Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : SALMON TROUT PANGGANG DENGAN LEMON

Assalamualaikum.,,,salam sejahtera..hujung  minggu lepas Norzi masak salmon trout panggang dengan lemon.  Salmon sejenis ikan yang  pada citarasa kami sekeluarga sedap, tekstur yang pejal ,kurang tulang. Norzi masak simple saja , memang kalau western style hanya letak garam, lada hitam dan panggang… tapi oleh sebab ciri-ciri ikan salmon ni isinya cepat masak, dan warnanya yang agak orange bila dah masak pun, jadi hubby norzi tak berapa suka sangat tgk macam tu. Norzi dah tambahkan sos tiram untuk dapatkan kesan gelap hehe. Hubby norzi lagi suka kalau masak agak gelap rasa mcam garing sikit di luar, dan lembut di dalam. Jadi kalau buka api tu jangan besar , kecil sahaja.


Kalau masak cara western sepatutnya tak pakai sos tiram ni.. baru la authentic western. Hihi dah orang melayu  ni masak.. dah la masakan ni campur aduk.. tajuk panggang tapi masak atas pan (kuali leper) pakai minyak sikit , tapi bukan deep fry .. masak apakah ini..harap pembaca tak keliru ya... norzi masak ni ada pakai sikit sostiram… ok la.. Chinese style sikit…  Norzi tambahkan sedikit vege sperti bawang besar di belah, carrot di potong-potong memanjang,kentang di belah nipis nipis. Norzi gunakan flat pan. Jadi Norzi letak sedikit minyak dan bila betul betul panas dengan api sederhana, Norzi masukkan ikan. Lepas dah terbalikkan , Norzi tambahkan vege di sebelah ikan. Masak sampai siap!



Ikan salmon ni Norzi beli di pasar basah Jusco di IOI MALL. Beli barang dapur di sini memang best sebab semuanya bersih,  all vege dan buah-buahan dalam packaging yang kemas dan bersih.ikan pun bersih and dah siap siang. kalau beli kat pasar borong pun ok juga, lagi murah tapi kerja-kerja membersih dan pengurusan sebelum masuk peti ais tu menuntut masa dan tenaga yang lebih sikit ..berbanding beli di Jusco atau cold storage, kerja workmanship  bersih2 kan ikan, or asing2 kan sayur , kalau beli di pasar segala bekas harus keluar..  

Yang Norzi beli ni , Salmon Trout. Nak tau apa perbezaan salmon dan salmon trout, di sini Norzi letakkan sikit info yang di petik dari SINI. 

salmon trout
n.
Any of various large trouts, especially the lake trout, the seatrout, or the steelhead.




Norzi masak sempoi sahaja .. guna flat pan dan letak garam, lada sulah dan sedikit sos tiram. Bila letak atas pan yang dan panas teksture nampak ada perubahan dan memang ikan ini cepat masak.











Lepas beberapa minit, hasilnya seperti di bawah . Memang senang aje, Dua keping salmon ini boleh di makan untuk kami sekeluarga seramai 5 orang . Bila dah siap , Norzi perahkan lemon sedikit pada ikan.Kami makan dengn nasi , sebab tu Norzi buat garing sikit. Norzi goreng sayur sikit utk lauk makan nasi. Just nice utk kami sekeluarga. Oh ya dua keping salmon ni harganya di pasaraya Jusco RM26 ada sen sen tak ingat dah berapa. ..okla, kalau order wrsterm food pun salmon sepinggan sekitar rm20++. Kira okla kan..  Resepi mudah aje macam norzi dah explain dalam penulisan tadi. 




ni la rupa sayur goreng norzi buat simple sangat

ringkasan resepi
ikan salmon 2 keping bersihkan dan tos
2 sudu besar sos tiram
sedikit lada hitam
sedikit garam

panaskan pan 
letak sedikit minyak 
masak atas pan,api kecil
masukkan sayur kentang, bawang besar dan carrot 
angkat bila dah layu (cukup masak)

Sampai sini dulu.~










PENGARUH EDUTAINMENT PROGRAM DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum, salam sejahtera, Norzi nak share satu habit anak Norzi  yang bongsu, namanya Khalisah Humaira. Umur khalisah hampir mencecah 3 tahun, Insya Allah penghujung Mei 2013. Khalisah boleh dikatakan fast learner. Dia suka sangat-sangat suka menonton TV dan Norzi kena subascribe cartoon kegemaran dia. Di bahagian bawah , (hall) kami subsribe HyppTV jadi siaran kegemaran khalisah ialah di siaran 552, Nick Jr.  Kalau anda ada HyppTV bagi la anak2 tonton siaran Dora, Little Bill, Max n Ruby dan banyak lagi  kerana cartoon yang dipaparkan semuanya ada kualiti yang mengajar anak-anak untuk berkomunikasi secara 2 hala, mendengar arahan, menjawab , memerhati, menganalisa dan dalam masa yang sama ianya sangat fun dan kanak-kanak tidak stress!  Macam pergi kelas , bezanya duduk di rumah.Khalisah mempunyai kuasa menakluk TV menjadi kepunyaannya secara total dan terpaksala kami-kami ni yang nak tengok siaran lain kena naik atas dan menonton kat atas. Tapi di atas , kami subscribe Astro...tak sama la siaran dengan HyppTV  cuma nak naik atas dan tinggalkan dia sorang pulak dah satu hal :).. Tapi kalau kakak kepada khalisah layan Maharaja Lawak , sanggupla dia menonton sorang-sorang dan semua perasaan dia yang takutkan bunyi, takut hantu hilang pulak hehehe..




Khalisah sedang fokus menonton DORA (fokus 200% hehe)

Selain dari DORA THE EXPLORER, Khalisah juga sukakan siaran MAX and RUBY. Cuma kalau time nak tidur, Khalisah akan menakluk siaran di bilik untuk menonton OGGY . Cuma siaran OGGY tu bukan kategory edutainment programme, Norzi sepintas lalu menafsirkan siaran tu more to entertainment.  Apa kesannya anak-anak kita menonton edutainment program?  Kesannya diorang lebih cepat memahami arahan, belajar banyak benda dalam satu masa, ianya macam 2 way learning process macam pergi sekolah tapi ni macam konsep home school. Cuma mama dia tak ajar tapi tv yang ajar...jadi kanak-kanak ni semua happy sangat untuk menonton, belajar dan bermain. Norzi hanya akan try to express more and try to communicate with them and alhamdulillah dia sangat positif.


Berbanding cartoon-cartoon yang ditayangkan zaman norzi kecil seperti Tom and Jerry, Popeye, Woody wood pecker , Mickey Mouse , semua tu tak mengeluarkan suara, tapi hanya membuat pergerakan (action). Akhirnya kita yang tengok ni pun kurang la minat nak belajar bercakap sebab semua yang disajikan hari hari  tak bercakap. Kalau nak cakap pun masa gi sekolah tadiika rasa tak confident je... zaman dulu -dulu kan...ye la masa dulu teknologi yang digunakan semuanya 2D. So adalah sangat panjang prosesnya untuk menghasilkan karya cartoon yang bercakap.




Sekarang ni , industri kartun dah ada banayk perkembangan . Dengan adanya teknologi 3D dan animasi dunia kartun menjadi sesuatu yang lebih menarik.. lebih meninggalkan kesan. Itulah kuasa teknologi yang mampu mengubah persepsi, respon secara total. Bagaimana sesuatu watak itu di bina didalam sesuatu perisian, dan watak yang sama akan digunakan untuk proses  raut wajah yang bertukar-tukar dari gembira, duka , cemas dan lain-lain semua nya di dalam satu environment di dalam satu perisian. Proses render mampu memberikan kesan sebenar apabila cahaya lampu diberikan, perletakan material dan banyak lagi parameter yang akhirnya berkesan untuk sesuatu hasil yang berkualiti,Proses untuk menyiapkan setting  agak lama , selain memerlukan sokongan software dan hardware untuk memastikan hasil cartoon 3D yang dikehendaki. Banyak lagi Norzi nak cerita especially tentang perkembagan 3D technology tapi maybe Norzi buka entri khas untuk tulis tentang 3D ni.


Dalam penulisan norzi kali ni sebenarnya banyak kaitannyakan... antara behaviour kanak-kanak... edutainment programme dan program-program lain...erm apa-apapun semoga siaran-siaran yg baik sahaja di hidangkan untuk anak-anak kita... salam ceria dari Norzi.

HARI MENGUNDI YANG DI TUNGGU-TUNGGU

Assalamualaikum, semalam Norzi dan suami pegi mengundi. Lepas siap aje terus keluar pagi tu sebab makan kat luar. Lepas satu, satu kedai singgah tapi ramainya orang... mula-mula pergi ke Restoran SK Corner di Puchong, tapi penuh sangat orang , malas nak bersesak sebab kitorang bawa anak-anak.So decided ke Serdang, tapi takut tutup juga, so terus ke Bangi. Kedai banyak tutup dan jumpa satu kedai ni, tak ingat nama tapi ada orang tengah tebar roti canai. Sebab hubby nak makan roti canai so terus la check in di kedai tu. Lepas sarapan terus ke Kajang. Hubby Norzi mengundi di Sg Sekamat.... memang sangat2 sesak...  Lepas 30 minit hubby selesai terus je menuju ke Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Norzi mengundi si sana. di Sekolah Agama Rakyat. Dulu masa kecil2 Norzi sekolah di situ tapi dulu tak da bangunan tinggi.. sekrang dah ada 4 tingkat dah sekolah tu.Tinggi juga populasi kat sana sebab dulu hanya ada 4 kelas aje untuk sekolah agama. 

Ok, sambung balik, lepas je daftar terus je Norzi ke lorong 5. Di lorong tu tentula semua lahir tahun 70 an kot. Ramai sangat2 dan kena naik tingkat 2. Beratur memang seriously amat panjang/ siap peluh tak ingat ...jumpa ramai juga kawan-kawan sekolah lama, semua dah lain dah ...muka kenal.. nama lupa sudah ..:) 

Lepas aje Norzi mengundi,baru la cari tempat nak makan. Sebelum makan tu . sempat la kami sekeluarga ke IOI Mall . Eh siap shopping sikit. Sempat la membeli parfume utk diri sendiri dan juga hubby. Norzi ambil parfum Dreams Unlimited. Just want to reward myself walaupun banyak lagi perfum yang ada n belum abis.. masa test tu bau dia sedap dan tergoda... Hubby ambil white musk sport. Bau segar. Lepas tu untuk voters apat beli satu botol sabun RM1 sahaja. Yang botol merah n kuning tu . Satu Norzi satu lagi hubby layak membeli dengan Rm1 sahaja sebab jari ada warna biru.  Owh ya sempat lagi beli lip scrub.perisa mint ... nak scrub la bibir ni masa masa perlu hihi. .. dengan lip gloss tapi tu tak snap sebab dah masuk beg siap2.


close up sikit :)



Jalan-jalan lagi  nampak la outlet scholl ni , terus la norzi cari kasut yang paling sedap di pakai dan ada rupa sikit la. Maklumla design scholl ni bnyak mcm old school design sikit tapi tahap keselesaan maksimum. So Norzi sempat grab satu dan terus pakai wahahahaah..thanks to hubby sebab belikan Norzi ni... memang selesa ,, i like..alhamdulillah ada juga design yg berkenan di hati.

my scholl shoes


Sampai sini dulu, very fast entry , gambar x clear sbb gunacamera phone:( 
salam ceria ~norzi~


PASANG NIAT UNTUK KAUM WANITA





  • Assalamualaikum , baca ni dan nak share dengan rakan-rakan semua..
    Jom sama2 kita pasang niat mulai dari saat ini:
    1. Saya hanya mahu kelihatan cantik hanya untuk Encik SUAMI.
    2. Saya hanya mahu seksi di mata SUAMI.
    3. Saya mahu lakukan yang terbaik untuk SUAMI, anak-anak dan juga family. Jadikanlah saya wanita solehah yang sanggup berbakti demi Agama, Bangsa dan Tanahair saya....

    Amin...amin...ya rabbal a'lamin...
    Terima kasih semoga bermanfaat ~
    di petik dari FB (Harum Ikhlas)


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...