Followers

Sponsored Advertisement

.

BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK , KUALA LUMPUR



Assalamualaikum.... kejap je dah nak ke penghujung cuti sekolah … pejam celik pejam celik nanti nak buka sekolah pula. Cuti sekolah ni mana nak bawa anak jalan-jalan? Kalau sekitar Lembah Kelang... banyak juga tempat boleh pergi..boleh bawa ke Berjaya Theme Park , di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Norzi pergi sini baru dua kali . Sekali masa anak sulung berumur 4 tahun , dan sekali lagi baru-baru ni , masa cuti sekolah. Lama nya cerita ni baru sempat nak story hehe. Ok sebelum Norzi teruskan, kepada yang ingin ke sini boleh la berurusan untuk pembelian tiket atau sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh la menghubungi:


Corporate Office


Berjaya Times Square Theme Park Sdn. Bhd. (352052-U)
(Formerly known as Cosmo's World Theme Park Sdn. Bhd.)
No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.



Ticketing Counter

Berjaya Times Square Theme Park, Level 5 & 7, Berjaya Times Square,
No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
General Line
+603-2117 3118



E-mail tpcoordinator@timessquarekl.com




Time Square Theme Park



Jadi fokus pada hari tu adalah bawa budak-budak dan kasi diorang kebebasan untuk main apa yang diorang nak. Memang banyak sangat jenis permainan di sini. Anak -anak Norzi semua soooOOoo excited.

Jumlah tiket yang perlu di bayar dalam RM100/++ untuk lima orang, dua dewasa dan 3 kanak-kanak dengan kad pengenalan. Ni Norzi copy dari website Berjaya Theme Park untuk rujukan yang memerlukan. Kalau nak pergi, boleh survey dah harga ticket sebelum masuk dan jangan lupa bawa IC ya untuk menikmati kadar harga yang lebih rendah.

Theme Park Tickets

Normal
MYKAD / MYKID
Adult (13 years old and above)
RM48
RM38
Child (3 to 12 years old)
RM38
RM28
Family Rides*
(Limited to rides at level 7 only - Botanic Drive, Buddy Go Round, Fantasy Trail and Crazy Bus)
RM25
_______________________________________________________________________
Family Package

Normal
MYKAD / MYKID
2 Adults & 2 Children
RM138
RM106

Senior Citizen (55 years and above)
RM15
Special  *
RM10
Infant (Below 3 years old)
FREE
_______________________________________________________________________
Operation Hours

Monday - Friday
12pm - 10pm*
Saturday / Sunday / Public Holiday / School Holiday
11am - 10pm*
* The Management reserves the right to change the hours without prior notice.


Taken from Berjaya Times Square Theme Park Official website

Lepas selesai buat bayaran, kita di berikan pengikat tangan ber barcode , nanti akan ada pembantu yang bantu ikatkan ke pergelangan tangan dan scan barcode sebelum masuk. Lepas scan baru pintu laluan di buka. Dengan pas tiket itu , kita boleh keluar masuk tanpa had sekiranya nak pergi makan or minum luar kawasan dan kalau lepas dah bertenaga semula nak sambung main sampai malam pun boleh dengan syarat tak buka pas kat tangan tadi. 


           


kalau nak masuk balik n enjoy sehingga 10 mlm , pasti kan tak koyak dari pergelangan tangan tu ok :)



Berdasarkan pemerhatian Norzi , masuk sini lebih kurang macam pergi ke Genting Highlands. Cuma di Genting tu permainan outdoor…indoor… tapi di Berjaya Theme Park semuanya indoor. Di sini lebih selesa, di Genting Highlands, kalau cuaca terlalu sejuk dan berkabus, kita tak dapat main outdoor, sebab tak nampak penuh kabus plus kesejukan tahap maksima lagi-lagi kalau baju tak cukup tebal....jadi main indoor sahaja. Kebaikan di sini boleh aje main asalkan cukup tenaga , ... tengok la citarasa , sesetengah orang memang nak cari open area macam di Genting. Memang ada Pro n cons.


Tips seterusnya, disarankan bertolak awal, pagi-pagi lagi dah sampai di Berjaya Times Square. Jadi anak–anak fresh dan mempunyai yang lebih panjang di theme park .. elok rancang dengan baik perjalanan…Banyak permainan yang boleh dicuba mengikut peringkat umur. 

Di sini permainan orang orang dewasa tak sama level dengan kanak-kanak.. Norzi n hubby tidak ke lokasi permainan orang dewasa kerana ada kanak-kanak. sekadar cuci mata sahaja … ha, tengok gambar kat bawah ni, maunya tak teruja nak main. over excited dah anak sulung nak main tapi masa tu malas nak queue so , terus naik atas untuk ke Fantasy Garden.









                                  heading to level 7, Fantasy Garden...

Ok, lepas jalan dan cuci mata di level bawah , iaitu level entrance, kami terus ke Level 7 untuk ke Fantasy Garden. Tempat yang di nanti-nantikan oleh kanak-kanak ribena.. Ada apa agaknya di Fantasy Garden? Di sini di reka dan dihias seperti taman bunga buatan saiz gergasi dengan cartoon character , bunga-bunga, dedaun dan macam-macam lagi . Memang seperti di dunia fantasi,memang tak benar belaka.. tapi Cute! Walaupun Nampak giant size tapi rasa friendly sebab watak-watak yang Nampak mesra dan tidak menggerunkan. Dekat Fantasy Garden, kami enjoy dengan menaiki beberapa permainan.
Antaranya Buddy Go Round –ni bukan anak-anak aje, Norzi pun naik juga… kami naik sekeluarga; Buddy Go Round ni mengumpulkan pelbagai ciptaan so basically u can sit on unusual creatures and watch the fantasy world go round on this colourful carousel. Sounds interesting kan. memang happening sangat.. pusing-pusing dan pusing tapi tak pening..
.


tengok siapa la dalam bola ni...



Fantasy Trail- yang ni memang best tapi perlu beratur panjang. Kena tunggu about 3 trips to go then baru kami  boleh naik. Siap lalu dalam satu terowong buatan … and ada hantu buatan juga.. gelap .. budak2 takut la… siap pejam mata, Norzi pun pejam juga hehe…sebab tak sanggup nak biarkan orang mendengar jeritan diri sendiri yang memang confirm akan buat orang semak kepala..Norzi ni jangan kan hantu, kucing lalu pun aura ketakutan dah menghantui... jadi bayangkan la kalau nampak hantu buatan tu cemana..terkejut tu dah satu hal, tang menjerit tu kang tak leh cover...hihi. tapi yang di Theme Park ni bukan la sama standard rumah hantu di Melaka :)...biasa biasa saja .. dan tak sampai seminit pun lalu tempat gelap tu. selepas keluar terowong, boleh tengok sekeliling dan enjoy the magical scenery.




tengok dua beradik ni... jap gi dua2 pejam mata sebab nak masuk terowong gelap .. ala.. sebenarnya tak berapa takut sangat...kita jadi takut sebab tak dapat nak expect apa akan berlaku di hadapan kita, terbang ke... pegang ke.. tergantung ke ..hehehe

my eldest daughter

Selain tu , ada juga Molly-Cool’s Swing-ok , yang ini Norzi tak naik.Crazy Bus-ahha yang ini kami naik…. Mmg crazy naik bas ni. Flying Bumble Bee pun ada di Fantasy garden... kebanyakan nya yg boy tu yang naik. kakak tak dapat naik sebab terlebih ketinggian. Anak Norzi ni baru 10 tahun , tapi tinggi hampir mengalahkan mama ..


Botanic Drive— Sangat recommended utk naik




flying bumblebee


Robo Crash-Ni tak sempat pun nak main sebab pertama, hubby agak keberatan nak beratur ...budak budak dah over xcited dah nak main, jadi mama n papa selamat menjaga budak2 ..kami skipped Robo Crash.

Honey Bump- ahha ni anak Norzi yang lelaki tu naik sampai dua kali. Kitorang beratur panjang semata-mata nak temankan dia. Memang ber Honey bump sungguh dia hari tu ahahah

honey bump
Sebab ramai sangat nak main.. memang rasa nak pengsan dan kepenatan la bila kena beratur..… lepas sesi honey bump, Norzi berehat sekejap dan beli pop corn , air dan ice cream. Kalau beli di dalam kawasan Theme Park yang berada di puncak bangunan tu... tentula harga pun paling atas la kan hehehe ice cream satu scope RM5.90 kalau tak silap. Tapi budak-budak ni kan, lagi kita cakap tak payah..lagi la dia nak , lagi kita logikkan untuk beli di luar, kat depan-depan kedai dia tunjuk nak macam tak pernah makan ice cream selama 10 tahun  adoi kena beli jugak la …rasa ice cream yang RM5.90/scope? ordinary ..heheh kalau setakat nak bagi anak-anak happy ok la..


Macamtula serba sedikit tentang pengembaraan kami di Berjaya Theme Park. Sampai sini dahulu. Catatan ini adalah untuk diri sendiri , anak-anak dan semoga bermanfaat utk yang memerlukan. 


salam ceria 

 ~Norzi ~






PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4 : TEKNIK MENAMPAL

Assalamualaikum..salam sejahtera.. beberapa minggu lepas, anak Norzi sibuk siapkan artwork untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk tahun 4. Anak Norzi seorang yang sukakan seni, dan sangat menghargai dan mengangumi hasil seni. Jiwa kami sama. Tapi bukan la seni halus, seni separa halus boleh la hihi.. Kalau seni halus, memerlukan seorang yang lebih cermat dan teliti. Dari pemerhatian , kami bukan la dilahirkan dengan bakat seni halus...

Setiap kali matapelajaran Pendidikan Seni Visual, banyak tajuk-tajuk dan kaedah kerja yang mengujakan untuk di explore / di terokai. Norzi suka berbincang dengan anak Norzi dan  menyelami pemikirannya. Untuk minggu itu (tak ingat dah minggu berapa ni) , kena buat hasil kerja menampal... dah kena ada penggunaan effect pasir pada pasu.


Apa yang diperlukan untuk kerja tampal menampal ni? (maaf Norzi tak tahu terminologi yang di gunakan di sekolah ) sebab kerja ini bukan collage. Masa zaman Norzi belajar, Norzi pernah buat collage. Pernah tengok artwork collage? Collage ialah kerja tampal menampal yang menggunakan kertas-kertas contohnya kertas surat khabar atau sebarang kertas yang telah dikoyak-koyak. Dulu, Norzi simpan kertas yang bulat2 yang boeh didapati dalam hole puncher. Jadi menampal dengan bentuk bula-bulat. Tapi kali ini ianya lebih kerja menampal...

Ok sebelum bercerita lebih jauh , jom tengok apa yang di perlukan:

Bahan-bahan :
1) kertas warna
2) kertas lukisan
3) gam
4) gunting
5) pensil 
6) pemadam

cara-cara:
1)  mula-mula draft kan lukisan-hand free sketch saja,
2) gunting bentuk ikut kehendak atau tema lukisan anak anda, anak Norzi kena buat bentuk bunga dan pasu, jadi belasah je la buat 3 kuntum bunga dalam sebuah pasu. 
3) tampal dan susunatur dan tampal hingga selesai

Dari hasil kerja ni, memang jelas message pada hasil nya iaitu textured artwork yang mengunakan kombinasi pelbagai material. Mungkin tujuan hasil kerja ini untuk melihat hasil kerja dengan kesan 3D (textured ). Jelas bila di lihat nampak kasar dan bila di pegang pun rasa kasar di bahagian tanah di dalam pasu.

Kerja seni ini sangat menuntut hasil kreativiti, kalau tak kreative pun kita cuba je la beri mana termampu. Selain tu,matapelajaran ini ianya memerlukan  kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan dalam menghasilkan suatu artwork yang berkualiti. 




free sketch bunga dan pasu. Kemudian tampalkan bunga yg dah dipotong. 



Ulangi langkah sama sampai dapat tiga bentuk bunga. buat daun dan tampal . Ulangi langkah sama sehingga daun selesai





pasu di tampak dengan  menggunakan kertas surat khabar






Tengok la anak Norzi buat kerja di lantai bukan atas meja study.  Sedang menyelesaikan kerja-kerja sentuhan akhir. Harapan Norzi sedikit sebanyak penulisan ini kalau tak banyak, sedikit pun tak pa asal boleh memberikan info dan perkongsian ilmu. 

Salam ceria.
~ NORZI
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.





NEUTROGENA FOAMING CLEANSER aka PENCUCI MUKA


Assalamualaikum.. salam sejahtera... siang tadi Norzi ke KL dan balik tu singgah Alamanda di Putrajaya..matlamat utama sebab nak beli barang keperluan diri , nak beli buku, dan nak beli Big Apple donut. ..beli la sikit barang keperluan diri kat Watson. Anak Norzi pun cepat -cepat ambik facial cleanser untuk dia.. Tengok ni , sebelum ni Norzi belikan dia set Johnson , tapi dah habis, dia minta Neutrogena.  Norzi belikan pun sebab takut banyak habuk dan daki kat muka dia , sebab hari-hari pergi sekolah , peluh-peluh ,terdedah dengan panas dan habuk, takut susah nak tanggal daki and habuk.



                


Zaman Norzi sekolah dulu, memang tak tahu pun apa tu pencuci muka, atau pun 3 langkah asas tu memang tak ambil kisah. Tak kenal pun benda-benda ni semu. Sebab tu muka rasa berdaki heheh. Kelam suram je muka ni zaman sekolah dulu .. aduhai sedih betul la kalau ingat ..  Sebab hari-hari terdedah kat matahari , bila dah sekolah menengah, pergi sekolah menengah pun naik bas awam... jalan kaki dari rumah ke station bas ambil masa 30 minit, dari perhentian bas nak ke sekolah 20 minit , habuk-habuk  tentu la banyak bertepek kat muka ni ha ...ahaks. biasala semua orang pun hadapi masalah yang sama kan masa zaman sekolah. Cuma bila dah ada pengalaman, kesedaran , harapan Norzi biarla Norzi je yang alami benda tu semua, anak2 minta dijauhkan ... zaman pun dah berlalu , tak comparable dulu dan sekarang...Alhamdulillah budak-budak sekarang lebih selesa, mudah-mudahan  mereka mempunyai kualiti tersendiri dengan sokongan persekitaran dan kemudahan  yang diperolehi. Alhamdulillah dan InsyaAllah..

Salam Ceria dari Norzi ~

PUNCAK MUTIARA CAFE, PULAU PINANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,...malam-malam sikit , Norzi belek la album lama. Norzi terjumpa gambar masa Norzi ke Pulau Pinang. Norzi selalu dengar yang Pulau Pinang ni adalah syurga makanan sebab macam-macam makanan ada sini dan semuanya sedap-sedap, Norzi setuju sebab di sana makanan nya sedap... Sebab itu lepas pergi beberapa kali ke Pulau Pinang, Norzi masih ingin ke sana lagi...dan lagi... jika ada peluang untuk menikmati makanan di sana selain utk berjalan dan ke Batu Feringghi, Pasar Chowrasta , Padang Brown.. dan menikmati makanan-makanan lain..

Macam Norzi selalu tulis, banyak sangat info tentang restoran yang Norzi dah kunjungi untuk di share kan disini ..tapi kadang2 tak sempat. Ok ni Norzi share pasal Restoran Puncak Mutiara Kafe, di Kampung Pelet, Pulau Pinang.

Restoran ni terletak di Kg Pelet. Untuk sampai di sini .,, kena melalui jalan kampung. Kalau tak betul-betul guna GPS boleh sesat la, sebab lokasi agak dalam. Untuk memudahkan perjalanan anda yang ingin ke sini, Meh Norzi share alamat dan GPS coordinate, jadi senang untuk anda cari  , InsyaAllah..



  GPS Coordinate

                    N5.41517° E100.45613°

Address::Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
HotLine No  :1-700-81-9595
Tel No:604 - 522 8502 / 522 8503
Fax No:604 - 5228501
H/P No:012 - 5175503 / 012 - 206 5003 /
012 - 286 5363
Email:query@puncakmutiara.com



Di kafe ini disediakan pelbagai jenis makanan . Dibawah adaah beberapa thumbprint pic yang norzi ambil dari laman rasmi Puncak Mutiara untuk memberikan gambaran jelas kepada pembaca. So, dari rumah dah bole fikir nak makan apa..kan :)..?

                  

terdapat pelbagai jenis menu di sini. Ni hanyalah sebahagian nya. Mungkin ini adalah mostpopular menu yang pernah di order oleh kebanyakan pelanggan..


Yang kat bawah ni ada lah nasi baryani yang Norzi order. Harga pada masa itu ada RM19.90 . Norzi ambil Nasi Beryani Kambing. Minum pulak air kelapa, tapi norzi dah tak sempat snap pic, or mungkin ada ..gambar duduk dalam external hard disk drive ..InsyaAllah kalau jumpa nanti Norzi update gambar2 lain di sini..




Makan di sini memang menarik dan lain dari yang lain. Harganya adalah berpatututan, bergantung kepada menu yang di order ,tetapi sudah tentulah bukan harga macam makan nasi campur ya...Untuk nasi beryani yang Norzi order ni harga nya RM19.90 sepinggan pada masa tu  sekitar bulan~ November tahun 2011. Wah dah macam dah jadi bahan sejarah je rasanya sebab tahun 2011 punya cerita :). Tak pasti samada harga kekal atau tidak ya...Norzi cuma nak kongsikan tempat ni dan sekiranya ada yang memang nak singgah sini untuk rasa, sila buat semakan harga semasa terlebih dahulu ya. 

beberapa keping gambar yang Norzi ambil dari website Puncak Mutiara Kafe. Pemandangan kafe pada waktu malam... Norzi datang siang , jadi takda gambar pada waktu malam . 




sumber 




Sampai sini sahaja. Selamat malam . 


MUZIUM DIRAJA , KUALA LUMPUR


Assalamualaikum..salam sejahtera ..selamat petang…lamanya tak menulis,,,bukan tak semangat , berkobar-kobar sebenarnya...tapi masa... kadang tu bila dah ready, otak dah tak boleh nak fikir dah rasa tepu sangat plus mata yang sangat-sangat mengantuk.. akhirnya penulis pun lebih dulu tidur sebelum sempat meluahkan cerita-cerita yang sepatutnya di sini... salah sapa agaknya :) ...salah diri sendiri la tu.. hihi ..ok Norzi nal blog pasal cuti panjang masa Tahun Baru Cina yang lalu.adui lama sungguh dah cerita ni.. basi dah tapi sebab bukan makanan masih boleh dihidangkan untuk jamuan minda dan mata.. semoga tulisan ini bermanfaat pada yang memerlukan :)


Sempena Tahun Baru Cina , cuti seminggu di Sekolah Kebangsaan di tempat anak Norzi …lama kan? Mana nak pergi cuti lama ni, preferable yang dekat-dekat, yang tak penat sangat. Kalau dekat ni bagusnya, lepas jalan, enjoy dengan food, apalagi tentula agenda makan-makan dan lepas tu bila dah penat , balik boleh rehat.. sepanjang cuti seminggu tu , selain balik ke kampung halaman suami di Johor, sempat bawa anak-anak ni berjalan-jalan ke satu tempat yang dah lama diorang nak masuk.. asal lalu je…mesti nak pandang… kat mana tu agaknya?. Tempat paling susah nak masuk, dan kalau tak betul-betul di beri peluang, memang tak dapat masuk hihih… nak tau kat mana? Jom layan gambar...











Ini lah tempat yang selalu di idamkan nak masuk .. Istana Negara Lama.... Sekarang ni dah dijadikan Muzium DiRaja atau pun dalam bahasa Inggeris Royal Museum. Sebelum dapat masuk, anda perlu membeli tiket lawatan. Harga untuk masuk ke Istana Negara adalah seperti di bawah:


Orang dewasa---RM5
Kanak-kanak--- –RM2


Tiket

Pernah masuk Istana ? Istana Negara yang lama tu..yang terletak di Jalan Bellamy. .. Mungkin ramai yang dah tahu , sekarang ni Istana Negara di Jalan Bellamy telah dibuka untuk lawatan. Pada hari Norzi pergi tu, ramai juga pelancong datang turut serta nak tengok dalam istana Raja kita. Jadi sesiapa yang belum ada peluang masuk, disarankan untuk melihat persekitaran istana di Raja . Cuti sekolah akan datang ni boleh la melawat..dapat mengembangkan pemikiran anak-anak yang semestinya kagum dan tak tercapai akal mereka kalau kita tak dedahkan.


                                                

Kita rakyat jelata ni memang rasa seronok kan tengok istana …tempat Raja kita bersemayam. Alhamdulillah, seronok dapat masuk, bukan budak-budak je seronok...mak dan bapa budak pun seronok juga. Sebelum ni Norzi ada cerita pasal Istana Negara ni kat hubby n anak-anak. Pertama kali masuk ialah pada 12 tahun lalu bila Norzi praktikal dan kebetulan tempat Norzi praktikal tu dapat projek di situ , jadi masa person in charge selesaikan tugas, diorang ajak sekali. Memang rasa terkesima la tengok…Sekarang ni masuk masih seperti dulu juga sebab semuanya di jaga rapi dan diselenggara dengan baik.




Tengok tiang lampu ni... Norzi suka sangat style ni. Nampak classic sangat. 

Terdapat 2 bahagian yang anda boleh pergi. Pertama Istana Negara tempat Sultan bersemayam . Dalam bangunan tu kami tak dibenarkan ambil gambar.. jadi takda la gambar yang boleh di share di sini. Kasut wajib buka... Kalau anda pergi, nanti akan di berikan plastik setiap orang untuk memasukkan kasut anda dan kena bawa plastic tu sepanjang lawatan supaya kasut tak hilang. kasut anda, tanggungjawab anda ya…


Kat dalam tu boleh tengok bilik-bilik , mini library, bilik-bilik makan atau santapan, bilik wayang, klinik gigi khas, dan banyak lagi tempat menarik. Bahagian dapur tak di buka. Selepas selesai melawat istana, kami ke pameran seterusnya. Ada pamerah DI RAJA. Norzi kongsikan beberapa keping gambar ..




Banyak info diRaja yang kita tak tahu, info di beri dalam bentuk poster dan ditampal di wall tentang cara, istiadat di Raja yang di dedahkan di sini. Kita juga di dedahkan tentang Sejarah Institusi DiRaja. Alat-alat yang digunakan, keperluan lain seperti pakaian, keris , alat musik dan banyak lagi. 







Alat muzik














Tengkolok Diraja

Sepanjang melawat tu , Norzi tertarik dengan banyak benda yang Norzi kira baru refresh balik pasal Tengkolok. Disitu dinyatakan bahawa-

'Diantara pakaian-pakaian kebesaran Raja-Raja ialah Tengkolok Di Raja. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagi solek di ulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk Ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri.

Kain ulu itu dinamakan 'tengkolok' dan Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini  dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat blas yang diperbuat dari wmas putih dan ditengah-tengah bintang terletak gambar Kerajaan Malaysia yang berwarna warna.

-dipetik dari teks pameran-




Kesimpulannya , pergi ke pameran ni memang memberikan banyak pengetahuan. Persekiratan pameran yang selesa, tersusun rapi dan aktiviti indoor yang sangat menarik. Sekurang-kurangnya, sempena cuti-cuti dari tak buat apa , dapat juga terdedah juga kepada sejarah, protokol , sistem dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkaran DiRaja.
~Salam ceria dari Norzi.~

LUKISAN DALAM BUKU LOG NORZI

Assalamualaikum, Norzi ada log book. Bila buka aja hari tu, tiba-tiba ada satu mukasurat tu ada lukisan.... rupanya anak Norzi dah melukis dan mewarna rumah idamanku. hiihi comel sangat. Entah bila la dia melukis ni... Ini la rupanya lukisannya. Anak Norzi yang sulung darjah 4. Dia memang gemar melukis... banyak lukisan cartoon character yang di lukisnya..nanti ada masa Norzi upload di sini...saja suka tengok artwork diorang :)

salam ceria di hujung minggu 


NASI AYAM SEDAP DI BEAUFORT SABAH

Assalamualaikum, salam sejahtera, terjumpa gambar masa makan di restoran Nasi Ayam Sedap di Beaufort Sabah. Sebelum cerita lebih lanjut, Norzi dan keluarga mendoakan agar semua yang berada di Sabah mendapat perlindungan dari Nya dan semua perwira negara yang bertugas di sana sentiasa di lindungi Allah SWT.

Kenangan semasa di Sabah tak kan dapat di lupakan. Negeri nya indah dan antara tempat yang kami lawati ialah Beaufort. Di Beufort ada satu pekan kecil Beaufort, di situ la Norzi dan keluarga menginap untuk satu malam sebelum bergerak semula ke Kota Kinabalu. Masa di situ, pusing-pusing di sekitar Hotel River Park Hotel , Beaufort. Bila pusing-pusing , nampak Restoran Nasi Ayam Sedap, apalagi kami pun singgahla.



Restoran Nasi Ayam Sedap




Gambar di atas ini entrance di kedai. Kedai ni di bahagian corner lot baris premis perniagaan. Dekat sangat dengan hotel Norzi sekeluarga duduk. Di Beaufort tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan lebih-lebih lagi waktu malam . Tujuan utama Norzi ke Beaufort adalah  menghantar adik , kenduri perkahwinannya di rumah keluarga isterinya . Alhamdulillah semua telah berjalan lancar.


Ni menu nasi ayam  (kami pilih ayam goreng)


Sayurdengan sos tiram

sayur ni memang memenuhi citrasa Norzi dan hubby...memang naik sangat selera dapat makan nasi ayam ni + dengan sayur.Cara nak buat sayur ni mudah sangat. Hanya didihkan air dan celurkan sayur hingga agak layu dan angkat , letakkan di piring dan curahkan sos tiram. Gorengkan  Bawang putih ,dan taburkan di atas sos tiram tadi.. rasanya memang sedapp lebih-lebih lagi kalau menu sayur ini di makan dengan nasi ayam :)




kaunter penyediaan

Kesimpulannya, makan di sini ok... sedap .. pelbagai jenis nasi ayam, ayam goreng, ada nasi ayam hainan ... kalau anda berada di Beaufort , tentu selalu singgah sini kan...orang yang nak datang Beaufort boleh la singgah di sini... bawa makanan dari rumah juga sebab tak banyak kedai ...kalau ada pun mungkin tidak memenuhi citarasa / selera... Harga ok , maaf Norzi lupa harga nasi ayam ni sebab tak simpan receiptnya ..lama sangat dah... tapi kalau tak ok, kami sekeluarga akan ingat hahaha. Ok sampai sini dahulu salam ceria untuk semua .

Jazaakumullah Khairan Katsiran
~Norzi








“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...