Followers

Sponsored Advertisement

.

CUTI-CUTI MALAYSIA : MELANCONG BERCUTI KE LEGOLAND MALAYSIA

Assalamualaikum .. salam sejahtera untuk semua.... macam mana ..gah tak tajuk ? hihi , tajuk terover sikit kali ni. Ok, untuk entry kali ini adalah berkaitan dengan kunjungan kami ke Legoland di Nusajaya , Johor.. sambungan dari entry pertama Norzi iaitu:
CUTI-CUTI MALAYSIA : HOTEL SEMASA BERCUTI KE LEGOLAND MALAYSIA .

Dah baca ke sedikit tip hotel di entri tersebut? Kalau dah , jom sambung baca entry bila kami dah berada di Legoland Malaysia. Sebelum sambung, sila rujuk alamat Legoland Malaysia:

Alamat                 : 7, Jalan Legoland, Bandar Medini,, 79250 Nusajaya, Johor
Telephone          : 07-597 8888

Waktu buka       : 10:00 am – 6:00 pm




Orang kata, kalau ke tempat taman tema mesti la dengan anak-anak kecil ... baru meriah.. memang ada benarnya kata-kata tu...  Tapi, kat Legoland kalau orang orang dewasa tanpa kanak-kanak pun fun juga kerana banyak permainan di situ dan kategori dewasa dan kanak-kanak , jadi setiap individu enjoy dengan cara tersendiri .... Owh ya, ini adalah pengalaman  kali pertama Norzi sekeluarga ke sini. Jadi meh Norzi sharekan harga tiket Legoland supaya mudah untuk anda membuat kira-kira dan pilih pakej terbaik yang sesuai dengan keperluan anda sekeluarga. Harga tiket untuk masuk ke legoland terbahagi kepada beberapa kriteria seperti dibawah;


Harga dan Jenis Tiket Legoland adalah seperti di bawah:

Tiket Sehari (Promosi MyKad)

Dewasa (12-59 tahun) 120.00 (termasuk baucer makanan bernilai RM10.00)
Kanak-kanak (3-11 tahun) / Warga emas (60 tahun ke atas) RM90.00 (termasuk baucer makanan bernilai RM10.00)

Tiket Sehari

Dewasa (12-59 tahun) RM140
Kanak-kanak (3-11 tahun) / Warga emas (60 tahun ke atas) RM110

Pas Tahunan

(sah selama 12 bulan selepas pembelian)
Dewasa (12-59 tahun) RM275
Kanak-kanak (3-11 tahun) / Warga emas (60 tahun ke atas) RM210


Norzi dan keluarga beli 2 dewasa RM140 x 2 =RM280

Beli full tanpa guna IC kerana  syarat nak dapatkan 2 tiket percuma, kerana Norzi ada beli biskut Oreo promosi masuk percuma ke Legoland untuk kanak-kanak. Layak dapat peruma jika kami beli tiket yang berharga RM140. 

Jadi jumlah yang Norzi bayar pada masa itu:

RM140x2=RM280
RM90 x 1 =RM90 (kanak-kanak) 
2 lagi tiket percuma kanak-kanak
Jadi total untuk belian tiket untuk 5 orang adalah RM370




    Alhamdulillah, kami dah sampai Legoland Malaysia.


Nak tau ada apa dalam Legoland? Semuanya permainan berasaskan Lego. Sangat-sangat luas dan memerlukan stamina tinggi untuk bersuka ria ya.. :) . Di dalam Legoland terbahagi kepada 7 kepelbagaian  yang boleh dieksplorasi.. Tengok gambar bawah ni..Bersungguh-sungguh anak Norzi tengok map. Ada lebih kurang 84 jenis permainan , jadi jangan lupa rujuk map ya, takut ada tempat yang tertinggal ....



ok, Norzi summarize sini ya, di dalam Legoland ada 7 kepelbagaian seperti di bawah:



The Beginning
Pengembaraan anda bermula disini! Bendera yang berkibar dan dua buah menara menandakan pintu masuk ke LEGOLAND® Malaysia.

Miniland
Lihat dunia melalui perspektif Gulliver di MINILAND yang menjadi tarikan utama di setiap Taman Tema LEGOLAND®.- Tengok gambar Norzi di bawah.

Imagination
Tempat yang khusus bagi mereka yang menggemari kajian dan eksperimentasi.

Lego Technic
Di LEGO® TECHNIC, semuanya lebih laju, lebih besar dan penuh dengan aksi- kami tak sempat ke sini sebab dah petang, mendung, lepas tu hujan, dan ..tak apalah untuk kanak-kanak tak begitu sesuai. 

Lego Kingdoms
Sebuah jambatan gantung akan membawa anda masuk ke dalam sebuah istana besar yang merupakan identiti tersendiri LEGO®KINGDOMS.

Land of Adventure
Kawasan ini tersembunyi di dalam hutan dan dikelilingi oleh haiwan liar dan makhluk yang menakjubkan.-pun tak sempat ni..

Lego City

Kapal terbang dan bot sedia menunggu arahan anda di lapangan terbang dan juga di pelabuhan.
Jangan ketinggalan kerana ada juga banyak permainan termasuk permainan air, 4D visual movie show...


Perjalanan kami ke Legoland bermula dengan The Lego City. Erm seronok la Razin tengok kereta pun dari Lego. Semestinya nak main! Teruja sangat2. Tapi awas, bukan senang nak dapat main... sila bekerja keras dengan beratur  panjang dahulu, masuk sessi talk utk undang-undang memandu di Lego City dan....Lepas bagi taklimat dalam bilik yang pintu merah di bawah ni,   baru boleh merasa nak naik kenderaan lego ni :)





sessi menunggu dengan penuh kesabaran


                      

panjangnya queue  ...




    Dah selesai taklimat ringkas...dan dah boleh memandu sendiri..Nampak tu ...the blue car :)
Lepas kelas memandu , dapat la lesen memandu di Legoland City. Lepas ni Razin boleh bawa kereta dah.. tapi kat Legoland je la ::)





 Kakak dan adik tak main, jadi kami menunggu sambil sambil tu tangkap tangkap gambar :) . Kalau dahaga, boleh beli air. Dalam gambar di atas , berlatarbelakangkan kedai /stall yang jual jagung cup, air dan juga ice cream.

Kami juga makan ice cream. Tengahari cuaca agak panas.. jadi kami pun minum air yang banyak dan... aktiviti makan ice cream. Ada banyak jual macam-macam benda...tapi dah kat dalam tu semua barang mahal sedikit dari biasa ya... takda pilihan , kena beli juga sebab masa masuk dah spot check semua beg. Semua bekalan kena bawa keluar... kecuali rezeki anda ada saki baki yang tertinggal.. dan guard tak perasan.. 

                     

kami juga naik train ....  kena pakai spec sebab tengahari sangat panas... Norzi senang kena migraine especially kalau time terlalu panas.. cepat trigger sakit kepala... mata pun berkerut-kerut ...jadi kena pakai spec utk kurangkan pressure mata berkerut ..hehe . Terima kasih kepada inventor spec / Ray band ya... alhamdulillah berfungsi dan memenuhi keperluan saat-saat diperlukan.



                    
Kami di Miniland.. 







Kami di Miniland.. jom sambung tengok ada apa di Miniland... banyak mini land merangkumi beberapa negara dihasilkan dari Lego. Di sini boleh tengok dunia melalui perspektif Gulliver di MINILAND. Antaranya Indonesia, Brunei, kemboja , China, KLIA, Filipina, Myanmar Kuala Lumpur dan lain-lain. Kalau tengok bas saiz mini ni bergerak..rasa comel dan terpegun sangat! Bot-bot semua bergerak di dalam air.







Kami sekeluarga dah di territory Imagination. Oleh sebab permainannya indoor secara eksperimentasi , dan rasa macam mengambil masa yang lama sebab nak bereksperimen , jadi Norzi dan suami decided untuk skip dulu..hanya kalau ada lebihan masa kami akan masuk. Terus menuju ke 4D show.









Comel tak ? heehe nampak tu peluh dah membasahi muka dan badan... masa menunggu ni agak lama juga dalam 20 minit lebih kurang ... tunggu orang kat dalam selesai tengok, then baru turn kami. Ada 4 cerita yang berbeza ditayangkan.Kami sempat menonton short show 4D visual tajuk cerita memang dah lupa.... Memang terbaik dan secara ringkas puas hati la. . Kami diberikan cermin mata. Dan memang 4D sungguh ..bila effect air, salji turun, air liur boleh terasa kat muka dan badan kami anak beranak... Sangat happening tau.


Kami juga ke Land of adventure... 

Posing sekejap..rehat sekejap ... energy makin berkurangan.. makan apa yg patut :), isi perut k... nak jalan lagi..



Permainan air... dinasour dari Lego.. Norzi  dan anak-anak semua naik tapi buat dua trip sebab khalisah tak naik .. gilir-gilir main..memang basah . kena splash air walaupun ada rain coat. Ada dryer di luar tapi kena bayar RM10 untuk sekali perkhidmatan. Norzi pakai natural dryer aje hahah sebab memang panas , jadi sekejap je dah kering. Kalau basah sikit tu sebab peluh diri sendiri.. Masam! itu kalau tak pakai deodorantla.. hihih.




Intai intai...

                     


Naik kuda elektrik.... key highlight ; sebelum dapat naik kena beratur panjang dulu ya.. then baru merasa naik :)  Oleh sebab Razin nak sangat naik, so kita layan aje la hari untuk anak-anak...

                         


Kami juga ke Lego Kingdoms iaitu tempat yang diimaginasikan sebagai lokasi masa lampau yang penuh dengan misteri dan legenda. Kami lintasi jambatan tarik untuk ke istana diraja, dan kalau anda pergi, bersedia untuk bersemuka dengan seekor naga yang akan menjadikan perjalanan anda mencabar. Tapi Norzi hanya sempat naik jambatan dan tak teruskan naik The Dragon ride .. ada anak kecil tak sesuai pulak.. so patah balik turun bawah.. Oleh sebab hujan renyai-renyai dah mula turun , banyak tempat tak dapat singgah.. antaranya The Forestmen's Hideout , Merlin's Challenge memang kami tak nak naik kerana ada kanak-kanak yang tak cukup syarat nak naik ;).  Dragon's Apprentice pun tak naik iaitu sejenis roller coaster, walaupun itu khas untuk kanak-kanak cilik tapi tak naik, hujan renyai - renyai sudah..







Cepat cari tempat nak berteduh :) ..  Kena la jalan ke tempat shopping ni.. tapi sebelum ke sini , kami dah singgah cafe.. isi perut lagi sebab hujan agak lebat masa tu. Makan spaghetti bolognese dan air panas. gambar tak sempat snap sebab agak kelam kabut basah-basah sikit... dan laparrr.... 



                    


Bila dah reda hujan, tinggal hujan renyai2... beli rain coat untuk anak-anak , rain coat cap Legoland .. masa ni..banyk permainan dah skipped. Plus dah hampir pukul 5 petang . Legoland tutup jam 6 petang. Jadi kitorang plan keluar awal sebab nak bersolat  jamak di Hotel.


masa untuk pulang..


dah macam iklan DIGI dah bila all yellow mcam ni ... soo cute..








Eh...Last call.. sebelum balik dia nak main lagi sekali lepas hujan ... huaaa.. layan kan jela ..dah ada lesen la katakan hehahah










Bye bye Legoland.. 
Sebelum Norzi akhiri entry ini, beberapa tips untuk anda ketahui sebelum ke Legoland.

1- Rancang perjalanan anda supaya tidak pergi waktu sesak. Kami pergi bukan waktu cuti sekolah tetapi untuk main satu permainan masih kena beratur panjang, bayangkan kalau time peak... mesti lagi berganda panjangnya kan... masa pula terhad. dan kami beli tiket sehari sahaja... sayang masa menunggu membuatkan kita tak berpeluang main permainan yang lain.

2. Kawasan yang luas tetapi tidak begitu friendly dari segi pejalan kaki. Kawasan ini baru , jadi tak banyak pokok-pokok di sekelilingnya... memang panas.. tengok la muka kami semua dah berpeluh-peluh ..basah abis kerana peluh... waktu petang pun kami basah tapi sebab hujan :) Roof Walk way tak banyk ...Sila bawa payung untuk persediaan cuaca yang terlalu panas atau hujan. Kalau tak bawa payung, boleh la beli rain coat macam anak Norzi :)   . Kalau ada baby agak sukar sebab kawasan lapang dan jika hujan secara tiba-tiba , untuk mencari kawasan beratap agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. 

3.Bawa kain tuala kecil untuk lap peluh anda dan anak-anak anda. 

4. Jangan lupa bawa air minuman kerana bila berpeluh banyak anda akan rasa dahaga... kalau tak bawa air, boleh beli kat dalam Legoland. .. 

5. Pakai baju yang menyerap peluh. Cotton terbaik.


6. Pakai kasut jenis getah dan rata, nak jalan jauh... jangan torcher kaki kita tau..





Sampai sini dulu. 

Boleh like jika suka entry ini ok. 

Salam ceria

Norzi~




3 comments:

  1. AnonymousJuly 03, 2017

    Greetings! Very useful advice within this article!

    It is the little changes whiϲh will mɑke the greatest changes.

    Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete
  2. I'm not sure why but this weblog is loading very slow
    for me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my
    end? I'll check back later and see if the problem still exists.

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 13, 2019

    Hiya! I know this is kinda off topic but I'd figured I'd ask.

    Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing a blog post or vice-versa?
    My website covers a lot of the same topics as yours and I think we
    could greatly benefit from each other. If you're interested feel
    free to shoot me an e-mail. I look forward to hearing from you!

    Awesome blog by the way!

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...