Followers

Sponsored Advertisement

.

PERKARA-PERKARA SUNNAH DAN ADAB PADA HARI JUMAAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera di hari Jumaat, penghulu segala hari . Hari Jumaat banyak keberkatannya. Mari kita kongsikan ilmu ini bersama, supaya sedikit sebanyak kita melalukan ibadah , walaupun sedikit , tetapi secara tetap, In sha Allah semoga mendapat ganjaranNYA. 



Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari Jumaat kepada yang pergi solat Jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di 

sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”. 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)






source:google


selamat melakukan ibadah..semoga kita sentiasa ke arah mendekatkan diri kepada NYA.

Salam Jumaat dari Norzi.

ALHAMDULILLAH ATAS KELAHIRAN SAFIYA

Assalamulaikum dan salam sejahtera , dah lama dah draft ni tapi tak sempat nak polish sebelum publish... so hari ni Norzi cuba jugala siapkan entry ni mana yang mampu... memang masa menulis ni lepas balik hospital, rasa teruja sangat...alhamdulillah Norzi gembira sangat dapat anak buah baru..  Alhamdulillah syukur dapat baby girl ..Adik Norzi telah dikurniakan anak perempuan  dilahirkan pada 17 Julai 2013. Alhamdulillah baby sihat dan sangat2 comel.. memang seronok sangat tengok baby , terbayang masa kita dapat baby. baby ini telah diberikan nama Safiya Bt Shamsul (tak pasti nama betul ke tak spellingnya tak da tanya pun ibu dan ayah safiya).  Cantik nama nya mudah -mudahan membesar menjadi anak yang solehah. Berat safiya ketika dilahirkan adalah 3.8kg , besarkan... Norzi sendiri pernah melahirkan baby ketiga dengan berat 4.15kg. Tak tau la besar mana perut Norzi masa tu kan .. :) ...takpa yang penting semuanya selamat ....


Ni safiya dengan neneknya. Nenek Safiya ni diimport dari Sabah bah.. Adik ipar Norzi ni orang Sabah, dan nenek safiya datang bantu jaga Safiya...




Gambar Safiya masa baru lahir....




Kami semua gembr dan syukur kehaarat Iahi atas kurniaan bayi ini. Owh ya ,dulu ada entry norzi ke Sabah kan, selain becuti tu ada satu hari khas menghadiri perkahwinanan adik Norzi, tapi tak sempat up entry tu... nanti norzi nak up kan juga ... wah lama nya... dah makan tahun ni... :)  






Sampai sini dulu  , jumpa lagi di lain entry. 
Salam hujung minggu dari Norzi

SENARAI NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM▐

NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM▐

Mohon share dari facebook, ambil ni pun untuk peringatan dan pengetahuan diri sendiri. Memberikan nama kepada anak2 merupakan perkara penting dan oleh sebab kurangnya ilmu maka bermacam-macam nama anak yang pelik dan dilarang di letakkan . Oleh itu , Norzi harap dengan share info yg dipetik dari facebook ini yang di share oleh hamba Allah ini boleh mengelakkan dari meletakkan nama tanpa membuat sedikit research terhadap nama-nama terbaik dalam Islam.

norzi copy juga info dari yang share, kepada blogger lain pun, Sila ►SHARE 

-----------------------------------------------------------------------------------------
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.


berilah nama -nama indah dalam Islam untuk bayi anda
pic source : google


Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

HUJAN DAN CUACA SEJUK

Pagi khamis yang penuh rahmat... hujan pagi ni ... alhamdulillah , sejuk.. memang sejak seminggu dua ni sering hujan. Hujung minggu lalu hujan lebat sangat , cuaca pula tak menentu tapi petang selalunya mendung dan hujan... Alhamdulillah.. cuma bila cuaca macam ni anak kedua Norzi akan selalu kena lelah.. mula la susah nak bernafas. Sikapnya yang sangat aktif akan berubah jadi terdiam , bila kena lelah. Razin sangat sensitif kepada cuaca sejuk dan minuman sejuk , minuman berperisa macm vitagen.. atau air sejuk yang diminum direct dari peti sejuk (bukan air batu) . Buah macam limau dan laici pun perlu dielakkan sebab kalau masuk je dalam badan terus trigger lelah. Alhamdulillah la dengan ujianNYA.

Dalam keluarga Norzi takda pun yang kena lelah. Cuma hubby kata masa dia kecil-kecil dahulu memang pernah kena,tapi makin besar semakin hilang. razin pun kena since baby berusia 8 bulan. Oleh sebab tak pernah menghadapi penyakit ni, dulu kekerapan razin sakit sangat tingfi, dan asyik keluar masuk hospital. Sekali admitted 5 hari sebab perlu habiskan antibiotik. Agak memenatkan kalau dikenangkan masa tu. Macam macam dah cuba... sejak razin boleh makan solid food , Norzi bagi madu dan hati unta, madu senang nak dapat, boleh beli di kedai atau ada juga beli di Darussyifa bangi. Hati unta Norzi kirim kawan yang pergi Mekah kerana memunaikan Umrah . Mak Norzi tolong sangai ( goreng tanpa minyak ) dan blend halus untuk tabur dalam nasi sebab kawan Norzi beli hati unta yang sudah kering. Alhamdulillah ada la perbezaannya, kurang sakit. Kalau kena pun dalam 2-3 kali setahun..

Masa Razin berusia 3 tahun lebih  Norzi dan suami beli nabulizer atas faktor kebersihan dan keperluan. Bukan nak kata kat klinik tak bersih tapi takut ada masa terlepas pandang , mungkin ada yang tak dicuci bersih. Orang yang pakai tu bersilih ganti. Ok la worth it beli sebab bila kena semput 2-3 pagi takda la rush ke klinik. Stok water for injection dan juga yang dalam tube tu memang ada selalu standby kalau dah ada symptom. 


Ni bila dah besar, suka pulak dia minum ais. Ambil sendiri..bila kita larang  , dia sengeh..tapi minum juga. so hari Ahad minggu lepas mulalah episod batuk sakan, natijahnya hari isnin semput ..tak leh pergi sekolah. Norzi berharap sangat dia cepat sembuh sebab hari khamis dia ada lawatan sekolah ke Petrosains. Dia excited sangat sebab nak pergi hari2 bangun tidur tanya bila boleh pergi..tapi itula yg dikatakan kita mampu merancang tapi tuhan menentukan, bila hari yang ditunggu tunggu razin still tak sihat... so duduk rumah la dia....




time dia semput je terus minta gas. biasanya kami elakkan ambil kecuali bila dr nasihatkan ambil gas, so kami pun minta stok ubat dan balik bagi. if tak dpat tahan sangat mmg immediately ke bilik rawatan Dr and nab sekejap.


Owh ya kalau anak anak anda ada masalah yang sama , elok la dapat kan satu mesin nabulizer ni. Mudah la sikit urusan. Kami beli dah lama, beberapa tahun yang lalu. Brand OMRON. Beli di Pharmacy di Puchong Utama. Kedai ni memang supply ubat-ubatan ke klinik juga. Norzi tahu kedai ni pun sebab Dr yang rawat anak Norzi tu yang recommend pergi sana.  Harga satu set masa 3 tahun lalu sekitar RM450. Ada bermacam brand dan harga serendah dari RM250 tapi pastikan anda baca spesifikasi , tengok motornya dan jenama nya. Dalam banyak2 tu Norzi dah hubby decided ambil brand OMRON. Qualitywise, highly recommended if u all nak beli utk kegunaan kalau ada keperluan.




Alhamdulillah hari ni Razin dah sembuh... dan kembali aktif! heheh esok pergi school setelah 4 hari cuti sakit. Memang Norzi tak bagi ke sekolah sebab  di bawah pengambilan ubat. Harapan Norzi semoga Razin di kurniakan kesihatan yang baik berpanjangan . 


~sampai sini dulu, salam ceria ~Norzi

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...