Followers

Sponsored Advertisement

.

PERADUAN MEWARNA "FUNTASTIC WORLD" CHUPA CHUP

Assalamualaikum, selamat berpuasa . Norzi just nak tulis pasal anak Norzi, Fatimah tahun 4 yang mewarna hari tu..... di sekolah Fatimah menganjurkan pertandingan:
'Peraduan Mewarna 'Funtastic World' CHupa Chup'. Lewat malam baru larat nak siapkan sebab keletihan, jadi anak Norzi tidur dulu.. oleh sebab dia mewarna , Norzi pun minta dia snap pic guna camera phone Norzi , tapi dia tangkap kabur la pulak. Tak melambangkan hasil kerja sebenar. Tak apa la , silap Norzi sendiri sebab tak tengok betul betul. Lukisan tu di abadikan di sini. Ni proses sebelum siap mewarna dan di bawahnya adalah selepas meawarna. Gambar terakhir dengan finishing fatimah tak tangkap, mungkin sebab mamai, jadi dia pun ala kadar aje la..

Pada hemah Norzi lukisan ini sebenarya menuntut pelajar mewarna dan warna-warna ceria yang boleh melambangkan unsur-unsur Fun dalam satu dunia fantasi.. Ianya kelihatan mudah walaubagaimanapun menuntut pemilihan dan gabungan warna yang tepat  untuk menyampaikan mesej fun, ceria, gembira sesuai dengan kehendak tema. :) 

Selamat mewarna! 
~Norzi~








BERBUKA DENGAN IKAN PEKASAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dan hari ke 12 dah kita berpuasa.. nak update sikit pasal berbuka puasa dengan makan ikan pekasam..pernah makan ikan pekasam tak? Tak semua orang tahu pasal ikan pekasam ni.. kalau Norzi , arwah opah pandai buat ikan pekasam dan pakcik Norzi di kedah pandai sangat buat dan rasanya memang la sangat sedap....

Dah lama tak goreng ikan pekasam sebab kalau goreng satu rumah kuat bau pekasam huaaahaa itu la yang tak tahan tu. Masa makan memang sedap tapi meninggalkan bau satu rumah tu paling la tak best. Beberapa tahun lepas iaitu sekitar tahun 2011 adalah tahun terakhir Norzi goreng sendiri sebab lepas goreng tu macam nak rak la cuci semua curtain , lap lantai bersihkan dapur tahap kronik utk hilanglanbau bauan... memang serik sangat kena penangan pekasam ni..

Tahun ni masa ke pasar ramadhan Taman Putra Perdana, Norzi nampak la satu gerai yang goreng ikan pekasam kat satu stall ni . Memang nampak menarik. Norzi pun beli la satu bekas polystyrene tu seekor ikan sepat RM5 siap goreng dngan cili dan bawang. Ni kali ke 2 Norzi beli. Makan dengan nasi panas memang walla. Sedap , nasib baik la ada yang menjualnya yang dah siap goreng. Sebelum ni bnyk jumpa yang masih dalam plastik ... memang tak beli la...




ini la rupa ikan pekasam tu..

Norzi makan ngan hubby hari ni  lawankan dengan sup daging , memang hubby tersayang pun dah pandai makan , sebelum ni dia memang tak kenal apa tu pekasam sebab dia berasal dari Selatan... mungkin orang sana tak berapa tahu pasal pekasam :) .

saja share pasal ikan ni sekali sekala tukar selera .. masak sendiri sudah, makan buffet sudah,, makan tunjuk di pasar ramadhan sudah, makan rumah mak pun sudah, memang kalau hari2 makan tempat yg sama selera drop terus... kalau kurang makan badan pulak rasa lesu, jadi kena makan utk bekalan tenaga sepanjang hari , kalau dapat makan kurma lagi bagus sebab kandungan vitamin nya dan sudah tentula sunnah Nabi.. 

Nanti  Norzi update lagi banyakkk stori di sini . Jadi kalau yg duduk Puchong tu, nak cari stall ni , di Pasar Ramadhan Taman Putra Perdana Puchong, kakak ni jual rojak cucur juga. Norzi belum cuba rojak dia, esok -esok nanti Norzi cuba. Selamat menunaikan ibadah puasa.

salam ceria ~Norzi~ 

KANAK-KANAK MAUT DITINGGALKAN DALAM KERETA LEBIH LIMA JAM


TRAGIS... Mangsa Nawal Iris Samsudin, 3, meninggal dunia kerana lemas selepas lima jam ditinggal di dalam kereta. 

TRAGIS... Mangsa Nawal Iris Samsudin, 3, meninggal dunia kerana lemas selepas lima jam ditinggal di dalam kereta.













SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nawal Iris Samsudin, meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam di dalam kenderaan ibunya di sebuah sekolah di sini, semalam.
Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan bergegas menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan pada pukul 11 pagi, selepas menghantar adik perempuannya ke Lapangan Terbang Subang.
Beliau dikatakan tidak menyedari bahawa mangsa sedang tidur di kerusi bahagian belakang kereta kerana kebiasaanya Nawal dihantar ke pusat penjagaan.
Namun sejak dua hari kebelakangan ini, mangsa telah dijaga oleh ibu saudaranya.
Nor Zatusy hanya menyedari bahawa anaknya itu berada di dalam kereta selepas dia kembali semula ke kenderaan itu pada pukul 5.30 petang.
Sewaktu ditemui, mangsa sudah kaku dan mukanya bertukar kebiru-biruan.
Mangsa terus dikejarkan ke klinik, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


DIPETIK DARI SUMBER

P/s : Hati Norzi sangat tersentuh membaca kisah ini kerana mempunyai anak sebaya kanak-kanak ini. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. 

HASIL KERJA LUKISAN LAUT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

Assalamualaikum dan selamat malam .. setelah sekian lama gambar-gambar ni tak di update, alhamdulilllah sempat juga nak update sekejap. Inilah lukisan yang anak norzi buat . Dengan gigihnya dia siapkan ,dan semestinya di bawah tunjuk ajar mamanya ,, syarat  yang guru seni berikan dalam tugasan ini ialah melukis pemandangan laut dalam dan di warnakan di atas permukaan tidak rata untuk mendapatkan kesan mewarna dengan texture kasar




Tips menghasilkan lukisan seperti yang Norzi selalu tekan kan pada anak Norzi, dalam situasi ini melukis tak berapa penting, lurus ke bengkok ke ,. dan jangan tekan terlalu kuat and tak perlu trace sebab takut tak natural. Perlu  free hand sketch dan perkara penting adalah sentuhan terakhir proses mewarna. Semasa mewarna membantu memberikan kesan. Lukisan ini anak Norzi yang hasilkan dan sedikit final touchup process , Norzi bantu especially bahagian shading tones. Tunjuk sikit je lepas tu bagi dia hands-on. 





Macam biasa kami menggunakan warna STABILO Swans (12 Batang) dan di akhiri dengan process finishing dengan menggunakan artline pen especially tang mata-mata ikan dan juga bahagian frame.




Semoga info ini membantu untuk anda menghasilkan lukisan yang lebih baik. Selamat mencuba!





“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”


 (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Love from ~Norzi~















SALAM RAMADHAN DARI NORZI SEKELUARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 


Alhamdulillah , bulan Ramadhan kali ini Norzi dan keluarga masih di berikan nikmat dari NYA untuk melakukan ibadah. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan NYA dan mendapat berkah.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Norzi sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Norzi , suami, anak-anak. Norzi juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan, fans, follower Norzi Beautilicious House, kepada semua agen dropship yang disayangi, yang tidak putus-putus memberi sokongan, dan juga semua followers Norzi Foodilicious House Mohon maaf yang tidak terhingga sekiranya ada sebarang perbuatan , tingkah laku atau  kata kata yang di disengajakan. Sesungguhnya kami hanya insan yang lemah dan tidak dapat lari dari kesilapan. Salam ceria dari Norzi sekeluarga dan selamat menunaikan ibadah puasa.


Alhamdulillah malam tadi kami sekeluarga sempat menunaikan solat tarawikh di rumah. Atas faktor Norzi mempunyai anak kecil , jadi kami lakukannya di rumah dan di imamkan suami. Ianya pengalaman yang indah . Somoga kita semua diberikan kekuatan utk mengharungi  bulan Ramadhan ini.Sekali lagi, selamat menunaikan ibadah puasa.

Salam ceria ~Norzi~






“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...