernikah dengan orang Beaufort, Sabah, jadi pergi sehari ke Beaufort menghadiri sesi pernikahan dan kenduri kendara..memang cantik sangat timing masa tu, selain pergi ke kenduri, kami melancong sekali  merangkap sempena ulang tahun ke 10 perkahwinan kami pada bulan September  2012 yang lalu ... :)   alhamdulillah..




excitednya...beg semua dah ready

Norzi nak story sikit...Norzi dan keluarga hampir2 tak dapat pergi sebab kami dah lewat check-in. Norzi agak lalai pulak hari tu flight jam 1710 iaitu jam 5.10 petang tapi kami keluar lebih awal dalam jam 2 petang . Pusing2 sekejap atas beberapa urusan, sampai jam 4.05ptg . Ingat rasa ok lagi , siap boleh tunggu dan tak check in pun... sedangkan luggage besar dan beg kena daftar kerana Norzi menaiki perkhidmatan Air Asia dan membeli luggage weight sebanyak 25kg.



tunggu..tunggu dan tunggu lagi


Tunggu hubby park keta yang ternyata jauh tu,, alih-alih dah jam 4.30 dan kitorang pun terkejar-kejar nak check in. Bila dah scan barang, pergi kaunter R52 kerana di screen paparkan KOTA KINABALU flight details kami  STATUS : OPEN kaunter RM52 tapi pelik punyalah panjang orang, pergi tanya kaunter , yang attended kami kata mana2 kaunter pun boleh utk check in. Pergi kaunter lain pula , dan rupanya flight jam 5.10 ptg  dah close dah tak boleh check in. APa??? dah close??? argghh mula la terbayang total lost flight ticket..hotel dah booked and paid.... kereta booked ..  berdebarnya.... hanya kaunter hujung sekali di LCCT yang boleh buat pendaftaran untuk kes-kes macam Norzi. Sebab kaunter hujung pun sangat-sangtat sesak , apalagi terpaksa terus ke depan dan tanya nak check in dan dengan muka mencuka yang jaga kaunter cakap dah CLOSE! SO Norzi tanya apa option yang Norzi ada?  dia kata beli tiket baru .. senangnya... ingat murah ke beli tiket anak beranak 5 orang ni..dah la kami beli ticket ni pun mahal sebab gap sebulan je..bukan gap yang setahun atau 6 bulan advance.. 




Bersedia nak check in



Hubby pulak pergi kali ni dia tak layan juga tapi bila dengar lontaran suara hubby yang padu yg lebih tegas sebab tension tengok diorang ni, terus bagi register..what the??? dan minta RM50 sebab check in di kaunter..... tapi beg tak boleh bawa.. sebab semua beg dah bawa ke pesawat... owhhh beg besar kami tu segala mak nenek ada ... jadi sehelai sepinggang je? Takda pilihan samada terus tak boleh pergi atau pergi tanpa beg! Mana nak campak beg yang besar ni? owh sesak dan semak sangat rasa masa tu ... ding dong ding dong last sekali kami ada 10 minit aje sebelum fligth jalan.. apa lagi buat keputusan drastik , hubby kata pergila dan dia cari tempat simpan beg dan kena cari perkhidmatan penyimpanan luggage. .. 10 minit je  and by the time dia melangkah cari tinggal 8-7-6-5 minit ...mana tak sampai lagi...apa lagi terus pergi simpan beg di tempat simpan luggage... untuk 5 hari, satu beg seberat 25kg  kami di kenakan RM200. Berbelah bahagi juga samada nak atau taknak pergi mulanya, tapi mak, abah, kakak. adik Norzi dah jalan dulu naik flght awal dari kami lebih kurang sejam awal.. Jadi, kasihan pula sebab hotel Norzi dah booked and paid guna nama Norzi , nanti kalau tak ada kenala bayar lagi ... dan belum tentu ada hotel... mmg kalau nak melancong ni kena plan awal kalau tidak kelam kabut... masa 5 minit terakhir.. announcement dah buat nak close pintu ke KK tiba2 hubby datang... kami LARIIIIIIIIIIII memang pecut tak ingat... Masa berjalan, sampai je gate announcement kedengaran yang pintu akan tutup dalam 1 minit ...argghh tension gile tahap tertinggi ... sampai gate je, kami keluar terus close dan dia suruh cepat n flight tu sangat la jauh ...kami lari lari lari ...bukan lari anak tau..lari betul2... alhamdulillah la anak beranak fit.. masa tu semua doa keluar , berdebar, risau , memang terbayang keadaan arwah Hani Mohsin yang berlari kejar flight . Memang mencabar sebab elok kami masuk flight tangga pun bergerak ...hubby lari bawa anak Norzi yang dua tahun lebih tu~ khalisah ...alah yang Norzi cerita dia nak susu dalam flight tu  ~dalam entry Nasi Lemak Pak Nasser, kalau nak tengok, klik sinii. 

 Pengajaran nya di sini utk penerbangan domestik biarla 1 1/2 atau 2 jam awal ... dan kalau international biarla 3 jam awal... itu yang Norzi pegang sekarang ni... memang serik ingat macamana masa yang suntuk tu kami pergi tanpa satu baju extra pun? cuma ada baju anak 2 orang tu je sebab masuk dalam beg sandang....Norzi , hubby n anak first tu memang tak bawa baju.... jena shopping di Sabah la nampaknya...walau apa pun.. perjalanan kali ini memang penuh dengan pengalaman dan pengajaran... Harap info ini membantu anda yang ingin melancong terutamanya yang menaiki penerbangan. Sampai jumpa lagi di lain coretan.   

WHATSAPP VS SMS, SEBAB WHATSAPP POPULAR


Assalamualaikum...salam sejahtera...hari ni rasa terpanggil nak tulis pada WhatsApp dan mengapa WhatsApp ini popular pada masa ini. Dalam zaman komunikasi yang semakin ke hadapan dan maju, penggunaan sms  atau khidmat pesanan ringkas yang berbayar tidak lagi sepopular dahulu. Pengguna pada masa ini semakin banyak pilihan, dan kalau kita di beri pilihan, tentulah kita inginkan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang atau dengan kata lain kita tentula pilih perkhidmatan tanpa kos.Pengguna pada masa sekarang sudah  bijak memilih, berfikir dan membuat keputusan terbaik dalam memilih servis yang ditawarkan. Sama sahaja dengan konsep menggunakan application WhatsApp ini... applikasi ini ditawarkan kepada anda tanpa kos , ia bererti percuma. Hantar message secara percuma, gambar percuma ... tetapi, adalah syaratnya sebelum anda boleh enjoy menggunakan application ini... Pertama sekali... applikasi ini  hanya boleh digunakan sekiranya anda adalah pengguna telefon pintar atau smart phone dan boleh digunakan pada mana-mana platform seperti Android, iOS, Blackberry atau windows. 

Pengguna telefon pintar bolehla memuat turun atau download applikasi ini. Ianya percuma  untuk di muat turun. Contohnya jika pengguna android, anda boleh download dan search dengan kata kunci 'free download whatsapp for android'. Bila dah download , anda  boleh berwhatsapp dengan rakan yang memnggunakan whatsapp juga.

Tahukah anda, dengan teknologi komunikasi pada masa kini, kemunculan WhatsApp telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam industri sms kerana WhatsApp adalah perkhidmatan text secara percuma, hantar gambar pun percuma, group chat dan live update semua percuma... Selain itu WhatsApp juga adalah universal kerana text boleh dihantar walaupun dari Android ke Blackberry, Android ke Apple atau sebaliknya. Berbanding BBM ianya hanya terhad kepada pengguna Blackberry ke Blackberry dan kita tahu tak semua rakan kita menggunakan Blackberry maka ianya tidak begitu mesra pengguna dari aspek platform komunikasi ini.


source :google

Dengan pengenalan harga smart phone yang murah di pasaran pada masa ini, kini anda sebagai pengguna mempunyai lebih pilihan memiliki smart phone dan dengan kadar harga yang mampu milik. Kalau anda nak tahu, Norzi pengguna WhatsApp tegar, hehe dan memang rasa bertuah dapat menggunakan applikasi ini kerana banyak membantu berkomunikasi dan menjimatkan kos. Dengan melanggan pelan internet bulanan dengan kadar RM58 untuk 3GB , Norzi bebas menggunakan applikasi ini, selain bebas mengakses internet pada bila-bila masa , dan mengikut masa dan keperluan Norzi . Tapi, kalau ada yang rasa tak perlu ambil pakej internet ini sebab sentiasa connected to WIFI , pun boleh enjoy menggunakan WhatsApp ni kerana anda akan sentiasa dapat dihubung secara percuma juga asalkan telah connected to wifi dan pada masa yang sama menggunakan telefon pintar atau setaraf yang memenuhi ciri-ciri spesifikasi minimum yang di tetapkan oleh applikasi ini.

Dengan penggunaan yang berleluasa ni... adakah anda menyebut WhatsApp dengan betul? jom tengok ejaan dan sebutan yang betul untuk WhatsApp atau  pronunciation yang tepat untuk WhatsApp. Kalau kita tengok dalam bentuk penulisan atau sebutan ada yang tulis wassap .... watsup .... WhatsApp...
agak-agaknnya mana yang betul? ok mari norzi share sini dan harap-harap lepas ni kita sebut dan tulis dengan betul.. :)

UPDATED: Norzi telah menerima komen dari Anonymous berkaitn sebutan sebenar whatsApp . Apa yang Norzi sampaikan ini tak betul maka secara serta merta mesti di betulkan . Terima kasih kepada anonymous kerana menegur dengan ikhlas dan beserta link yang norzi akan share kan kat sini.

Sebutan yang sebenarnya adalah whatsAPP  atau wassup. Rujuk info dari page WhatsApp.

Jadi lepas ni kita sebut betul-betul whatsAPP =what 's up








sebutan yang betul adalah WHATS  +  APP  (APP adalah singkatan untuk APPLICATION  )
ianya merupakan WhatsApp Messenger

Menurut Wikipedia:
'Whatsapp Messenger is a proprietary, cross-platform instant messaging application for smarphones. In addition to text messaging, users can send each other images, video and media messages. The client software is available for Android, Blackberry, iOS, Series 40, Symbian and Windows Phone.'


Jadi, kalau nak beralih dari telefon biasa ke telefon pintar secara peribadi Norzi rasakan perlu sekiranya kita sebagai pengguna benar-benar rasa ada keperluan dan kita akan 'fully utilise' gadget dan applikasi tersebut.. Tapi sekiranya takda keperluan, kita pakai telefon biasa pun ok, asalkan dapat dihubungi dan menghubungi orang lain ketika kecemasan dan seumpamanya... sampai sini dulu , sampai jumpa lagi dan salam ukhwah :) 

happy reading!

NORZI TERIMA NOTIFICATION BAYARAN DARI NUFFNANG


Assalamualaikum..selamat malam.. just nak share kat sini yang pagi tadi Norzi dapat notification di email berkaitan jumlah yang Norzi cuba nak cash out kan di dalam tabung Nuffnang. Tak banyak pun hehe tapi Norzi try sebab nak tengok berapa lama proses transaction berlaku. Norzi cash out pada bulan Oktober 2012. Sepatutnya cheque sampai di anggarkan pada middle Disember 2012. Tapi malangnya tak dapat sampaila Norzi notify Nuffnang dan mereka feedback sebab menyatakan ingin mendapatkan maklumat yang Norzi beri sama seperti maklumat dalam IC . Alhamdulillah pagi tadi dapat juga notification on payment advice. Baru payment advice ya,belum dapat payment pun :)

Bila sekali dah settle, harap2 insyaAllah lepas ni lebih mudah nak cash out kan jumlah duit tabung tu... Kepada yang nak tengok notification tu, boleh semak di bawah ya... ada beberapa maklumat penting yang norzi dah tapis :) .  Masih menunggu cheque tu menggunakan perkhidmatan mail. mungkin makan seminggu ada dua minggu... Harap2 cheque tak hilang di tengah jalan :)  Apa-apapun alhamdulillah... salam ukhwah ~



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...