Followers

Sponsored Advertisement

.

PRU13 : SEMAK ONLINE MAKLUMAT MENGUNDI


Selepas 5 tahun berlalu, masa untuk mengundi kembali lagi. Hari yang penting itu bakal muncul iaitu hari Pilihan Raya Umum (PRU ke 13) yang jatuh pada 5 hb Mei 2013 (Ahad). Dah bersedia untuk mengundi? Jangan lepaskan peluang sekiranya telah cukup syarat mengundi. Demi masa depan negara dan generasi seterusnya, kita perlu sama-sama jalankan tanggungjawab terhadap negara yang kita sayangi.  Hak mengundi hak semua dan kita bebas memilih mana-mana yang pada hemah kita terbaik untuk meneraju dalam kepimpinan dalam negara.

Dah tahu kat mana anda mengundi? Lima tahun dulu Norzi mengundi di Desa Petaling. Tahun 2013 ni, baru je Norzi lepas buat semakan online, nampaknya tahun ni Norzi mengundi di Sekolah Rendah Agama Kampung Malaysia Tambahan Sungai Besi (Sek. Ren. Agama Al Zamakhsyari)

Norzi mengundi untuk Dun 124 /Parlimen 124 iaitu Bandar Tun Razak.  Penamaan calon untuk Bandar Tun Razak terdiri dari Barisan Nasional (BN) Tan Kok Eng, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahin dan dua calon Bebas. Lokasi mengundi : di Kg Malaysia Tambahan . Tak sabar rasanya nak menunggu hari yang penting dan menuntut penuh tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi.

Macam yang Norzi pernah maklumkan , masa my childhood time Norzi menetap di Kampung Malaysia Tambahan. Walaupun kini menetap di Puchong, Norzi tak bertukar lagi tempat mengundi.

Pada hari mengundi nanti, masa mengundi ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. InsyaAllah Norzi akan keluar awal pagi sebab nak kena bawa anak-anak sekali. Hubby Norzi mengundi di Sg Sekamat Kajang . Jadi lepas je Norzi selesai mengundi di Kampung Malaysia Tambahan, Sg Besi, terus ke Kajang untuk selesaikan tanggunjawab mengundi en. hubby pulak. Anak-anak memang duduk dalam kereta aje tunggu hingga selesai. Lepas selesai tanggungjawab mengundi baru boleh berjalan sakan hihi

Jom tengok maklumat mengundi Norzi.




Ok , kepada yang telah berdaftar untuk mengundi dan  ingin membuat semakan online, boleh ke alamat berikut :


Sila masukkan no ic anda dengan betul dan tanpa sengkang atau dash.
Keterangan mengundi untuk anda akan di paparkan. 
Akhir kata selamat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Salam ceria ~Norzi


TIPS MENGEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN


Memiliki perut kempis dan tidak kendur menjadi idaman semua wanita. Oleh itu Norzi Beautilicious House menulis tips untuk mengelakkan perut menjadi kendur dan tidak menawan... Ini kerap terjadi kepada ibu - ibu selepas melalui proses kelahiran atau di sebut bersalin. Selain daripada masalah perut yang tidak kemas,  masalah berat badan naik juga perlu diberikan perhatian agar badan dan perut kita kemas seiring. Masalah ini seakan berganda bila semakin berusia , kadar metabolisma badan semakin menurun, natijahnya , jika makan banyak , kurang bersukan maka semakin segara pembentukan lemak-lemak yang bakal tersimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan naik. Kawalan dan pemantauan terhadap berat badan adalah sangat perlu demi kebahagian untuk diri sendiri dan juga orang tersayang.

Bagi yang lepas bersalin lebih mudah untuk merawat perut kerana perlu melalui proses berpantang berbanding yang tidak berpantang .  Bagi Norzi sendiri, emak Norzi sangat menitikberatkan penjagaan semasa berpantang. Sepanjang proses berpantang, emak Norzi menyediakan paste untuk diletakkan di perut. Amalan ini memang di amalkan oleh emak Norzi sendiri dan menggalakkan Norzi mengamalkan juga semasa berpantang, dan Alhamdulillah ianya berkesan membersih , menegang kan perut. Ya, segala daki kotoran di perut hilang, perut menjadi sangat bersih dan kemas.

Cara-caranya adalah dengan mengambil setengah cawan kapur sirih, Di campurkan dengan air,asam jawa, perahan air limau nipis dalam 1-2biji. Emak Norzi masakkan semua hingga sebati, Kemuadian sejukkan. Letakkan pada perut rata - rata kemudian ambil kain bengkung pakai seperti biasa. Paste tahan dalam 2-3 hari , untuk mengelakkan paste tu basi, boleh dipanaskan kalau ada lagi , panaskan pagi dan petang, tambahkan air jika perlu. Kesan utama pada permulaan pemakaian memang ada rasa gatal di bahagian perut, tetapi mengenangkan kesannya, kita kuatkan diri dan bertahanlah selagi termampu ...


Bila cukup sebulan berpantang , tak larat dah nak tepek..walaupun memang berkesan untuk perut kempis. Sebagai alternatif lain,Norzi juga gunakan  krim halia mustajab selepas sebulan menggunakan paste ni . Amalan dan displin diri InsyaAllah mampu meninggal kan kesan perut kempis. Ya, perut menjadi kempis dan pipih dilihat dari tepi. 



pic source : google 


Selamat mencuba !








WESTERN FOOD @ WESTERN CUISINE RESTAURANT TAMAN PUTRA PERDANA PUCHONG

Assalamualaikum , selamat petang. Ni nak update pasal makan tapau kat western cuisine kat Taman Putra Perdana. Bungkus aje masa ni sebab nak cepat , petang balik sekolah budak-budak nak makan western, so ikut aje la..tukar selera. Norzi order 

1) Spaghetti Seafood  Marinara 
2) Chicken Grill Black Paper sauce (our fav)
3) Spaghetti Bolognese (meat) Untuk my boy
4) Beef steak for hubby






detail harga tak dapat nak share sini sebab makan ni dah beberapa minggu lalu. Tapi selalu dah makan sini. yang terbaru nanti Norzi up sini dengan harga detail wahaha detail untuk rujukan diri sendiri dan rerakan maya especially yang duduk dekat-dekat Puchong ni kan.





persekitaran, clean but kalau takda kucing lagi ok hehe , basically kedai ni ok n bersih tapi sebab ada kucing selalu la rasa tergugat gak keberanian bila everytime nak makan ada je gangguan dari kucing comel-comel kat sini... Maaf la Norzi ni memang takutkan kucing dan ironinya kucing-kucing ni memang la tak takut ngan Norzi... wah seram nya bila nampak kucing ni berlegar-legar...datang dari naluri dalaman ni hehehe




Spaghetti Seafood Marinara 




Tapau siap2 makan kat rumah .. black pepper steak tuk hubby and chicken grill untuk Norzi. Sedap..sedap.. suka mashed potato dia.






Next entry Norzi share a bit detail on restaurant location and others. ni sangatla fast entry ......petang sudah...

WAJAH-WAJAH HANTU PADA PISANG


Assalamualaikum, masa buka Facebook, ternampak la gmbar  wajah-wajah hantu pisang ni... heee ramai orang like ...tapi norzi tak copy source, kira ni dari FB yang dishare dan di like. Tengok gambar ni memang rasa orang yang buat wajah ni berseni sungguh. Takut tau tengok . Ni kalau budak2 tengok ni harus taknak makan pisang. Alahai pisang pulak di salahkan .hehe. Tapi seriously creative la sapa yang buat ni.;.. Kalau letak atas meja pengantin untuk makan beradap , mau mati selera pengantin tak makan sebulan la pisang di buat nya hihi




Ukiran wajah pada pisang, antaranya wajah hantu  dan  dinasour
Source :FB

Happy sharing~ Norzi





ENJIN ALFA ROMEO 156 (SALESPEED 2.0)

Assalamualaikum.. tak tido lagi ni , last thing to do before zzzz.... just nak share pasal kereta hubby yang sakit hari tu...ahaks. yela, orang pun boleh jatuh sakit, inikan pulak kenderaan yang sah- sah kata akar nya adalah DERA. Sebelum ni memang hubby Norzi nak tukar enjin, tapi mencari-carila enjin yg ok with the price. Foreman untuk kereta ni di USJ. Alhamdulillah sangat highly recommended ke sini kerana service dan pricenya. Setelah dapat yang dipesan, enjin  Alfa Romeo 156 pun telah selamat di tukar. Alhamdulillah... tapi itu belum selesai lagi... ada lagi cerita lain.. 

Lepas hubby tukar enjin kereta kesayangannya ni, enjin lama hubby siap bawa balik ..aduhai cik abang I ni , Norzi dah pening dah tengok enjin ni. Sesak kepala ni bila tengok ada kat car porch rumah.. kalau Norzi nak kemas, mana la larat nak angkat.. sebab tersangat berat. Lepas beberapa hari bertukar beberapa minggu, masih lagi ada di porch rumah, Norzi akhirnya berjaya rasionalizedkan hubby utk buang ..buang kat mana tu hubby kena fikirkan :). Tujuan hubby Norzi simpan tu sebab dia nak study pasal luar dalam tentang enjin tu..aduhai.. orang kalau dah suka kereta , semua nak di godek.. sampaikan tidur pun buku kereta kat sebelah.. 


                           
enjin ALFA ROMEO 156 

 
ALFA ROMEO 156 

Norzi suka share some of my thoughts of this car. Personally , i love the shape, the styling, driving experiences . But maintenance wise can always make u reluctant to spend wehihihi, but u need to , otherwise u can just see , nothing more u can do . But if the selespeed is converted to manual i guess this car is good enough to be kept by the owner who loves the uniqueness of everything of it. Speaking London kejap. :)

Selamat malam,
 ~Norzi


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...