Followers

Sponsored Advertisement

.

WHATSAPP - SELA MASA (TIME STAMP) BERBEZA




Assalamualaikum pembaca sekalian.. 
Tips ini dikongsikan memandangkan Norzi pernah mengalaminya dan sangat keliru bila message whatsapp tunggang langgang kedudukannya , yang lama di atas , yang baru di bawah...ini kerana masa hantar oleh pengirim whatsapp dan masa terima oleh penerima tidak tepat.  

Apa yang anda perlu lakukan atau macamana untuk menyelesaikan masalah Whatsapp ini sekiranya time stamp / masa yang di papar di whatsapp anda tidak tepat, sedangkan lokasi anda adalah di dalam zone penempatan/ time zon yang sama?. Sekiranya anda juga mengalami masalah whatsapp masa penerima whatsapp dan sela masa anda tidak selari, tips untuk pulihkan semula time stamp tersebut adalah seperti berikut:


Sila ke setting > date and time ke "Automatic" atau "Network Provided." Setelah di enablekan setting ini, mobile provider akan setkan telefon anda kepada masa yang sepatutnya. Walaubagaimanapun, sekiranya setelah anda membuat pertukaran setting ini, anda masih mengalami masalah sama, ini bermakna masalah ini datang dari network anda. Sila hubungi mobile provider  anda untuk penyelesaian seterusnya. 

Selain menggunakan setting automatik, anda juga boleh membetulkan zone masa secara manual. Note : Ini adalah berbeza dengan masa sebenar. Sila pastikan time zone yang sebenar bagi lokasi anda telah pun di pilih terlebih dahulu.


Perbezaan masa .Pengirim hantar pada jam 13.01 dan penerima hantar mesej pada jam 12.02.


Untuk konfigurasi secara manual, sila ikuti langkah-langkah berikut: 

Android: Sila ke Settings > Date and Time > Select time zone
BlackBerry: Sila ke Options > Display > Date and Time 

iPhone: Sila ke Settings > General > Date and Time 

Nokia S40: Sila ke Menu > Settings > Date and Time 

Nokia S60: SIla ke Menu > Settings > General > Date and Time 

Windows Phone: Sila ke Settings > system > date + time 



Salam ceria,
~Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...