Followers

Sponsored Advertisement

.

SAYUR CAMPUR DENGAN UDANG

Assalamualaikum,, late night dah..baru sempat update.. hujung minggu masak sikit .. ok..minggu ni Norzi masak udang..suka udang tak? Udang ni memang sedap.. semua suka udang dalam rumah ni :) kalau masak udang, kena kupas kulitnya atas permintaan anak2 sebab diorang nak makan dengan mudahnya dan laju nya hihi... Norzi masak sangat simple.. masak udang, campur sayur-sayuran , brokoli, karot, cili benggala, bawang dan cili merah.... sangat-sangat senang untuk di masak :)

Boleh layan gambar...




Sayur campur dengan udang


BAHAN_BAHAN:
1) Udang --satu mangkuk---di buang kulit dan urat belakang
2) Sedikit Brokoli -ikut kegemaran anda
3) 1/2 batang lobak merah (carrot)
4) 1/2 brokoli di belah 6
5) 1/2 cili merah  belah 6 bahagian
6) Sebiji bawang besar-di belah 2 dan di hiris kasar
7) 2 ulas bawang putih-dihiris
8) 2 Biji bawang merah 0dihiris halus
9) 2 sudu besar sos tiram
10) sedikit garam

CARA-CARA
1) Rendamkan udang dengan air panas sehingga separuh masak,kalau air panas sangat , sekejpa aje, Norzi guna air panas dari ELKEN , jadi tak sampai 100 darjah c, kemudian toskan
2) Tumiskan bawang putih, merah, besar sehingga naik bau
3) Masukkan sos tiram
4 Masukkan sayur, kacau sekejap
5) masukkan sos tiram kacau sehingga sayur separuh masak
6) Masukkan udang kacau rata, dan masak hingga udang masak
7) masukkan 2-3 sudu air kalau sayur tak emput lagi
9) Masukkan garam utk perasakan mengikut selera anda

selamat mencuba! :)

Boleh like jika suka :)  ~terima kasih




KALENDAR CUTI SEKOLAH TAHUN 2013 ( TAKWIM CUTI SEKOLAH)

Assalamualaikum, salam sejahtera, di sini Norzi kongsikan sama jadual tarikh-tarikh cuti sekolah sekolah sepanjang tahun 2013. Pentingnya takwim ni bila para ibu bapa nak merancang cuti-cuti sepanjang tahun supaya dapat merancang tarikh bercuti dan membuat perancangan bercuti ke destinasi pelancongan atau balik ke kampung halaman.  Semoga bermanfaat ~


sumber : Education  Ministry 

BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera, norzi kongsikan beberapa info yang di baca. Norzi tak melakukan sebarang perubahan pada text. Terima kasih kepada yang sudi berkongsikan tentang bahaya kepak ayam ini kerana norzi memanng penggemar kepak ayam. Semoga bermanfaat!

**********************************************************************************************************

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.
Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.
Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
gambar kredit to www.rasa.com.my


Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto : YUMNI HARUN


***************************************************************************************************************
Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

KISAH BENAR...
Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.



 Kisah Benar   Kepak Ayam Penyebab Ketumbuhan


Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..

Wallahhu'alam.. Sumber dari internet..
PENDAPAT SAYA BUKAN TAK BOLEH MAKAN KEPAK AYAM.. BOLEH... TAPI CARI YANG ORGANIK ATAU AYAM KAMPUNG YANG MEMBESAR SECARA NORMAL DAN TIADA UNSUR STEROID.. SAYANGI DAN HARGAILAH TUBUH BADAN YANG ALLAH ANUGERAH INI..

Kredit info
✿ Ana Salwa ✿

RUMAH TERBALIK DI TAMPARULI, SABAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera…Apa khabar.. menulis sekejap ..banyak sangat nak update tapi tak terupdate.. slow sikit lately ,sama mcam anda semuakan. Banyak commitment :) .Masa dok belek2 album, Norzi terjumpa gambar kami ke Sabah iaitu RUMAH TERBALIK. Cepat-capat la recall perjalanan kami ke sana… Ya, rumah terbalik ni baru sahaja di bangunkan untuk tujuan pelancongan … dan ini yang pertama di Malaysia. Sebelum ni, Norzi pernah tengok rumah terbalik di dalam TV, lama dah… dalam cerita Jackie Chan. Tak pasti di Negara mana .

Sebelum terperam lebih lama , Norzi catatkan pengalaman semasa di Sabah tempohari untuk Norzi kongsikan bersama di sini.  Banyak sangat tempat-tempat menarik di Sabah seperti  Kaki Bukit Kota Kinabalu, Beuford, Keningau, Pasar Philippines , Kedai Makan atau warung ikan Bakar atau seafood yang memang sedap bah…cerita tentang Hotel-hotel di Sabah, Rumah Terbalik ,Bunga Rafflesia dan banyak lagi… semuanya belum terluah lagi . Harap-harap masih ingat lagi bila nak menaip nanti … InsyaAllah. Maafla Norzi cerita pun dah tunggang terbalik, tak tau mana awal n mana akhir ni hihi. Banyak cerita-cerita awal yang Norzi belum ceritakan . InsyAllah lepas update semua Norzi link kan supaya mudah untuk anda rujuk.

Oklah..kalau anda dah sampai Sabah untuk melancong, mana nak pergi? Jangan lupa ke salah satu destinasi pelancongan, yang Norzi dan keluarga pun dah lawati iaitu Rumah Terbalik. Rumah Terbalik ni kira tempat menarik untuk pelancongan, baru sahaja di buka kepada orang ramai pada February 2012.  Perjalanan ke rumah terbalik dari hotel kami menginap agak jauh, tapi sebab datang pun bukan boleh selalu, kitorang pergi juga. Rumah Terbalik Sabah atau dengan nama The Upside Down House ni terletak di Tamparuli , Sabah. Ianya merupakan destinasi terakhir yang kami lawati pada hari terakhir  kami di Sabah.. kira hari ke 5 di Sabah, memang dah penat sangat dah rasanya sebab semalamnya pergi Kaki Bukit Kinabalu...Pergi Renau....muka pun masing-masing dan kepenatan.. 





Bila tiba di rumah terbalik, sekitar kawasan semua berpagar. Jadi , kalau nak tengok, kenala masuk ya.. dan bayaran dikenakan seperti berikut
DEWASA (tanpa mykad) -----------------------------------RM18
DEWASA Pemegang MYKAD ----------------------------RM10
KANAK-KANAK-----------------------------------------------RM5

Lepas beli tiket, Norzi sekeluarga masuk, dibawa oleh seorang penyambut tetamu. Kami dilarang mengambil sebarang gambar di dalam kawasan rumah .. kat luar je boleh ambil gambar :). Sebab kalau semua ambil gambar, dah tak exlusive lagi la kan, nanti semua dapat lihat dalam nya. 




Masa masuk tu, hanya kawasan bercarpet merah je boleh lalu, tujuannya ialah atas faktor keselamatan. Kawasan laluan yang anda pijak sebenarnya adalah syiling , jadi penuhla syiling anda dah jadi lantai... barang2 atas lantai sebenarnya barang2 di atas kepala.. pening tak? hahah nak menaip ni pun pening gak ni sebab rasa dah tonggang langgang dah ni.. Sebab takut kemalangan tak berbau, manala tahu kerusi terjatuh ke kan… so hanya kawasan merah je boleh lalu. Masa nak masuk tu, kami di brief bahawa anggaplah rumah ni dihuni sepasang suami isteri dan seorang anak. Sebab persekitaran dalam rumah dia ada mainan kanak2 …style rumah lama-lama..memang menarik..tapi ada orang pening dalam rumah tu sebab dah jadi luar biasakan bila melihat benda-benda dalam rumah tu melawan gravity. Bila tengok kerusi meja dan segala benda kat atas kepala..lampu pulak kat kaki…dan anda sebenarnya akan berjalan di atas syiling! Barang-barang tak jatuh  bukan sebab melawan tarikan gravity tapi sebab di paku ya… itulah faktor keselamatan yang diberi perhatian. Di luar halaman pun ada sebuah kereta kancil yang di parkir terbalik , basikal pun terbalik….:)


kereta terbalik

Selepas keluar dari Rumah Terbalik, ada  pusat jualan barangan cenderahati , baju-baju dan ada cafe juga. Jadi kalau anda nak beli buah tangan boleh la beli di sini. Norzi belikan anak perempuan baju UPSIDE DOWN HOUSE. Harga dalam RM33 . Banyak lagi barang-barang lain yang dijual dan boleh la cuci mata di sini.. 





Di dalam kedai cenderamata


Rehat sekejap ... sambil minum-minum



Norzi letak beberapa keping gambar rumah terbalik di seluruh dunia . Norzi google.. dapat la beberapa dari beberapa negara. Happy viewing. Kepada anda yang nak ke Rumah Terbalik di MALAYSIA bolehlah ke Tamparuli , Sabah untuk melihat sendiri sekitar rumah dan di dalam rumah berkenaan.



Sakasa Restaurant, Japan


Norman Johnson's Upside-down House , Florida USA





Device to out of Evil, Canada





Wonderworks, Florida and Tennessee, USA




The World Stands on its Head, Germany



Upside down house , Russia

Upside down House, Poland





Turkish Upside down House





House Attack, Austria




House of Katmandu , Spain






 All upside down houses source from here


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...