Followers

Sponsored Advertisement

.

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH ANGGUR

Assalamualaikum, bercerita tentang iftar di bulan Ramadhan, alhamdulillah pelbagai nikmat makanan yang Allah berikan, syukur.. Dalam banyak-banyak makanan, suka Norzi kongsikan, kami sekeluarga gemar makan buah anggur hitam. Sebenarnya dah lama dah makan, tapi bulan puasa kali ni pun kami makan. Puasa sebelum ni , jarang sangat makan buah. Selain itu , Norzi perbanyakkan mengambil buah-buahan bagi mengurangkan pengambilan makanan yang berat terutamanya waktu malam. Ini merupakan tips untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan. Norzi rasa berat badan dan semakin naik, tetapi masih tidak berminat untuk mengamalkan sebarang diet , contohnya diet-diet yang paling popular seperti atkins diet, detox, diet yang tidak mengambil nasi terus. Norzi hanya kurangkan pengambilan nasi tapi masih makan nasi tau. Nikmat dunia tu .. makan nasi memang sedap :). Norzi kurangkan nasi pada waktu makan dan mengambil buah-buahan. Secara pandangan mata kasar nampaknya berhasil kerana baru-baru ni bila timbang berat badan berkurangan sebanyak 5 kg. Alhamdulillah , tapi masih berat dan angka berat badan masih belum boleh dikongsikan di sini sebab masih tidak mencapai berat yang ideal. 

Bila banyak baju-baju yang Norzi suka dan sayang ...tiba -tiba tidak dapat pakai...kalau korang, apa perasaan korang? Memang la sedih kan.. banyak baju yang Norzi terpaksa simpan .. Sejak Norzi ke Hongkong dan China  bulan April 2014 lalu, bila stok makanan makin kurang, Norzi banyak beli buah-buahan dan antaranya buah anggur.. dan bila banyak makan anggur , alhamdulillah Allah bagi rasa kenyang selain menggalakkan pembuangan air besar pada waktu pagi. Susah nak makan di Hong Kong dan Shenzen , tetapi di Guangzhoua ok , tidak begitu susah.

Anggur menjadi topik utama kerana bukan kerana rasanya sahaja tetapi buah ini mempunyai banyak khasiatnya. Oleh kerana isinya yang pejal , tanpa biji dan juga rasanya yang manis membuatkan bukan Norzi je suka, Norzi sekeluarga pun suka sebenarnya... Di bulan Ramadhan Norzi makan anggur juga, biasanya Norzi akan makan waktu malam..






 .



Bercerita tentang buah anggur ini , Norzi ada terbaca berkenaan anggur di beberapa artikel. Satu penulisan yang di petik di sini  untuk pembacaan kita bersama. 

Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 27-29; Allah SWT berfirman, 

"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." 

Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia. [1]

Dari sudut perubatan pula, anggur merupakan buah yang rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang dikandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. [1]   Nak tau pengertian 
penyakit kardiovaskular? Ianya merupakan penyakit gangguan pada jantung dan pembuluh darah. Oleh sebab sistem kardiovaskular sangat vital, maka penyakit kardiovaskular sangat berbahaya bagi kesihatan. Ada pelbagai penyakit kardiovaskular, tetapi yang paling umum dan paling terkenal adalah penyakit jantung dan stroke. [3]


Selain dari itu , Norzi juga ada terbaca berkenaan satu artikel yang berdasarkan kajian , tips pemakanan sihat. Menurut artiket tersebut, buah anggur segala warna sebenarnya memang berkhasiat dan turut meransang deria.[2] Berikut merupakan hasil penyelidikan semasa ke atas anggur. Dengan mengetahui khasiat dan kebaikan anggur, elok kiranya selepas ini kita mengamalkan memakan anggur. Elakkan semua makanan ringan, makanan segera / fast food kerana ianya tidak sihat dan banyak mengandungi bahan pengawet dan MSG yang boleh memberikan kesan pada tubuh badan kita dalam suatu jangka masa tertentu.

Hasil penyelidikan semasa ke atas anggur membawa berita baik:[2]

1. Anggur Membekalkan Banyak Antioksidan. Anggur semua warna kaya dengan campuran antioksidan – termasuk polifenol, seperti flavonoid dan resveratrol. Antioksidan yang sangat bermanfaat ini meneutralkan radikal bebas yang membawa mudarat untuk mencegah proses pengoksidaan yang merosakkan sel. Bunyinya memang teknikal, tetapi hakikatnya, peneutralan radikal bebas berlaku secara semula jadi apabila kita makan makanan seperti anggur yang kaya dengan antioksidan. Apabila radikal bebas dibiarkan bermaharajalela, keadaan yang dinamakan "tekanan oksidatif" berlaku. Tekanan oksidatif kini dikaitkan dengan banyak penyakit kronik, dan juga penuaan.


2. Antioksidan Resveratrol Yang Menakjubkan. Anggur adalah makanan sumber utama fitonutrien yang sangat mujarab. Resveratrol adalah komponen dalam kulit anggur yang boleh didapati dalam anggur ketiga-tiga warna. Banyak kajian telah mengenalpasti resveratrol sebagai antioksidan dan antiradang yang sangat mujarab, dan berpotensi untuk memberi kesan ke atas pelbagai isu kesihatan, daripada kanser hingga Alzheimer, dengan keupayaan yang boleh memanjangkan jangka hayat.



3. Resveratrol Menentang Kanser. Banyak kajian berjaya mengesan aktiviti anti kanser daripada resveratrol. Hasil kajian makmal menunjukkan resveratrol menghindari kesan kanser dalam ketiga-tiga peringkat perkembangan: permulaan, pertumbuhan dan kemaraan. Resveratrol dalam anggur – tetapi bukan resveratrol yang terdapat dalam wain – juga dikaitkan dengan keupayaan mengurangkan risiko kanser payu dara.


4. Sayangi Jantung Anda 101: Makan Anggur. Kajian ke atas manusia menunjukkan bahawa pengambilan pelbagai jenis anggur boleh menyokong kesihatan jantung dengan membaiki pengedaran darah, fleksibiliti arteri dan fungsi saluran darah. Komponen anggur juga boleh mencegah pengumpulan platelet, yang boleh menyebabkan pembentukan darah beku.


5. Kolesteral LDL 101: Makan Lebih Anggur. Anggur juga menyokong kesihatan arteri dengan mencegah pengoksidaan kolesterol "LDL" jahat, yang menjadi punca utama mendapan plak dalam arteri.


6. Anggur Baik untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi. Kajian makmal yang dijalankan baru-baru ini mendapati tekanan darah tikus naik apabila haiwan ini diberi makanan masin. Apabila anggur ditambah ke dalam diet mereka, tekanan darah turun, fungsi jantung bertambah baik, dan keradangan seluruh badan berkurangan. Haiwan ini juga menunjukkan kurang tanda kerosakan jantung berbanding tikus yang tidak diberi anggur dalam diet mereka.


7. Menentang Lemak? Apabila anda teringinkan sesuatu yang menyegarkan – seperti anggur – selepas menikmati makanan berat, sistem pengedaran anda mungkin cuba menghantar isyarat. Satu kajian yang pertama kali dijalankan ke atas manusia baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan anggur bersama sajian makanan berlemak mencegah kemudaratan yang dibawakan oleh lemak. Peserta kajian yang mengambil sajian makanan yang sama tetapi tidak mengambil anggur mengalami kekurangan pengaliran darah sebanyak 50%.


8. Anggur Baik untuk Kesihatan Kolon. Kajian yang pertama kali dijalankan ke atas pesakit kanser kolon yang makan 2 1/2 cawan anggur sehari selama dua minggu menunjukkan kekurangan 47% gen yang merangsang pertumbuhan tumor dalam kolon. Manfaat ini diamati pada tisu sihat dalam kolon pesakit, iaitu tisu bukan kanser, yang menandakan potensi peranan anggur dalam kesihatan kolon.


9. Anggur Adalah Makanan Otak. Hasil kajian awal nampaknya menunjukkan anggur membantu melindungi kesihatan otak dengan menentang tekanan oksidatif dan keradangan, atau dengan mensasarkan tindakan gen tertentu yang terlibat dalam penyakit otak, seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.


10. Anggur Baik untuk Mata. Anggur mengandungi lutein dan zeaxantin, dua karotenoid penting untuk mengekalkan kesihatan mata bila usia kita meningkat.


11. Anggur atau Ubat Penahan Sakit Artritis? Ini adalah soalan yang baik. Mengapa tidak ambil kedua-duanya? Kajian ke atas haiwan mendapati bahawa diet yang diperkaya dengan anggur mengurangkan banyak kesakitan yang dikaitkan dengan artritis, manakala ubat Meloxicam untuk mengurangkan kesakitan tidak menunjukkan kesan ke atas kesakitan. Namun, rawatan kombinasi anggur dan Meloxicam memberi lebih banyak kelegaan berbanding pengambilan hanya salah satu daripadanya.


12. Menyokong Kesihatan Lelaki: Prostate bengkak amat membimbangkan lelaki pertengahan umur dan lelaki lebih tua. Beberapa kajian ke atas haiwan mendapati bahawa pengambilan anggur melindungi kaum lelaki daripada kehilangan fungsi pundi kencing yang dikaitkan dengan bengkak prostat, yang boleh menyekat sebahagian uretra (salur kencing) dan menyebabkan pundi kencing menjadi lemah. Tambahan anggur ke dalam diet memberi kesan antioksidan yang kuat dan ciri perlindungan membran yang banyak mengurangkan kerosakan pundi kencing dan memulihkan kerosakan pundi kencing yang disebabkan oleh sekatan sebahagian daripada ureta.


13.Anggur. Khasiat Kebaikan Asas: Anggur tidak mengandungi lemak, hampir tidak mengandungi natrium dan rendah lemak. Anggur juga mengandungi kalium. Selain rasanya yang lazat, anggur mudah didapati dan mengekalkan kesegaran serta kegaringannya lebih lama daripada kebanyakan buah-buahan lain!


14.Kanak-Kanak Gemar Anggur: Lihat hasil kajian dan beri kepercayaan kepada naluri anda dan kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak kecil anda… "Ibu, saya nak makan anggur!" Ya, kanak-kanak gemar makan anggur. Kanak-kanak menganggap anggur sebagai snek dan manisan yang menyeronokkan. Tidakkah anda lebih suka kalau anak-anak anda makan buah-buahan yang berkhasiat seperti anggur daripada mengambil snek yang kurang mengandungi nutrien dan fitonutrien? Jawapannya ada pada anda. [2]



Salam Ceria ;
~Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...