Followers

Sponsored Advertisement

.

AKTIVITI SPA

Assalamualaikum..salam sejahtera..  cuba teka kat mana ni...hehe lokasi ni kat SPA ... pernah pergi spa tak? Kita-kita ni semua kaum hawa tentu tak ketinggalan kalau sebut je SPA sesuai sangatla ... tapi kali ni..SPA ni bukan untuk orang perempuan je , ni universal.. semua suka. anak -anak pun suka... ha, tengok gambar kat bawah ni...bukan main suka lagi kan.. kan ? :)

                                 

Khalisah over excited... kakak kepada Khalisah iaitu Fatimah tak datang sebab kakinya terseliuh... jadi tak boleh jalan dengan sempurna.. dia pun tak nak la datang.. tapi semasa entri ini di tulis , alhamdulillah kaki fatimah dah baik sepenuhnya :)

                                     
                                  

Sebut je SPA, bukan tuan blog je nak kena SPA, kereta pun nak juga di spa..  ok straight to the point, Norzi bukannya pergi SPA badan pun..tapi pergi  SPA kereta.. event ni dah 1-2 bulan ni....tp x sempat up entry ni...tak tau berapa kali baca..edit..baca edit..baru boleh publish..hehe






Norzi hantar  petang dalam jam 2 dan sepatutnya dalam 2-3 jam siap, tapi oleh sebab kami sekeluarga ada beberapa urusan lain, Norzi dan hubby datang berasingan dan tinggalkan satu kereta untuk di SPA dan ambil pada hari berikutnya iaitu hari Ahad. Norzi buat interior dan exterior, just nak naikkan seri kereta, bersihkan dalaman kereta, agar segar nyaman selesa and secara peribadi, highly recommended ke tempat ni. Tempat ni pun Norzi tahu dari kawan Norzi.. Lokasi di Shah Alam, iaitu CARNAUBA AUTO SPA. 

Nama pun Autospa, so hanya kereta-kereta je la yang diterima di sini hehe... tuan kereta boleh rehat dalam kawasan rehat (waiting area). Kalau anda jenis yang sanggup menunggu, boleh la hilang kan boring dengan melihat semua kereta yang bersusun macam kat dalam show room  sebab semuanya dah di cuci bersih..berkilat lat lat..hihi..




ha... siap snap polisi kualiti lagi.. 



sementara menunggu... yang paling seronok budak kecik la kan... dalam apa suasana pun, dia la paling seronok... lompat sana ..lompat sini... dan dengan ruang menunggu yang cozy membuatkan bebudak lagi la seronok.. 






mama pun tak ketinggalan gak bergambar,  hehe


Gambar ni di ambil masa kami datang the next day , maksudnya kereta dah siap! lepas semua siap, sessi quality check la..semestinya dilakukan oleh hubby. Sebelum angkat kena la teliti dalaman yang memang susah nak dibuat, especially habuk-habuk di celah-celah sudut yang sukar di capai...seperti bahagian louver aircond  yang berdebu, kesan chewing gum , dan bau-bauan yang kurang menyenangkan... semak , teliti, bau.. ok, passed semua dah hilang!  chemical apa di gunakan...itu kami tak selidik :) tapi boleh nampak alatan yang di gunakan.. leather seat kembali menyinar dan nampak segar ... heheh dan paling best  ada satu bau dulu susu pernah tertumpah telah dapat di nyah kan dari kereta ni... Mood : happy! + segar!




kanak-kanak ni memang sentiasa happy, mood: ceria sepanjang masa :)




engine siap cuci. bersinar sinar :)









layan gambar :)



 Selain service yang ditawarkan, ruang menunggu tu memang sangat exclusive , comfortable sebab masa tu orang pun tak ramai menunggu, kalau ramai tak pasti kadar keselesaan. Kat situ  boleh baca magazine, boleh tengok tv, rehat2 la..selagi tak boring. 

Oleh sebab hari pertama tu kami buat registration, periksa kereta dan  tinggalkan kereta , sempat juga masuk berehat sekejap dan lepas minum hidangan minuman ringan, kami berangkat.

Harga yang dikenakan untuk cucian indoor dan outdoor bergantung kepada jenis kenderaan. Untuk kategori kereta sedan , di kira Medium . Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung kepada kerja kerja seperti interior and exterior cleaning , polishing seperti yang di kehendaki..



ok sampai sini dulu. Salam ceria 


~Norzi


RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sejak cuti sekolah ni boleh dikatakan pagi pagi Norzi masak siap-siap di rumah sebab anak-anak tak nak makan yang beli bungkus.. Kalau sempat In sha Allah cuba tunaikan :)..kena selang-selangkan..

Pagi ni Norzi masak ikan siakap kukus halia ..ni anak sulung minta ni. Fatimah memang penggemar makanan. Sooo food lover.. tapi kena remind dia selalu jangan mkn banyak sangat takut oversize n obes..opps sebab mamanya pun dah makin sihat ni...


Ikan siaakap ni asalnya nak masak kicap halia. tapi pagi ni baru perasan kita cair abis... so tukar startegi , masak stim je la. Ni baru makanan sihat. Kalau tercari-cari resepi untuk berpantang, ni salah satu resepi berpantang yang mudah, tetapi naik selera ..lagi kalau makan ngan nasi panas..yummy :). Untuk mama-mama berpantang, boleh gantikan cili-cili tu dengan lada hitam...kasi lebihkan lada hitam dan banyakkan halia.

Halia boleh la di makan begitu sahaja sebagai ulam. Bagus untuk kesihatan, boleh buang angin mommies semua. Air asam pun bagus juga.. ikan boleh tukar la ikan apa nak pakai... tengok orang sebab masa berpantang tak semua orang sama. Ada yang alahan kat jenis-jenis ikan. Norzi selalunya makan tenggiri masa dalam pantang..lauk lain macam ayam kampung atau ayam biasa pun makan, daging, ikan jacket . Ikan bilis paling takut nak makan sebab dah kecik-kecik tak tau mana satu yang gatal.. jadi masa dalam pantang Norzi tak ambil ikan bilis.


Resepi asal Norzi baca dari periuktanah.blogspot.com.boleh tengok entry kat sini Terima kasih akak raihan sudi kongsi resepi. thanks for inspiring me :) .... yela tak semua orang sudi berkongsi resepi ni... tapi Norzi percaya masih ramai yang mencari ruang menghidupkan dan mengalirkan pahala dengan berkongsi benda benda baik.. dan bila ianya dipanjangkan untuk kebaikan , tentu ada bahagian untuknya dan NYA...wallahualam . Again, thanks kak raihan !

Norzi cuma tambahkan sedikit gula dalam air asam jawa, buat lebih sikit, Norzi tambah serai ketuk -ketuk sikit dan sedikit minyak bijan .. :)  dan tambah lebih sikit lada hitam... lain-lain semua sama.. Alhamdulillah sedap.. memang kena ulang resepi ni.. Hubby pun suka sangat, kecuali budak budak tak appreciate sangat masakan ni... yela sedap kalau makan ngan bawang, halia , cili tu, kalau makan ikan sahaja mmg kurang la :)


Norzi minta izin copy paste kak..


Bahan-bahan :


1 ekor ikan bawal hitam (500-600gm) * Norzi buat seekor ikan siakap

1 inch halia di hiris panjang-panjang , nipis
1 labu bawang besar-belah dua dihiris nipis membujur
1 tangkai serai-hiris nipis boleh juga kalau ketuk sahaja * Norzi buat 2 batang serai, satu hiris nipis, satu ketuk
1 tangkai cili merah hiris serong
3 tangkaao cili api -diketuk
5 biji lada hitam-ditumbuk halus * Norzi buat 10 biji 
1 sudu teh pati asam jawa di campur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi di perah airnya
sedikit garam * dan Norzi letak sedikit gula dalam juice asam jawa- 1/4 sudu

cara membuatnya

1.Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan 
perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. 

Kak raihan makan dengan budu/air asam, tapi Norzi makan macam tu aje dengan nasi panas , memang marvellous la resepi akak ni.. :)











siap sedia nak di kukus..semua dah siap disatukan







letak dalam pengukus...


tinggalkan dalam 20minit ..sementara tunggu boleh pergi mandi . Maklumla Norzi buat ni pagi...  dan yang bestnya masak kukus macam ni kalau kita nak makan lagi sekali kita panas kan  aje, memang berasap n cepat panas..






Suka sangat tangkap gambar periuk cum pengukus ni hehehe..bukan apa rasa happy sangat dapat utilise periuk ni... sukaaaa









tengok lagi sekali..aihh kiranya berkali -kali la tengok... suka sangat nih.. sebab rasa cam tak payah gi restoran :) hihih kejap kejap hubby plak tengok...lepas beberapa minit... alahai baru perasan bawang besar lom letak... cepat cepat la letak :) tapi masih tak terlambat.... yang terlambat nya nak ambil gambar bila dah siap kukus... tak sempat! ngap ngap ngap kemain laju lagi , sampai lupa tangkap gambar.. petang tengok dah tak comei dah nak tangkap gambar hihi

Oleh sebab  Norzi puasa Isnin tu (masa masak tu la), balik rumah ada lagi sikit ikan ni. so , panas kan dan makan dengan nasi putih sedap nya... aih harus buat lagi ni.. Seriously sangat senang.... dan menjimatkan masa dan dalam masa yang sama sangat sihat!

ops.. komen hubby : banyakkan kuah lain kali...


ok , sampai sini dulu dan selamat membaca dan mencuba. Kalau nak share, di izinkan :) boleh tinggalkan jejak juga :)


Vitamin C terbaik untuk ibu mengandung, ibu berpantang 



Resepi ikan siakap steam ala resepi dalam pantang



salam ceria dari Norzi :)






Khas untuk ibu-ibu :










THE BIG BAD WOLF BOOK SALE DI THE MINES

THE BIG BAD WOLF BOOK SALE DI THE MINES . Alhamdulillah , kami sekeluarga pergi malam 7hb Disember 2013 dan sangat-sangat teruja bila kat sana. Tapi sebelum sampai, nak cari parking lot tidak lah senang sangat.... terlalu banyak kereta...pusing pusing pusing baru la jumpa..

Oleh sebab sekarang ni cuti sekolah, cantik sangat la ...menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah... lama sangat baru boleh up entry ni sebab Norzi asyikkk tak sempat .... Alhamdulillah dapat gak upkan entry ni , tapi pembaca tak dapat la nak pergi sebab dah tamat dah event ni... di buka 10 hari 24hrs a day, so malam-malam paling best boleh pergi dengan tenangnya... tapi jika pergi  lewat malam make sure lah bawa cash ya sebab debit card tak boleh guna lepas 12 malam... ha tu reminder yang boleh di dengar dilaung-laungkan oleh DJ bertugas kat sana :). Kalau tak sempat pergi tahun ni..kalau ada lagi tahun depan in sha Allah boleh pergi :)

Longgokan buku mencecah 3 juta buku, dan bayangkan la semuanya murah-murah belaka. Dari design, activity, kids, resepi, fiction dan non-fiction banyaknyaaaa....teruja sangat sangat...Norzi pergi dengan semua askar-askar kecil... oleh itu tak dapat nak all out sangat (all out la sangat) hehe. rasa mcm nak semua... tapi sabar, sabar byk yang dah masuk kotak..filter balik ...letak semula sebab  kena ambil yang betul-betul perlu... Norzi grab banyak sebab takut bila dah jalan tak mungkin nak patah balik ..The Big Bad Wolf Book Sale area ni besar sangat...jadi ambil dulu then filter semula. Berapa kali filter la.. 





The Big Bad Wolf Book Sale 4 - 15 Dec 2013




dah malam ni.. tapi orang masih ramai.. semua teruja nak beli buku.... sama la macam kami ... :)
tapi yang bawa anak kecik macam Norzi ni memang la tak leh over sangat tengok buku sebab nak tengok budak budak ni sekali.. melompat suka n sibuk nak cari buku diorang...huaaa tu yang tak leh all out kat ruangan buku kegemaran mama..

lepas penat pusing2... belek2..jalan2...ambil letak , letak ambil hehehe akhirnya keputusan untuk membayar pun di buat dan beraturla di kaunter bayaran yang di buka..






ha, tu tengok diorang dah selongkar abis n tengah kira tu... troli tak di sediakan di sini, hanya ada kotak sahaja... so jumpa buku yang suka, cepat cepat la masukkan dalam kotak anda... kotak kenala big brother angkat , Norzi tak dapat la nak tolong ni sebab buku semua berat..bagus tu, secara tak langsung sedang exercise,n boleh naikkan muscle :).

sebenarnya , sebelum beratur bayar , kami dah filter dah beberapa kali... sebab di kaunter semua yang di bawa mesti yg nak bayar sahaja, tak boleh jadi backout buyer tau... mau kena sergah! hehehehe .. sebenarnya nak mengelakkan dari pada berlakunya kesesakan sebab orang ramai walaupun kaunter bayaran yang banyak , masih beratur panjang juga.. so kena lebih prihatin bila dah ramai ramai macam tu semua kena contribute utk mempercepatkan proses pembayaran dan seterusnya keluar dari sana dengan mood puas hati sebab dapat buku separuh almari.... utk setiap orang ahli keluarga ada habuan masing masing tapi kadar harga nya memang unbelievable but u must believa this because this is so trueeee! 

total buku yang kami ambil ..kuantiti berbelas or nearly 20 and the price hanya RM134 ++ . 

Murah kan? ha,... tu la..Norzi dah kata seronoknya kalau macam ni selalu. Dengan harga tu, kalau gi Kinokuniya dapat la satu buku :)






tengokla hasil kami... ni bukan semua di sini ..husband dah ambik siap2 dia punya... kakak dah masuk dia punya dalam bilik dia, razin n khalisah dah bawa buku toy story (hardcover) and activity book dalam bilik... 

Norzi berjaya beli buku resepi,  contemporary design (interior) dan beberapa buku bacaan ringan. Biasanya buku buku bacaan ringan ni sempat di pegang bila tengah terbaring or terguling-guling kat katil yang biasanya sekejap je dah terlelap ...heheeh sempatla abis 2-3 mukasurat satu sessi :(   okla..something la juga than nothing :)


ok sampai sini dulu. So nx year if ada lagi sangat sangat recommended untuk ke sini sebagai salah satu aktiviti cuti sekolah...menambah koleksi bacaan, koleksi resepi dan koleksi bahan bacaan ilmiah yang lain... 



Salam XOXO
~Norzi










RESEPI : IKAN CENCARU BAKAR

Assalamualaikum, aktiviti hujung minggu ni (sabtu lepas ni...lamanya baru boleh publish..lama dah kat draft hehe) memasak je...untuk menu makan tengahari . Masakan menu makan tengahari  paling mudah dan simple, buat ikan bakar cencaru atau lebih dikenali ikan jacket, ..Norzi bakar kosong aje tanpa perasa.. dan bakar menggunakan pemanggang ajaib. Ikan jacket Norzi basuh bersih dan terus panggang .. lepas kering terbalikkan ke sebelah bahagian. Mudah dan cepat.




Memang mudah ada pemanggang ajaib. Alhamdulillah tak sia sia beli pemanggang ni.. Tapi ni Norzi beli di Jusco , utk saiz  36cm harganya RM159, brand Giacomo. Norzi tak survey pun sebab tak sempat nak survey, grab aje masa jumpa kat Jusco IOI. Setakat ni memang ok rasa mudah sangat.. alhamdulillah.  Masakan kali ni tak payah la nak letak resepi sebab semua orang tau buat kan hehe.  Cuma panggang je kasi kering. Ikut suka la kalau nak kering sungguh  boleh bakar lama sikit.







Makan tengahari ni adalah resepi sama yang kakak dan mak Norzi masakkan semasa berpantang. Ni adalah anda resepi sepanjang Norzi berpantang. Memang  berselera sangat makan time masa dalam pantang...sedap nyum nyum ... Kalau makan tengahari pun naik selera , lawan dengan sawi masak air dan air asam lada hitam. 




Ni sawi masak air dengan kentang. Super mudah..main campak2 dan tunggu masak hehehe..senangnya ...  Air asam ni kalau belum cuba boleh la cuba. highly recommended ikut tekak selera Norzi. Cara buat tumbukkan bawang putih sebiji dengan setengah sudu kecil lada hitam ,tumbuk halus , kemudian campurkan dengan jus air asam jawa. tambah garam sikit sebagai perasa. 

tips semasa berpantang, sawi yang Norzi makan takda sup  ,kentang dan lain2, tapi kakak Norzi tolong celur sahaja... jadi sawi celur ... senang kan :)






 air asam lada hitam



Makanan waktu panas, nasi panas..memang best :). Sesekali tukar selera simple-simple, mudah , cepat dan menyelerakan. Selamat mencuba .


Salam ceria,

Norzi

AKTIVITI CUTI SEKOLAH : AQUARIA KLCC

Assalamualaikum... salam sejahtera, sempena cuti sekolah ni.. alhamdulillah dapat gak bawa anak-anak Norzi ke Aquaria. Sebenarnya dah lama sangat nak masuk Aquaria, tapi setiap kali nak masuk memang sangat-sangat long queue espoecilly cuti sekolah. Memandangkan sebelum ni Khalisah masih baby , malas nak teruskan hasrat. Kali ni pun pergi lagi, mula-mula nak beli tiket online sahaja, tapi asik terlupa aje... jadi masa pergi tu memang tak sempat beli tiket online. Jadi, apa natijahnya? hehe ....kenala hubby Norzi beratur panjang dan lamaaaaa...... oleh sebab panjang bertali arus , maka tukang jaga barisan tu minta hanya yang nak beli tiket je beratur dengan harapan nak memendekkan barisan. Maka yang lain boleh la berkeliaran ke tempat lain sementara menunggu. 


Kalau nak pergi , jangan lupa bawa ic anda dan anak-anak untuk menikmati diskaun sebagai warganegara Malaysia. 
Kepada yang nak pergi , ni detailsnya


website : http://www.aquariaklcc.com/
sangat di galakkan untuk membuat belian tiket secara online.

-Aquaria di buka setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari jam 10.30 pagi sehingga 8.00 malam

-Jam terakhir dibenarkan masuk pada jam 7 malam



Ok, sambung balik pasal anak Norzi ni. Baru sampai entrance, dah menunjukkan aksi gembira, bebas dan semestinya tidak sabar nak melihat semua spesis ikan di Aquaria. Mama plak tak berhenti snap moments budak-budak ni... masa pergi ni digicam lupa nak charge. Maka hanya berjaya menggunakan handphone... memang frust sangat :( tapi Norzi memang tak lepaskan peluang tangkap...tangkap dan tangkap lagi :) That will be my favaourite part ever. Dah macam dapat kontrak je tangkap gambar tak berhenti. Sebab my hubby tak kisah sangat bab-bab ni. Itula perbezaan kami. Norzi melihat dan mementingkan nilai gambar dan keep it as our best moments. Hari ini mungkin tiada nilainya... mungkin bila kita tiada lagi, ini antara kenangan abadi untuk anak-anak... 




Masa kat depan penuh cahaya masih cantik lagi nak snap pic guna camera, tapi di dalam Aquaria kurang cahaya , jadi semua gambar yang terhasil adalah ala kadar , cukup la sekadar nak menyimpan memori ...takda la gambar yg extraordinary.




Tengok ni... suka betul Khalisah dalam tunnel. Khalisah kata ' Mama, look the tunnel' sebab selalu sangat tengok tunnel dalam cartoon , so dia dah boleh kenal pasti bila di dalam tunnel  :) . Kalau dari KLCC nak ke Aquaria kan kena lalu terowong panjang .. penuh dengan advertisement tepi ,atas ,bawah, suka la khalisah kat situ.



Cute tak ? :)


Ok, sambung semula, lepas je hubby beratur selama lebih kurang 30 minit, kami sekeluarga dapat masuk. Mula2 tengok pelbagai jenis ular, katak , kura-kura, ikan dan macam - macam lagi.  Walaupun masa di rumah Razin yang lebih takut nak masuk Aquaria, tapi bila sampai sini dia yang paling suka explore. Khalisah yang berani di rumah.... bila sampai Aquaria punya la dia takut, mungkin sebab pencahayaan yang agak kelam dan sound system yang begitu kuat buat khalisah tak tentu arah ketakutan dan nak keluar. 



Ini ada antara yang Norzi dan keluarga tengok, iaitu
Alligator Snapping Turtle. Kalau tak tengok ni , tak tau spesis ni wujud... banyak yang boleh dipelajari dan di eksplore di sini.


Ular pun banyak juga.... so pada yang geli ular, sila skip bahagian ini dan terus maju untuk melihat ikan-ikan yang beribu species lagi di bahagian dalam :)




Tada... Alhamdulillah Razin tak da masalah untuk masuk Aquaria. Walaupun banyak kali tak berjaya masuk sebab antara sebab lain , razin takut nak masuk. Ingat tak satu entri dulu Norzi tunjukkan Razin masukkan kepala dalam baju papa dia sebab takut ada ikan pari, kalau tak ingat, boleh tengok cerita tu kat sini.




Tolongla jangan batuk atau gelak! Kitorang berlakon je ni.. hehehe ini semua idea hubby Norzi la, suruh tangkap pic macam hero heheh, Norzi macam terover  happy je hehe.



                 

Fatimah pun tak ketinggalan untuk tangkap pic. Dari gigi shark ni, dah menakutkan Khalisah. Dia sangat takut tengok mulut shark ni sebab ianya 3D. Pengajaran yang Norzi bagi tahu anak-anak ialah , ' tengok gigi shark sangat bersih, jadi kita manusia kena lagi bersih dari gigi shark.  Jadi kita kena hari - hari gosok gigi...'


Melalui kawasan Oceanarium , kami sekeluarga berdiri di atas eskalator. Ianya adalah pemandangan laut dalam dengan ikan-ikan bersaiz besar dan hanya terdapat di laut dalam, memang bukan senang nak dapat pemandangan ini. Bagi Norzi , ini adalah kekuatan utama ke Aquaria. Kalau nak di umpamakan bila berada di sini seolah - olah kita sedang diving... 






Sangat teruja melihat ikan yang pelbagi jenis dan datang dalam pelbagai saiz. Ada yang nampak ikan tua sebab saiznya yang begitu besar. Masa di dalam tu , tiba2 rasa takut pun ada, membayangkan macamanala kalau berlaku defect walau 1% mampu meninggalkan kesan yang  tragis. Tetapi Alhamdulillah semuanya ok , itu hanya terlintas dengan pantas di minda Norzi semasa berada di eskalator sambil melihat sekeliling seperti lautan. Kami hanya melalui tunnel yang kecil sahaja. Nampak tak , Khalisah ketakutan.. kasihan tengok Khalisah , dia tak happy sepanjang berada di Aquaria kerana pelbagai faktor seperti sound system, persekitaran dan lain-lain.










Selain itu,  terdapat beberapa aktiviti tetap  di Aquaria, jadi Norzi kongsikan di sini  supaya ada idea tentang aktiviti dan boleh rancang perjalanan dengan baik. Kalau orang Lembah Klang takada masalah tapi kalau datang dari Utara or Selatan Tanah air . Jangan lupa melihat Aquaria KLCC Feeding Frenzy-jangan ketinggalan ya, Aktiviti bermula jam 10.45 pagi. Norzi memang tak sempat masa tu sebab tak buat research habis pasal Aquaria.. sebab tu Norzi dapat tengok. 

Yang bawa anak-anak, ada Education Section. Kalau tak jumpa ,digalakkan bertanya ya..

Ok sebelum mengakhiri coretan ini, tips untuk anda yang bakal bawa anak-anak ke Aquaria :

1) Beli tiket secara online utk menjimatkan masa membeli tiket
2) Makan  terlebih dahulu untuk memastikan anak2 ada tenaga untuk bersuka ria sambil belajar di Aquaria.
3) Makanan di food court berhampiran Aquaria agak mahal, jadi elok makan di mana-mana yang anda rasa sesuai.
4) Jangan lupa bawa IC atau pengenalan diri untuk menikmati kadar diskaun warganegara.
5) Dan jangan lupa bawa air mineral, coklat bar.

sampai sini dulu,
salam ceria
~Norzi~




ARNAB COMEL MAKAN LOBAK MERAH

Assalamualaikum, beberapa hari sebelum ini , ada seekor arnab  masuk ke laman rumah Norzi. Comel sangat. Tapi Norzi takut nak pegang sebab arnab yang comel ni berbulu..eii takutnya.. tapi anak-anak Norzi semua excited sebab haiwan nampak mesra. 





Masa arnab datang, anak-anak Norzi sibuk mencari carrot. Norzi risau kerana tidak faham atau mahir cara-cara penjagaan arnab. Dikhuatiri arnab ini ada jadual makanan tersendiri.  Semua sibuk cari carrot dalam peti ais. Tapi anak-anak ni lagi kita tak bagi , lagi nak buat .Norzi tolong belahkan carrot kepada 2 bahagian dan bila diberi pada arnab, arnab makan dan itu first time tengok arnab makan live.. comelnya. suka...

Arnab comel itu rupanya milik jiran Norzi . Mereka membela arnab dan juga kucing. Comel sungguh arnab dan kucing diaorang. 




Comelkan armab ni


Layan gambar arnab yang comel dan nampak baik..dan berperwatakan baik . seriously so lovely.




Arnab ni bukan sahaja comel... malah tengok dari jauh pun gebu sahaja. 



Walaupun arnab ini comel dan gebu, tapi ianya bukanlah species agora. Kalau nak tahu, ada sejenis arnab berbulu tebal yang dikenali sebagai angora, yang mana arnab ini berasal dari Ankara, Turki. Arnab angora yang berbulu tebal ini, sama seperti Kucing dan kambing Angora. Nak tengok Arnab comel dan gebu yang luar biasa, rujuk di bawah. (Sumber)

 Arnab angora (sumber)





Arnab aggora yang berbulu tebal boleh menghasilkan kain angora. (sumber)







“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...