Followers

Sponsored Advertisement

.

MAKAN DI MANHANTTAN FISHMARKET

Assalamualaikum dan salam sejahtera... .. Hari ni Norzi nak story pasal last week hehehe. Last week  Norzi ke Alamanda Putrajaya. Seorang rakan Norzi roger nak belanja makan lunch di Manhanttan Fish Market. Pernah makan di Manhattan Fish Market di Alamanda Putrajaya tak? Yang pernah makan ok la.. tapi yang tak pernah ke sini boleh la makan di sini , lokasi bersebelahan dengan Secret Recipe . Entrance dari luar.

Last Norzi makan masa Anniversary perkahwinan ke 5 kalau tak silap. huih lamanya... anak pun sorang lagi masa tu. Norzi makan di IOI mall, dan Manhanttan Fish Market di IOI pun dah tutup dah sekarang, dan sekarang tempat tu jadi tempat Ayam penyet. Masa makan dulu menu tak banyk sangat. Sekarang nampak lebih variety dan ada pakej yang ok sekitar dari harga Rm15.90 utk set tengahari. 


ni  la menu Norzi harga ni RM29 package ya . ice lemon tea kena add lagi ...










Sambil borak-borak.. sambil menikmati makanan tengahari kami.. perut lapar memang la sedap kan...lagi lagi Norzi orang belanja ...lagiii sedap :) thanks to Nabiha sudi belanja i.  Anak Norzi dapat whatsapp gambar ni dari Norzi, terus merengek nak makan sini... masih tak sempat nak bawa weekend hari tu pack... weekdays memang sangat2 penat , sebab budak budak pun sekolah... so kena tunggu lagi ni.  Hujung minggu ni InshaAllah pack dengan family in law . So to my beloved daughter, kena tunggu nanti ada masa je boleh pergi :)








ini dory fish yang kawan norzi order. Package ni murah sikit RM15.90 /set, order dari jam 11pg hingga 3ptg sahaja. Ada Dory fish, rice, vege, mushroom soup, dan juga Air. semua package. murah kan? :)

kepada yang tak tau mana nak makan ... boleh cuba di sini.

Salam ceria dari Norzi~ 




















DULU, DIA RAKAN SEPERJUANGAN NORZI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cerita hujung minggu Norzi... alhamdulillah banyak sangat undangan jemputan open house sempena Aidilfitri. Norzi dan suami sehabis boleh cuba memenuhi semua undangan, tapi apakan daya ada juga yang perlu di skip atas faktor masa yang terhad. Hujung minggu lalu, Norzi sekeluarga memenuhi jemputan my xlecturer dulu dulu masa Norzi buat degree. Kami satu batch memang rapat antara rakan coursemates. Xlecturer menjemput beberapa rakan yang lain , dan akhirnya setelah beberapa tahun berlalu , Norzi berjumpa semula dengan beberapa rakan coursemate Norzi. Jadi nak diabadikan di sini kerana dah lama sangat kami tak jumpa.


Nama kawan Norzi ni Wendy. Walaupun Wendy tidak tahu akan kewujudan blog ini (hehe tidak dimaklumkan kecuali kalau sesiapa rakan tersesat di sini , sila tinggalkan jejak ya), tapi Norzi suka abadikan untuk diri sendiri. Banyak kenangan susah senang yang tak dapat diungkapkan dengan kata- kata ketika zaman belajar. Faktor kewangan, pengangkutan, jarak tempat tinggal semuanya memberi kesan besar sepanjang proses pembelajaran, pengalaman merasa perit ...tak mungkin dapat dilupakan. 

Masih terasa kesusahan setiiap hari bila ada lecture dari satu bangunan ke bangunan, bila lapar nak makan, perlu naik ke cafe, bila nak pergi library , jalan lagi dan jaraknya bukanlah dekat....bila ada kuliah petang , jalan balik ke bangunan lain.. dengan berjalan tu, akhirnya semua makanan tengahari yang  telah di transfer menjadi tenaga bertahan sekejap sahaja sebab dah habis masa  berjalan kerana banyk sangat berjalan...belum pikul beg , buku, air huaaaa...tapi setiap langkah kita tak lupa berzikir, dan mengingati yang SATU. sedihnya terinagat zaman tu.. mungkin sama la dengan anda - anda..tetapi tentulah ada hikmahnya kerana dari kesusahan dahulu lah kita belajar berdikari dan berfikir , Alhamdulillah , setiap hari Norzi tak lupa memasang niat agar Allah permudahkan perjalanan pengajian Norzi, jadi kawan-kawan di luar sana, jangan lupa memasang niat, tak kira ketika belajar, berniaga, bekerja, dan lain -lain yang penting niatkan  agar yang SATU membantu mempermudahkan menempuh hari hari yang mendatang...perniagaan yang dijalankan..mudah-mudahan dipermudahkan segala usaha..


So cerita balik pasal Wendy, Norzi agak close juga antara satu sama lain, terutamanya bila belajar dan berbincang. Walaupun dari banyak perspektif dan personality kami agak berbeza, tapi kami serasi.  Norzi difahamkan yang sekarang Wendy terlibat dengan courier services import export (more or less la) . Erm..mmg jauh bidang tu, sebelum ni  ada produk yang dia cuba design dan market kan, tapi sekarang beralih arah kepada bisness lain.. Bila Norzi tanya 'u tak rasa wasted ke your 4 years study for ur degree and at last u do something else...' (saja je tanya sebab Norzi suka dengar dengar pendapat rakan)  , Wendy jawab 'No lah, at least i know u, if not i will not meet u ' .  :)  Owh...terharunya dengan jawapan spontan tu :) . Nak kenal wendy , tengok gambar kami ni. 






Sampai sini dahulu. 

Ps: Terima kasih kepada Kak Mala dan suaminya atas jemputan tempohari, dan tahniah menerima menantu pertama! (dan kak mala juga tidak tahu kewujudan blog ini :) ) 


Salam ceria dari Norzi.



“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...