Followers

Sponsored Advertisement

.

TIPS MEMBELI POWER BANK


Pernah beli power bank tak? Atau ada terfikir nak beli power bank? Ok sebelum beli, pastikan anda tahu serba sedikit tips tentang powerbank ya. Keperluan anda yang sebenarnya terutama sekali yang melibatkan kapasiti. Kalau anda semua perasan, powerbank mula mendapat perhatian umum sejak penggunaan smartphone berkembang. Penggunaan smart phone menuntut keperluan power bank kerana ianya memakan battery dan  dengan penggunaan yang kerap , ringing muzik, tethering , on wi-fi, on mobile data, sekejap je out of battery. Oleh itu, sangat digalakkan untuk mendapatkan power bank mengikut  spesifikasi keperluan anda kerana akhirnya ianya membantu anda terutamanya di saat-saat kritikal seperti perlu membuat panggilan telefon atau perlu transfer wang atau perlu mengakses internet  untuk sesuatu maklumat atau pun menggunakan perkhidmatan gps. 


Norzi sendiri memiliki 3 power bank. Satu power bank khas untuk smartphone HTC Norzi. Sementara lagi dua digunakan untuk smartphone Galaxy Mega. Tidak semua power bank boleh digunakan untuk semua telefon. Jadi, sila uji / test powerbank yang ingin di beli sebelum membuat bayaran. 





                             Tiga jenis powerbank Norzi .


Powerbank yang Norzi ada ini semuanya sentiasa fully utilised. Setiap kali Norzi keluar, Norzi akan pastikan ianya telah di charge terlebih dahulu. Yang bestnya , jenama Yoobao ini mempunyai ciri-ciri lampu suluh, selain dari berguna sebagai pembekal power kepada smartphone, ianya juga berfungsi sebagai lampu suluh sewaktu  memerlukan.

Powerbank Yoobao milik Norzi berkapasiti (Capacity)  13,000mAh (miliamp-hours) .Powerbank ini Norzi beli semasa di Shenzen, China. Ianya sangat sesuai dengan smartphone Samsung Galaxy Mega. Tetapi tidak sesuai untuk telefon Samsung Ace.






Yang kecil molek warna hitam itu memang sesuai untuk telefon HTC Norzi. Ianya berkapasiti lebih rendah. Lebih kecil , lebih ringan dan lebih cepat penuh bila di charge, tetapi mampu bertahan untuk masa yang lebih pendek berbanding yang kapasiti besar ni.

Adakah anda tahu bahawa PowerBank adalah berbeza antara satu sama lain walaupun kapasiti baterinya adalah sama; dari segi saiz, harga, keserasian, kualiti sel, gred sel, dan juga reka bentuk litar PCB keselamatan dalamanya? Jika tidak semua, seeloknya sedikit pengetahuan  mampu mengelakkan kita membuat kesilapan ketika membeli. Selain itu, dengan memahami teknologi yang diperkenalkan, Norzi berharap
keputusan untuk memilih adalah dibuat berdasarkan kualiti dan kapasiti yang diperlukan. Walaupun terlalu banyak   jenama dan jenis powerbank di pasaran, anda boleh membuat keputusan terbaik dengan perkecilkan skop pilihan dengan menyasarkan jenama yang terbaik dalam menghasilkan powerbank, spesifikasi keperluan anda. Anda boleh maklumkan kepada penjual jika tidak pasti tetapi gunakan keyword yang telah Norzi nyatakan tadi ya.







Biasanya, powerbank didatangkan dengan bateri berteknologi lithium-ion (Li-ion) atau litium polimer  (LIPO) , yang mana kedua-duanya adalah cenderung lebih ringan dan lebih fleksibel dalam penghasilannya. Oleh kerana kos pembuatan yang tinggi untuk sel bateri Lithium-Polimer (LIPO) berbanding Litium-Ion(Li-ion),ianya adalah salah satu sebab  perbezaan harga antara kedua-dua jenis bateri ini. Biasanya harga powerbank yang didatangkan dengan bateri Lithium-Polimer (LIPO) adalah agak lebih tinggi atas faktor teknikal dan keselamatan dan sekiranya anda bercadang mendapatkan powerbank , digalakkan mendapatkan powerbank dengan bateri Lithium-Polimer (LIPO). 

Kesimpulannya, tips untuk membeli powerbank yang wajar anda kenalpasti adalah seperti berikut:
1) kenalpasti jenama
2) Kenalpasti kapasiti yang di perlukan
3) Budget yang sesuai dengan jenama dan kapasiti
4) Jenis bateri yang di gunakan
5) Rekabentuk / material yang berkualiti
6) Warna yang sesuai dengan citarasa anda

Semoga tips ini membantu. 

Salam ceria,
Norzi~

1 comment:

  1. AnonymousMay 10, 2019

    I'm not sure exactly why but this site is loading very slow for me.
    Is anyone else having this issue or is it a issue on my end?
    I'll check back later and see if the problem still exists.

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...