Followers

Sponsored Advertisement

.

SELAMAT HARI GURU 2014 DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat malam... dalam kesibukan seharian, hari ini Norzi tetap meluangkan sedikit masa untuk Ucapan Khas kepada semua guru-guru, para pendidik di seluruh Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Bagi Norzi, guru terlalu istimewa, selain kerjaya yang menuntut pengorbanan dan keikhlasan, mereka berperanan seperti lilin... sanggup menerangi orang lain... guru juga insan yang paling rapat dengan kita sepanjang peoses pembelajaran / pengajian. 


Dengan ingatan yang kuat dan ucapan penuh kesyukuran dan terima kasih kepada semua bekas guru Norzi , dan termasukla tenaga pengajar sehinggalah melahirkan Norzi pada masa ini. 

'Terima kasih cikgu, jasamu akan ku kenang selamanya... Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. 

Kepada semua guru-guru juga, kalian adalah yang terbaik dan semoga usaha mendidik anak bangsa ini adalah pelaburan dunia akhirat, terima kasih sekali lagi'


 


Di atas adalah kad ucapan Selamat Hari Guru dari Norzi dan Norzi Beautilicious House.  Kad tersebut Norzi featured kan dengan gambar Norzi semasa di zaman sekolah. Masa ini Norzi berada di tingkatan 3. Rakan-rakan yang lain adalah rakan baik kami sepanjang persekolahan pada tahun 1994.  Ianya kenangan terindah berada di bangku sekolah.. Alhamdulillah dengan kenangan indah ini.. korang semua ada kenangan tersendiri kan? Tentu seronok kita berkongsi kenangan. Kalau ada cerita kisah persekolahan , jangan lupa tinggalkan entri agar kita boleh bertukar cerita :) 

DI sekolah pun sibuk untuk sambutan Hari Guru. Anak-anak Norzi pun ada belikan beberapa buah tangan untuk guru mereka, cuma mereka bercadang memberikannya di hari lain kerana hari ini semua guru terlalu sibuk..(Rujuk entry hadiah untuk guru anak-anak di sini)

Sekali lagi, terima kasih guru-guru.. ketahuilah bahawa semua generasi menghormati dan menyayangi kamu...Lagu Terima kasih Guruku by Afi Juniorini di bawah adalah  khas untuk kamu semua guru-guru... tidak kira di mana kamu berada..







Lirik lagu Terima kasih Guruku by Afi Junior
Jom nyanyi sama-sama lagu Terima Kasih Guruku by Afi Junior

Tajuk : Terima Kasih Guruku
Penyanyi : AFI Junior (Akademi Fantasi Indonesia)
Pencipta: Melly Goeslaw, Syifa P


Pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…


Slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku 
menantikan kami..


Guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…


Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…

Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..


reff::
Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…


dan selamat mendengar lagu ini









Salam ceria dari Norzi.








No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...