Followers

Sponsored Advertisement

.

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - MANDI KOLAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti sekolah yang telah lama bermula. Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan nikmat bernyawa mengharungi hari-hari bersama anak-anak tersayang anugerah yang Maha Esa. Syukran ya Allah. Sangat-sangat bersyukur dengan nikmat pinjaman Allah ini , semoga anak-anak , kami sekeluarga dan para pembaca sentiasa mendapat rahmat dari NYA. 

Bila cuti sekolah sahaja, ibu bapa sentiasa mencari-cari aktiviti untuk anak-anak. Selain dari cuti hujung minggu atau cuti yang boleh bervacation,kembara iman atau kem-kem motivasi.. dekat rumah anak-anak ni pun kena di aturkan aktiviti . Bila masing-masing dah besar, selagi boleh taknak diorang memberikan alasan taknak duduk nursery atau rumah nenek yang dekat2 sini pun diorang tak nak. Adakah anak Norzi je macam ni.... 

Baru -baru ni Norzi dan hubby carikan plastic pool di Toys 'R' Us. Oleh sebab nampak iklan ada promosi utk member , ternampak pool yang paling besar. So , kami sangat interested sebabnya kalau saiz besar , sesuai la untuk kegunaan anak Norzi sermai 3 orang tu... Anak Norzi yang sulung agak tinggi so kena la besar sikit. Kami pergi ke Toys 'R' Us Alamanda Putrajaya. Tapi tinggal yang kecil aje.. yang besar abis. Bila semak di sistem  Toys 'R' Us, ada lagi 9 unit di KLCC dan 4 unit lagi di Mid Valley. Oleh sebab KLCC ada banyak, the next day kami pun segeralah ke sana untuk dapatkannya. Alhamdulillah ada seunit lagi berbaki cepatnya abis... sebab musim cuti sekolah plus kami di maklumkan pihak Petronas nak buat Family day dan mereka dah beli banyak untuk mainan kanak-kanak... wah sonoknya kalau family utk staff Petronas :)




Ni la plastik nya. Kalau anda nak google terus je ke alamat www.toysrus.com.my dan boleh la usha usha banyak item untuk anak-anak tersayang 





Oleh sebab kena pam, wajib la beli pam sekali .. Ni kami beli di  Toys 'R' Us juga sebab lokasi nya bersebelahan sahaja. Harga pam ni RM49





Bila hubby dah siap pam.. hasilnya sangatla menggembirakan kanak-kanak ni semua... sangat happy! lepas isi air je semua dah tak sabar nak terjun . Masing-masing dah sarung baju renang.. setakat ni baru sempat mandi 3 kali. n 3 kali dah tukar air ... Oleh sebab pool ni agak besar, siaplah bil air bulan ni hihi...


Ni aksi si kecil ni konon konon tengah belajar nak float. Norzi baru je nak anta kelas swim bulan depan, InsyaAllah nanti Norzi create entry khas utk tu. Tapi masih lagi belum confirm nak masuk bulan depan or tahun depan sebab bln depan bnyk aktiviti hujung minggu, balik kampung, cuti-cuti. takut banyk la kena tuang kelas. 



Gaya professional swimmer ke ni hehe. Tak kisahla yang penting diorang ni memang sangat-sangat happy. Petang-petang je dah siap sedia dah nak terjun pool nih :)





Razin paling overexcited dan paling suka sangat la aktiviti air.  Lovely!





diorang bertiga  main bola, berlakon berenang dan banyak lagi aksi diorang ni... seronok tgk. gambar kakak tapi tak di up di sini sebab tak pakai tudung:)



Sampai sini dahulu...salam ceria dari Norzi







PERSEDIAAN MENGHADIRI HARI KELUARGA 2013

Assalamualaikum ..hari ni sibuk sangat-sangat sebab Norzi nak hadiri family day yang dianjurkan pihak majikan. Mana Agaknya nak pergi untuk Hari Keluarga tahun ni? Tahun ni kami ke Zoo Negara. Walau pun dah selalu pergi, tapi kami sekeluarga ok aje sebab anak anak Norzi memang suka tengok binatang kat zoo tu.. selain bersantai santai. Tapi esok tak tau la betapa ramai nya manusia ..hua .. harapan Norzi kami sekeluarga akan sampai awal sebab malas nak bersesak sesak .... bila dah settle pusing,, boleh balik awal,,yahuu..asalkan kanak kanak ribena  bertiga ni semua suka.. 





Ni kupon sarapan pagi dan makan tengahari dah dapat siap siap :)



Baju pulak dalam dilemma nak hijau ke...hitam.. lepas fikir punya fikir ,,Norzi dan family ambil warna hijau sebab hitam tak cukup utk kanak kanak.. Ok aje la.kan :)




Tiket utk ke zoo negara dah siap di edar. Alhamdulillahdapat la 5 wrist tag ni. Kanak -kanak ribena dah over excited dah semua tengok benda ni.. tak sabar dah semua dan semua dah kena kerah tidur awal malam ni sebab takut esok ada yang meragam sebab nak keluar pagi.  Sempena cuti sekolah ni mesti ramai yang nak serbu Zoo Negara dari seluruh pelusuk tempat sebab masa ni la nak bawa anak jalan-jalan..waktu cuti sekolah yang panjang...


Owh ya, Esok ada cabutan bertuah juga, bertuah kah Norzi esok ? Hehehe kena tunggu  ,...kalau ikut hati semua orang nak rasa cabutan bertuah tu.. tunggu esok penuh debaran heheeheh. Sampai sini catatan  selamat malam, mimpi indah utk semua :).


Salam Ceria,
Norzi

ALHAMDULILLAH, ANUGERAH KECEMERLANGAN MUHAMMAD RAZIN

Assalamualaikum... syukur alhamdulillah musim sekolah tahun ini dah pun berlalu..entri ini aje lambat..dah tunggang terbalik dah up kan entry.... musim ambil keputusan anak-anak..syukur , pada 3Nov 2013 yang lalu anak kedua norzi , Razin sekolahnya buat Annual concert & excellence awards. Razin telah di pilih membaca doa utk sesi buka majlis... alhamdulillah semua berjalan lancar..cuma sound system je kurang sedikit jadi agak tenggelam timbul la suara kanak-kanak ni heheh :)








Masa baca doa , RaziN pakai baju melayu raya tahun 2013, Siap bersamping dan bersongkok. tapi masa ni songkok dah buka da sebab lepas baca doa razin perlu bersiap2 untuk persembahan seterusnya. 







Norzi , hubby dan anak-anak semua datang untuk berikan sokongan kepada razin selain untuk melihat razin mendapat award BEST IN SUBJECT -English Language. Alhamdulillah.. Sebenarnya walaupun Razin mendapat matematik 100 markah tapi tak berjaya dapat BEST IN SUBJECT Math mungkin sebab ramai lagi yang dapat yang sama selain anak Norzi sorang ni agak lincah , aktif hehe so faham faham je la dalam kelas macamana dia suka main kan




Hari tu memang memenatkan sebab dari pagi sampai tengahari menunggu ..hehehe.. si kecik ni bila dah nak menjelang pukul 11 pagi tu mula la buat ragam.. mungkin sebab dah penat,, energy pun dah tinggal sikit, so kena balik la nak charge  ngan susu hehehe... kami balik sekitar jam 12 lebih, lepas selesai terus je balik rumah semua, cuaca yang panas membuatkan semua tak larat dah nak keluar. Lepas makan semua zzz sekejap utk charge tenaga. Apapun Norzi sekeluarga seronok tgk gelagat razin buat persembahan dan semoga razin berusaha lebih lagi utk menepuh hari mendatang. 




Tengok la aksi si kecil ni ha :)






HARI ORIENTASI DAN UJIAN DIAGNOSTIK DARJAH SATU

Assalamualaikum ..pada 16hb Nov 2013 yg lalu anak Norzi,razin menghadiri ujian
diagnostik utk menentukan kedudukan kelas. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selain itu ada orientasi di mana murid murid di tunjukjan kelas,bilik guru, kantin,tandas dan persekitaran sekolah ...razin excited seronok tgk sikapnya. Razin bakal mengikuti sistem KSSR sekolah yg menggunakan sistem band..berbanding anak Norzi yg lagi sorang tu , Fatimah menggunakan sistem KBSR. Razin masuk sekolah yang sama dengan kakaknya, cuma berbeza sessi sahaja..Alhamdulillah kejap je rasa anak-anak membesar.


Razin yang happy dan excited

Baju sekolah ni hadiah dari sekolah tadika ..hadiah saguhati sebab membaca doa pembuka majlis . Saiz  baju razin ialah 14 mmg ngam utk razin. Kasut sekolah  Razin pula, Norzi n hubby beli d kedai kasut Bata ioi puchong..


                        

Razin yang lapar..

oleh sebab gambar merata-rata, dalam beberapa hp , nanti kena cari balik pic di persekitaran kawasan.  Gambar ni penting bukan untuk hari ini sahaja, kalau panjang umur , lepas 10 atau 20 tahun lagi boleh tengok picture dan cerita-cerita di sini...  

Pada hari ujian diagnostik ni pun , Norzi daftar utk Frog VLE dan juga Zoom A. Akaun Zoom A belum dapat lagi , masih menunggu cikgu cikgu semua membuka akaun , menunggu ID dan kata laluan dari pihak sekolah. 

Akhir sekali , mama dan papa doakan semoga Razin menjadi anak yang soleh , membesar dengan baik dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat,semoga Razin juga sentiasa mendoakan mama dan papa. 

Salam Ceria,
Norzi

AKTIVITI MEMASAK DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum, aktiviti hujung minggu ni (sabtu lepas ni...lamanya baru boleh publish..lama dah kat draft hehe) memasak je...untuk menu makan tengahari . Masakan menu makan tengahari  paling mudah dan simple, buat ikan bakar , ini ikan jacket ..Norzi bakar kosong aje tanpa perasa.. dan bakar menggunakan pemanggang ajaib. Ikan jacket Norzi basuh bersih dan terus panggang .. lepas kering terbalikkan ke sebelah bahagian. 





Memang mudah ada pemanggang ajaib. Alhamdulillah tak sia sia beli pemanggang ni.. Tapi ni Norzi beli di Jusco , utk saiz  36cm harganya RM159, brand Giacomo. Norzi tak survey pun sebab tak sempat nak survey, grab aje masa jumpa kat Jusco IOI. Setakat ni memang ok rasa mudah sangat.. alhamdulillah.  Masakan kali ni tak payah la nak letak resepi sebab semua orang tau buat kan hehe.  Cuma panggang je kasi kering. Ikut suka la kalau nak kering sungguh  boleh bakar lama sikit.







Makan tengahari ni adalah resepi sama yang kakak dan mak Norzi masakkan semasa berpantang. Ni adalah anda resepi sepanjang Norzi berpantang. Memang  berselera sangat makan time masa dalam pantang...sedap nyum nyum ... Kalau makan tengahari pun naik selera , lawan dengan sawi masak air dan air asam lada hitam. 




Ni sawi masak air dengan kentang. Super mudah..main campak2 dan tunggu masak hehehe..senangnya ...  Air asam ni kalau belum cuba boleh la cuba. highly recommended ikut tekak selera Norzi. Cara buat tumbukkan bawang putih sebiji dengan setengah sudu kecil lada hitam ,tumbuk halus , kemudian campurkan dengan jus air asam jawa. tambah garam sikit sebagai perasa. 

tips semasa berpantang, sawi yang Norzi makan takda sup  ,kentang dan lain2, tapi kakak Norzi tolong celur sahaja... jadi sawi celur ... senang kan :)






 air asam lada hitam



Makanan waktu panas, nasi panas..memang best :). Sesekali tukar selera simple-simple, mudah , cepat dan menyelerakan. Selamat mencuba .


Salam ceria,

Norzi

RESEPI UDANG GALAH GORENG LADA SULAH

Assalamualaikum... ni entri agak lama tersimpan ni. Hari tu mak Norzi ada bagi udang galah ... alhamdulillah sedap sangat dan besar-besar juga.. masa tu mak Norzi beli Rm40++ untuk sekilo , mak bagi setengah kilo . Terima kasih mak.. So Norzi masak ala kadar yang cepat lagi pantas.. ni bagi budak-budak sekali ngadap je dah licin :)


.



RESEPI : UDANG GALAH GORENG LADA SULAH

Bahan-bahan
 Udang galah 10 EKOR (Siang dan cuci bersih)
3 bji bawang merah-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 batang saderi-hiris kasar
sedikit bunga kubis hiris kasar
2 biji cili padi hiris halus
1/2 biji cili merah perhiasan dan nak dapat kan warna merah (tapi khasiat cili merah tu sebenarnya sangat baik)
sedikit garam, lada sulah, kunyit dan garam secukup rasa
*gaulkan kunyit, bawang merah , garam ,bawang dan sayur sekali
2-3 sudu kicap -ikut selera masing2









To order : whatsapp 019 3177872







Cara-cara:
sedikit minyak dipanaskan, bila dah panas betul masukkan semua yang dah digaul*
kacau2 masukkan lada sulah secukup rasa, sayur-sayur
bila dah cukup masak , masukkan sedikit kicap 
siap!

selamat mencuba!
salam ceria ~Norzi  dan boleh like jika suka :)


BELI BELAH DI PASAR BASAH TESCO BUKIT PUCHONG

Assalamualaikum, semenjak adanya Tesco Puchong di Bukit Puchong, mudah sikit nak ke Tesco. Sebelum ni rasa jauh sebab nak menempuh jem yang panjang utk ke Tesco dekat dengan Bandar Puchong. Bandar Puchong sekarang ni sangatla sesak... keluar pagi pun penuh kereta..sampai mlm tak berhenti penuh dengan kereta... kadang-kadang terfikir.. dorang ni nak pergi mana ya , sentiasa sesak.. dulu tak sesak..aman damai je hehe tu cerita 10 tahun lalu la... mungkin diorang pun nak ke Tesco, Jusco atau balik rumah di Puchong yang populasi nya makin tinggi...crowded..rumah pun banyak ..

Oleh sebab tu la...bila ada Tesco di Bukit Puchong, bolehla lupakan Tesco di Bandar Puchong tu. Norzi dan famili selalu juga ke sini selain membeli groceries, pergi beli juga ikan dan lauk2 basah kalau en hubby malas nak gi pasar borong selangor... kadang-kadang makan dekat food court di Tesco ni , nanti Norzi upkan entri makan kat sini sebab banyk juga pilihan dan not bad la .

Bab - bab pasar ni kena la hubby yang pergi. Alhamdulillah dia memang sangat ok pergi pasar sebab pandai beli ikan , ayam sayur seperti yang di pesan :)  . Bukan apa , pasar ni tak berapa kuat la nak pegang segala ikan ayam daging..beratt..... kalau hubby Norzi yg pergi , laju je dia sambar eheheh.. jimat la masa dan tenaga ...kita kat rumah standby je nak menyusun .. dulu selalu ikut tapi penat menunggu dalam kereta , budak2 pulak meragam je lebih.. lagi la terlebih letih..hihihi. 

Memang selain pasar basah kat pasar borong selangor, kami juga pergi beli di Tesco, Jusco. Price wise mmg ada beza tapi okla tgk apa misi sebenar , kalau nak bersih2 seronok2 bawa anak jalan ok juga shopping sini. Kalau pasar borong agak stress sikit sebab banyk air ikan (huaaa tak tahan ni  hehe sebab lepas tu nak masuk kereta takut terbawa air ikan tadi hhuhuhuh) , sesak sikit sebab orang ramai, tak la cantik sangat persekitarannya tapi barang agak murah dan lebih banyk pilihan . Berbanding di Jusco or Tesco lebih mahal sikit tapi properly wraped, bersih, air conditioned, ada pros and cons tengok la apa yang kita nak. 

Minggu lepas lepas (tak ingat dah minggu mana ni hehe) beli2 la barang kat Tesco. Suka tengok gelagat over excited anak - anak Norzi lagi -lagi Razin (anak ke dua) yang suka terkejut tengok ikan saiz besar hahaah. Dari kakak sampai la yang kecik semua seronok tengok ikan, ayam, udang, sotong.  Mama sibukkk snap pic diorang.. love all the moments. 



Selalunya hujung minggu la ada sikit masa.. kalau weekdays sangatla sibuk dan masa berlalu sangat pantas.  Harapan Norzi dgn shopping groceries n barang basah dapat rapatkan hubungan silaturrahim adik beradik  dgn mama papa sekali yang semua sibuk sekolah dan mencari rezeki .. :)  

\

Ceria anak-anak Norzi , Fatimah Azzahrah, Muhammad Razin dan Khalisah Humaira. They are so lovely. Mama n papa sayang kamu semua. Terima kasih Allah~


Seronok sangat tengok keceriaan anak - anak.

salam sayang
norzi~

LUKISAN KARTUN MENGGUNAKAN PENSIL


Assalamualaikum, apa khabar... hampir terbuang lukisan anak Norzi yang Norzi jumpa. Anak Norzi memang banyak melukis, mewarna dan melakukan kerja kerja sketching lebih lebih lagi muka cartoon  ...kali ni bila Norzi kemas rumah terjumpa lukisan ni.. dan terus la snap utk kenangan .. sayang nak dibiarkan begitu saja sebab ianya sangat natural dan terhasil dari sentuhan nya  dengan gaya stroke tersendiri. 

this is so nice kakak!



 
love u kakak.

~Norzi~





POPULAR POSTS


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...