Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : SANDWICH SARAPAN PAGI MUDAH

Assalamualaikum...lama dah draft banyak entri , tunggu masa je nak publish. Bila nak fine tune entry , mata mesti tangkap ngantuk ...  sama macam orang lain juga... kita semua sibuk dengan kehidupan seharian ... jadi Norzi sentiasa cuba buat dan beri yang terbaik..dan.. yang paling penting mencari ruang perbaiki diri..


Owh..nak share ni..sejak buka sekolah hari tu , rutin Norzi bertukar ..setiap pagi Norzi akan masak untuk bekalkan anak-anak utk sesi pagi dan petang. Setiap hari ada dua menu , selalunya Norzi bawakan bekal sekolah makanan yang kering. Selain dari sandwich telur mayo, sandwich tuna mayo, roti telur, roti john.mee goreng, nasi goreng, nugget, Norzi ada cuba yang terbaru sandwich simple tapi special pada selera Norzi la hehehe . Kalau orang lain rasa tak special jangan salah kan i.... :)




Aktivit memasak- penuh kasih sayang Norzi untuk tiga orang cahaya mata yang sentiasa di hati. 




Ok resepi ni memang mudah sangat sesuai utk bawa ke sekolah samada utk sarapan pagi atau untuk makan waktu rehat pada sekolah petang...selain tu nak buat pun mudah dan rigkas. Sesuai utk mommies yg terkejar kejar masa .


First thing first ...buatkan inti. Ambil sekeping daging burger Ramli. (burger lain pun boleh atau kalau korang rajin dan ada buat patty sendiri lagi best..) . Masak kat pan or kuali biasa. Norzi pakai kuali biasa bagi garing sikit, letak lada sulah dan kicap maggi  kat permukaan burger.Bila dah kering angkat dan potong dadu.


Sementara tu ...panas kan kuali yang sama..masukkan sikit minyak..campur je dgn baki minyak daging ...pecahkan 2 biji telur.bila kuali panas masukkan telur. Buat macam scramble egg tu..dan perasakan dengan sedikit garam...n cepat cepat masukkan daging yang dah dimasak tadi..yang telah cincang dadu.. kacau rata ..keringkan sikit..angkat.







Ini la hasil resepi yg norzi bgtau tu.boleh je pakai roti gardenia ni atau pakai roti sosej gardenia. Rotinya sangat sangat lembut dan kegemaran anak anak norzi.. kalau guna roti yg kotak ni kena buang tepi tepinya sebab anak anak norzi tak nak makan yg coklat tu. Jadi norzi kemaskan tepinya supaya tak nampak dah tepi tepinya.











 Ha inila rupanya.. dan boleh transform jadi pelbagai bentuk... triangle.... square ...rectangle... 








bekas yang colorful. pink for my girls, and green utk boy. ni tak masuk semua , total sebenarnya 5 bekas ni . Bila tengok balik gambar ni , nampak cam kena catu je bekalan ni hehe..sebab roti sangat tak cukup pagi tu , so kena agihla..





ni roti yang hari lain,..bila roti sausage tu dah berjaya di beli. Ni antara menu bekal ke sekolah anak-anak juga. Semua nya bergantung kepada availability bahan mentah. So pada mommies, selamat mencuba sarapan pagi yang mudah lagi simple and yummilicious, dan mengenyangkan ni :).


Salam ceria ,

Norzi




Khas untuk ibu-ibu :







RESEPI : KEK LEMON


Assalamualaikum ...Norzi buat kek lemon khas untuk anak-anak yang excited nak menolong di dapur. Oleh sebab cuti hujung minggu, Norzi pun merajinkan diri melayan anak-anak . Sebelum ni Norzi agak rajin sangat buat cakes or dessert, tapi sebab Norzi perasan gula sangat-sangat cepat habis,dan start berfikir, gula-gula ni dalam badan kami sekeluarga..tiba -tiba rasa takut hehe sebab dengan usia yang semakin meningkat, kurang bersukan, peluh tak keluar, duduk makan tidur , ulang lagi duduk makan tidur.. ish sangat-sangat tak sihat... jadi Norzi dah kurangkan buat dessert atas faktor menjaga kesihatan :) . Ha... rasional tak alasan tu ?. heheh.. Sekali sekala Norzi buat juga... special events / occasions or family gathering, Insha Allah buat la mana yang boleh / termampu uhuk uhuk :)

Perancangan awal nak buat kek oren, tapi stok yang ada lemon sahaja, cepat-cepat tukar plan B . Jadila kek lemon sebab ada biji lemon aje. Terima kasih kepada empunya resepi seperti di bawah.. 

Resepi di ambil dari Sini
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )
185gm butter-pada suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit limau
3 biji telur-pukul sket
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula (Norzi pun kurangkan ke  1/4 cawan)
1/4 cawan jus lemon (dan Norzi ambil kulitnya, hiris halus

Cara-cara
1.Pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata).
2.Masukkan telur sedikit-sedikit diselang-seli kan dengan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
3.Masukkan ke dalam loyang/tin bergris dan bakar selama 50-60min.
4.Campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu.. (Yang ni Norzi tak ikut, Norzi dah masukkan dalam doh siap2...jadi kek Norzi jadi kek biasa sahaja dan takda lapisan gula dan jus lemon tu





Dua orang yang paling xcited nak membantu.. alahai pembantu kecil ni.. makin berlekit la lantai kalau diorang yang 'bertugas' di dapur.. anak..oh anak.. bertuah betul. Selepas usaha mencampurkan bahan-bahan mentah, adunan kek dah siap untuk di bakar. Lepas 30 minit-45minit (bergantung kepada oven masing-masing ya) rasanya empunya oven dah faham 'perangai' oven masing-masing , jadi sentiasa bersedia la dalam 30- 45 minutes tu.. boleh la cucuk-cucuk ngan garpu tengok dalam dah masak ke belum adunan tersebut ya.








Masa dalam oven bukan main naik lagi... lepas beberapa minit Norzi biarkan di dalam oven, baru Norzi bawa keluar. Bila da sejuk sikit, kek pun surut la sedikit... tapi yang penting kek dah siap masak.. alhamdulillah.. suka la kanak-kanak tadi sebab diorang la master chef hari ni. hohoho . masterchef kecil. Berebut-rebut nak masukkan terpung, telur, gula, sorang lagi nak pegang mixer.. yela dah selalu hadap main game cake maker, tu yang tak sabar nak practice kan tu.. 



Alhamdulillah, kek dah  berjaya diterbalikkan... Lepas terbalik dah tak sempat nak snap sebab dua-dua kanak-kanak tadi dah berangan birthday pulak. Masing-masing berebut pisau nak potong. Hii..budak-budak nih.. yang kakak dah besar, sibuk buat aktiviti kerja sekolah... Tapi okla..ni kira aktiviti hujung minggu yang sangat bermakna... buat kek sama-sama... bakar sama-sama .. dan makan sama-sama! Makan lagi.... macam mana nak kurus ni :)

Tip : Norzi ada terbaca agar lepas kek, biskut atau apa-apa yang dibakar menggunakan oven, dibiarkan dalam 5-10 minit setelah oven off. Ini untuk mengelakkan biskut atau kek mengalami perubahan suhu yang mendadak. 

Ok, sampai sini dulu , selamat membaca, mencuba dan semoga bermanfaat!

Salam ceria, 
~Norzi



CARA SEMAK KUOTA BROADBAND CELCOM

Sekiranya anda subscribe sebanyak 1MB , tetapi telah menggunakan lebih daripada limit dan mahu menambah kuota. Berikut adalah cara-cara untuk tambah Kuota Broadband Celcom ke telefon pintar anda.




1) Pertama sekali, sila semak status Kuota samada benar-benar telah habis digunakan;
Type kan VOL Status dan hantarkan ke 22188

Sistem akan reply jumlah baki Kuota Broadband anda seperti berikut [Remaining Balance : XXMB]

2) Cara Tambah Kuota Data Volume Celcom Broadband
Typekan BROADBAND VOL dan hantarkan ke 22188
Seterusnya penambahan nilai boleh dibuat contohnya membeli dengan kadar RM15 untuk 1MB.



Share atau like jika entry ini membantu anda.
Salam Ceria dan Jazakallahu Khairan Khatira

SOALAN UPSR MATEMATIK 2011

Kertas Soalan UPSR MATEMATIK 2011 

Norzi panjangkan perkongsian rujukan (4) kertas soalan ini di sini. Semoga semua mendapat kebaikan dan manfaat dari perkongsian ini. Terima kasih



Jazakumullahu khairan kathira




CARA RELOAD MAXIS HOTLINK


Ingin reload Maxis? Cara atau kaedah untuk reload no Maxis adalah seperti berikut

Maxis Reload

Langkah 1 :
Masukkan 14 Digit pin Reload Maxis
*111*00000000000000# (14 Digit Pin)

Langkah 2 : 
Setelah top up telah dilakukan, semakan baki selepas top up boleh dilakukan seperti berikut :

Check Balance *122#




Source

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...