Followers

Sponsored Advertisement

.

ALAS MEJA MENGGUNAKAN TEKNIK CAPAN

Assalamualaikum, salam sejater, musim peperiksaan dah berlalu ... alhamdulillah dapat ambil sediikit masa untuk share kan aktiviti musim peperiksaan hari tu. Untuk matapelajaran seni visual tahun 4, anak Norzi dapat 4 soalan. Antaranya adalah:
1) teknik kolaj
2) alas meja gunakan teknik capan
3) menganyam 
4) membuat topeng

dalam banyak-banyak  ni, akhirnya anak norzi memilih menggunakan teknik capan. Norzi sokong dengan bantu Fatimah menyediakan 3 bentuk asas untuk mendpat bentuk bunga, daun dan ranting secara ulangan untuk dapat hasil alas meja. Warna yang digunakan adalah 

merah
orange
hijau 
coklat

Norzi menunjukkan sedikit kepada Fatimah sebelum dia memulakan aktiviti. jom tengok hasil kerja kami!




Pertama sekali  , dapat kan bentuk yang di ingini. Sediakan terlebih dahulu.
kami menggunakan carrot / lobak.
sedikan warna yang diperlukan (warna air)
pallet utk meletak warna air




sorry eja agak messy :) .
Ni yang Norzi buat. Lepas tunjuk, mata ni dah tak larat angkat dah, so Norzi pun nak baring sekejap dan biarkan dia buat sendiri..hasilnya seperti di bawah;;;




Ini lah hasil kerja anak Norzi 
untuk kali ini, secara peribadi, Norzi lebih suka hasil capan anak Norzi berbanding hasil Norzi. ianya lebih halus dan nampak asli. Lepas beberapa minit, Norzi tengok dah siap dan suka dengan hasilnya. Alhamdulillah .. atas nikmat yang Allah berikan ini.

Semoga membantu!
~Norzi



KHALISAH MENGANTUK DALAM KELAS

Assalamualaikum..Norzi nak update banyakkk entry... Insha Allah :)  ni pasal anak Norzi yg ke tiga, khalisah. Comei nya... Norzi baru hantar ke nursery pada awal bulan Oktober 2013. Alhamdulillah Khalisah seronok ke sekolah... tempat norzi hantar ni adalah nursery cum play school utk toddlers. Oleh sebab jadual tidur khalisah tak berapa menentu 2-3 hari lepas masuk sekolah, masa minggu pertama tu ,cikgu khalisah ada rakam video dia di dalam kelas..Cikgu kata dia mengantuk sepanjang hari... Norzi share sini sebab norzi rasa cute sangat2 .. ni la akaibatnya bila tidur lewat, so dalam kelas tak dapat la fokus.... asik layan mata aje... sekrang ni alhamdulillah jadual dia dah tetap sebab dah biasa dengan aktiviti sekolah. Balik rumah dalam jam 10 mlm dia mula nak tidur.. sebab dah penat all out di sekolah waktu siang :)





klik picture utk menonton budak kecik ni 


salam ceria ~
Norzi


KOLEKSI IRON MAN, POWER RANGERS, BEN 10 ETC

Assalamualaikum , anak Norzi , Razin (the only son in my family) sangat2 sukakan mainan cartoon character macam iron man, power rangers, Ben 20, Ultraman, asal kan pergi     shopping mall hati hati la kalau ternampak je mainan ni, macam ada kuasa tarikan , terus la dia membelek ... bukan membelek aje tau,,, membelek sampai la dia dapat.. hahuahauha

Beberapa bulan lalu,Norzi sekeluarga pergi KLCC, nak gi makan kat food court je ngan nak beli slipper anak Norzi yang ke3. ... Masa jalan  cari slipper cartoon Barbie, terrnampak iron man. Suka sangat la Razin (anak kedua Norzi) dan terus memberontak sebab tak da niat nak belikan pun hehe...dia pulak meronta nak.. bila tak dapat , menangis la sepanjang jalan...dia boikot tak nak makan pulak.. huaaaa.. macamana nak buat la dak kecik ni... akhirnya lepas makan , kitorang patah balik ke kedai dan beli juga la... kalau di susun mainan razin , memang tak cukup2 ruang. N kalau simpan beli mainan tu, boleh buat melancong tu. hehehee....Kadang tu boleh la dia beli ulang mainan yang dah ada macam Ultraman ..Ben10.... Power Ranger... 

Gambar yang ada ni sikit je. Kalau di susun ..tak tersusun .tu belum yang dah ranap hahaha... Iron man yang di beli di KLCC tu yang warna merah tu. Harga RM49.00 ..tapi worth buy sebab kualiti buatan dan material. Berapa kali lambung da.. masih nampak utuh dan joints pergerakan di sendi sendi masih ok dan berfungsi dengan baik hehehe ..kalau beli yang murah sikit kejap je dah hilang tanga, kaki and silap2 jumpa kepala je kat bilik dia ...eheheh.. owh anakku sorang nih.. 







Sampai sini dulu, salam ceria ~Norzi


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...