Followers

Sponsored Advertisement

.

SENARAI BARANG UNTUK PERCUTIAN DI PANTAI / PULAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti sekolah datang lagi...alhamdulillah.. Selain mempunyai senarai kenduri kendara yang panjang untuk dihadiri sepanjang hujung minggu, mesti mama-mama sekalian mencari tempat-tempat menarik untuk menghabiskan masa bersama anak-anak kan... 


Kalau anda dah merancang untuk sebarang aktiviti laut, Norzi bawakan tip ini terutamanya untuk para ibu bapa bersiap sedia lebih awal...tentu ramai parents yang mencari-cari tempat nak bawa anak jalan-jalan kan. Untuk yang nak ke pantai atau pulau, Norzi nak kongsikan senarai barangan yang perlu di bawa bersama untuk percutian anda. Kalau seorang diri pergi tentu takda masalah, tetapi dengan scenario bercuti bersama anak-anak kecil, pasti menuntut ibu bapa membuat persiapan rapi dan awal.. jadi pasti kan ianya dirancang dengan baik untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini dan kelam kabut.






Biasanya kalau bercuti di pantai atau di laut, ketika sampai destinasi yang di tuju..biasanya harga barangan yang selalu kita jumpa akan menjadi berkali kali ganda lebih mahal dari tempat kita. Bukan di pantai atau laut sahaja, tempat peranginan lain seperti Genting Highlands pun macam tu juga..semuanya menjadi lebih mahal. Jadi untuk itu, jom tengok list ..

diri sendiri / en suami/ anak-anak boleh guna senarai ni

1. Kasut getah
khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun ok. Pakai  crocs shoes highly  recommended 

2. Makanan ringan
 (biskut/ milo atau nestum 3in1 / jajan /coklat bar) ni kalau kes pulau yang di tuju  begitu kecil  dan tiada yang berniaga di situ , contohnya di  pulau persendirian seperti di  Pulau Sibu. Pulau lain yang senang dapat makanan pun ok , cuma kalau di bawa lebih senang hati mana la tau malam-malam anak merengek nak makan :) , jadi boleh alas perut

3. Toiletries
Bole bawa berus gigi saiz sabun,ubat gigi, mini kesukaan anda...Biasanya kalau bercuti di hotel 3 , 4, 5 bintang boleh dapat sabun. Tapi dengan anak yang ramai , bawa la satu untuk persediaan

4. Tudung (ibu/anak)
Sekurang-kurangnya 3 helai untuk setiap ibu dan anak,  1 helai utk aktiviti malam, 1 helai untuk balik , 1 helai untuk aktiviti air (digalakkan untuk recycle :) lepas pakai , sidai dan   keringkan , esok nya kalau nak main air pakai semula :) . TIp: biasanya pakaian yang dipakai di laut akan mudah mereput selepas itu kerana air masin. Jadi utk jimatkan bawa barang terlalu banyak .

5. T-shirt /shirt
Sekurang 3 helai untuk setiap ahli keluarga , 1 helai aktiviti air, 1 helai aktiviti malam dan 1 helai utk balik.. so kalau boleh minimize bawa barang , oleh di minimize lagi... supaya beg kecil senang nak bawa :)  Apa-apapun semua bergantung kepada jumlah hari anda berada di sana :)

6. Track bottom atau muslimah swimming suit 

7. Sunblock
Pastikan cari yang 130 untuk yg nak berada di bawah matahari di kawasan pantai!

11. Air mineral 
kalau ada kedai kat situ ok je tak bawa..ada anak kecil? tolong bawa semua yang patut utk baby comel anda :)

12. Beg kalis air
kalau nak pergi aktiviti snorkeling.. ha elok bawa .lagi lagi yang nak bawa camera atau phone sepanjang perjalanan di laut . 

13. Ubat-ubatan
Elok sediakan untuk anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah muntah ke.. demam ke... boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik.. itu pun kalau klinik ada.. kalau jauh susah juga sebab tempat orang kita tak biasa..

14. Stoking
Ni khas nak pakai jenjalan or sports activity atau utk dipakai masa tido... baru selesa nak tido :)

16. Charger telefon
Penting untuk di bawa!

17. Roti 
Kalau nak bg ikan mkn masa snorkeling :)

18. Waterproof Camera 
Ni x compulsory, hanya kalau memang ada

19. Speck hitam / Ray band

20. Topi

21. Plastik utk baju basah

22. Telekong/ sejadah kecil

23. Pad
Kalau bendera merah, kita jamu mata la ya, tak dapat main air!
24. Sikat/bedak 
Semua keperluan seumpamanya


Tambahan senarai untuk yang ada baby atau toddler
1.Pampers pakai buang
2.Susu tepung
3.Botol susu
4.Pencuci dan berus botol susu
5.Makanan bijirin bayi
6.Thermos air panas (yg kecil pun ok)
7.Bantal baby



Semoga senarai bercuti dengan sedikit tip bercuti ke pantai ini bermanfaat!  Jadi sempena cuti sekolah ini, selamat bercuti untuk semua!


Salam ceria,
~Norzi~

RESEPI : IKAN SIAKAP MASAK ASAM

Assalamualaikum, hujung minggu lalu Norzi masak ikan Siakap masak Asam. Ikan Siakap ni selalu juga beli selain masak kukus, siakap goreng tiga rasa, masak merah , masak cili , bakar dan lain-lain...dengan nama masakan pun dah rasa sedap...itulah nikmat makan yang Allah beri. Alhamdulillah.. kita masih di berikan selera makan. Cuma kita perlu selalu beringat  untuk mengawal pengambilan makan an kerana apabila umur semakin meningkat, kadar metabolisma makin menurun. Kalau 10 tahun dulu, makan dan proses, sekarang mungkin makan dan prooooseeessss... uhh lambat nya nak prosess... itulah analogy paling tepat. 

Kadar metabolisma sudah tidak seperti dahulu lagi. Itu adalah faktor utama mengapa badan semakin, naik dan naik. Jika anda sering mendengar orang berkata , badan naik tanda bahagia, itu tidak semestinya tepat kerana badan naik itu mungkin kerana kurang bersenam atau bersukan, di tambah pula dengan kadar metabolisma yang makin menurun maka semua lemak terhasil.. harap-harap kita tidak ambil mudah bila berat badan semakin naik. Cuba ikut kadar BMI berdasarkan ketinggian ada. Oleh itu, ada baiknya jika kita audit diri kita demi mengekalkan jantung yang sihat.. In sha Allah.. Ini adalah peringatan untuk diri Norzi.. dan Norzi sendiri pun kurang bersenam.. 

Norzi ada kenalan yang diserang penyakit atas faktor berat badan dan kurang senaman. Olh sebab Norzi sendiri pun kurang bersenam natijahnya, baju kegemaran dah tak boleh pakai dah..sedih sangat.. memang tak sangka Norzi ni jenis metabolisma tinggi sebab susah nak naik badan.. tapi sekarang cepatnya angka-angka itu bertambah.. sekarang baju-baju kegemaran hanya boleh ditengok dan gantung sahaja ... cik abang pulak hari-hari nasihat kurangkan berat badan .. owh .. emosi sekejap.. pernah rasa tak situasi ni .. ok, from now on, ... Slow2 la kurangkan makan malam...dan kurang kan pengambilan makanan..

Ok sambung balik pasal ikan. Goreng ikan ni garing2 dan lepas tu angkat. Tumis bawang merah, bawang putih, cili , tambah Jus asam jawa atau asam keping, masukkan bawang besar hiris, perasakan dan masukkan ikan goreng tadi, kacau rata dan angkat!

Resepi campak-campak memang cepat je.. maaflah kepada yang nak ukuran tepat , Norzi memang estimate sahaja. 


              


Tapi tak dinafikan..resepi ikan siakap masak asam ni memang senang kan, tulis resepi pun dah macam karangan, laju je menaip.. dijamin kawan-kawan lagi la mahir masak macam ni. 



                                      



Ikan ni kegemaran Fatimah.. Ni Norzi letak utk rujukan diri sendiri dan untuk anak-anak Norzi baca.. pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu... sekurang-kurangnya  bila anak-anak dah besar, kami ada kenangan untuk diceritakan dan boleh melihat blog mama walau di mana sahaja. Selamat membaca!

 Love three of u ~ Fatimah, Razin dan Khalisah.

Salam XOXO
~Norzi







WORDLESS WEDNESDAY







INFO BAHAYANYA 'PEARL' DALAM BUBBLE TEA (WAJIB BACA)


Assalamualaikum...Pernah minum dan makan 'pearl' didalam Bubble tea?YA , Norzi pernah, tengok entry Norzi di SINI.  Masa tu tak tau pasal benda ni, jadi pada rakan-rakan lain Wajib baca bahaya benda tu!Pernah dengar tak kat berita yang kerajaan menghentikan kemasukkan dan penggunaan benda ini disebabkan penggunaan barang terlarang di dalam pembuatannya. Mohon baca ya, dan boleh panjang-panjangkan pada rakan-rakan yang lain.


  1. Memakan pearl didalam buble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.
  2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik ok!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kita maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.
  3. Menurut pakar2, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik dan tembaga.

  4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
  5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
  6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.


Mohon Share pada rakan2 ye...

PENTING!!! Terdapat banyak syarikat yang telah membuat ujian terhadap pearl mereka dan ada yang lulus... Adalah lebih elok jika kita melihat kelulusan itu dahulu sebelum kita minum. Admin tak cakap semua syarikat yang mengeluarkan berbahaya, akan tetapi kebanyakkan syarikat kantoi ujian makmal, sebab tu sampai kecoh kat TV...  semua terletak pada tangan sendiri ye.

Sumber: Google

RESEPI : SAMBAL TELUR PUYUH


Assalamualaikum .. sempat juga snap pic..lega dan alhamdulillah. Pagi ni Norzi masak sarapan sandwich sama macam entri kat sini. Setiap orang dalam rumah ni makan satu  dengan Air milo. Alhamdulillah kenyang :) . Lepas tu Norzi sambung masak sambal telur puyuh, udang lada hitam, sayur goreng. Tapi Norzi letak masak sambal saja..nanti ada kelapangan In sha Allah Norzi akan up kan entri lain :). 

Semalam hubby beli telur ni. Malam tadi dah rebus siap2 dan separuh Khalisah dan Razin dah makan . Baki Norzi simpan dalam peti ais. Pagi ni Norzi sambung buang kulit dan terus masak. Resepi cara Norzi macam di bawah:


Resepi : Sambal Telur Puyuh

20 biji telur puyuh di rebus dan buang kulit
1 biji bawang besar (separuh di hiris)
4 Sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
yang minat nak letak asam,boleh letak sikit asam jawa/ asam keping. Norzi tak letak asam , cuma letak sikit asam keping

Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2 bawang besar
sedikit udang kering

Cara-cara:
1.Tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan cili boh , api sederhana, hingga pecah minya
3. Masukkan sos cili (dan sedikit air)
4. Kacau rata sebati dan masukkan hirisan bawang besar
5. Masukkan telur
6. Perasakan megikut citarasa 




Sambal Telur Puyuh



Selain makan dengan nasi putih, lawan makan sambal telur puyuh ni boleh juga dengan nasi lemak, atau sedap juga makan dengan roti. Hari ni Norzi makan dengan sedikit roti. Tapi Cik Abang Norzi pukul 1130 pagi dah nak makan nasi sebab ada lauk ni. Esok nak beli lagi telur ni sebab nak minta Norzi masak lagi :). Hari ni masak awal sebab anak Norzi yang sulung , Fatimah ke sekolah, ada kursus Kepimpinan. Pukul 12.30tgh selesai. Jadi kami makan dulu sementara menunggu Fatimah balik.



Makan dengan roti pun sedap tau! sesuai la untuk orang yang nak diet macam Norzi ni. Digalakkan untuk ambil dalam kuantiti yang sedikit.

Ok , sampai sini dulu. Selamat mencuba. Kalau nak share info lain boleh tinggalkan jejak di bawah. Selain itu, jika anda jenis yang banyak masa di rumah, elok la jengok iklan jobdirumah ni . Just click je gambar di bawah... Selain ada masa , anda dapat generate pendapatan sampingan. Sama macam aktiviti memasak , kita kena mulakan selangkah , baru lah beribu ribu langkah seterusnya boleh di hasilkan :) .






Salam ceria,
Norzi.






NBH0234 DALILI JUBAH
to order : whatsapp 019 3177872



Khas untuk ibu-ibu :








SEMAK KEPUTUSAN DI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Assalamualaikum..... Sekarang ni , semuanya online. Bersyukur sangat dengan penemuan teknologi, kalau tak disalahgunakan In sha Allah terpelihara dari perkara tak baik.

Sejak  berkuatkuasa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Keputusan persekolahan anak-anak semuanya online. Bagus kan. Jadi kepada semua mommies dan daddies , kalau nak semak keputusan anak-anak anda, bolehla semak ikut langkah berikut:


Langkah-langkah :

1. Pergi ke page Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dengan masukkan   http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

 Page yang berjaya akan papar seperti berikut

 Paparan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


2. Jangan lupa masukkan semua maklumat yang diperlukan ya :

a) Masukkan No. KP/ Sijil Lahir anak anda
b) Pilih Sekolah
c) Pilih Tahun ( dropdown menu akan papar tahun yang diingini)
d) Klik semak laporan
e) Keputusan akan dipapar.

Dapatla kita copy semua keputusan anak2 yang merangkumi 
Ujian 1, Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun. Sangat sesuai dengan keperluan semasa. Kalau dulu-dulu report card kita cepat lunyai, tak long lasting dan hanya dapat dilihat pada masa-masa tertentu, maklumla teknologi lama.... Bila dah dimayakan , rasa sangat mudah sebab semua maklumat boleh dipapar maka mudah untuk ibu bapa pantau dan merancang strategi bila boleh menilai dan membuat perbandingan semua pencapaian terdahulu.

Sampai sini dahulu,semoga bermanfaat dan selamat menyemak keputusan anak-anak!

Salam ceria,
Norzi

TIPS : MEMILIKI PERNIAGAAN ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Norzi mendapat beberapa sms dan email yang minta Norzi untuk berkongsi tips perniagaan online atau macamana nak mulakan perniagaan internet atau perniagaan online. Maaf jika info di sini tidak mencukupi tetapi di tulis berdasarkan pengalaman sendiri. Harap ianya dapat membantu rakan-rakan di luar sana, In sya Allah.  Dalam perniagaan maya atau dikenali  sebagai online busines atau internet, ada terlalu banyak  perkara yang perlu di ambil kira. Walaubagaimanapun....BACA LAGI DI SINI..


pic source : google

MINYAK MASAK TIGA KALI GUNA JADI RACUN

Assalamualaikum, lepas je Norzi baca keratan akhbar bertarikh 13 Disember 2013 ni, suka Norzi kongsikan di sini utk bacaan semua.  Norzi Copy paste seperti  di bawah. Semoga bermanfaat~ Norzi


********************************************************************************



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

KENYATAAN AKHBAR 

ISU AKROLEIN DALAM MINYAK MASAK TERPAKAI 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar 
KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk ”Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan 
pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai”. Laporan tersebut mendakwa 
penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat 
peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. 

Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari 
perindustrian propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan 
moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga boleh terbentuk 
pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi. 

Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya asap 
rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga 
hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru. Menurut International Agency for Research on Cancer 
(IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang 
menunjukkan acrolein bersifat karsinogenik. 

Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan 
minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis 
makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng. Minyak 
masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baru jika 
berlaku perkara berikut : 

1) Warna minyak masak menjadi perang pekat. 
2) Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat. 
3) Minyak masak berbau tengik. 
4) Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan. 

KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak 
berdasarkan kepada perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang 
betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui laman sesawang 
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my dan Portal MyHealth 
http://www.myhealth.gov.my 

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah 
Ketua Pengarah Kesihatan 
Kementerian Kesihatan Malaysia 

16 Disember 2013







sumber : http://kosmo.com.my/


RESEPI : SOTONG MASAK HALIA (BERKUAH)


Assalamualaikum, 


Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Hujung minggu ni Norzi memasak sahaja sebab anak sulong Norzi ada kelas tambahan di sekolah agamanya. So kami kena tunggu di rumah sebab kelas fatimah habis jam 1 tengahari. Norzi masak sotong masak halia. Hehehe kenapa la sotong ni tiba-tiba jadi merah. Plan nak masak tak berwarna merah, bila dah jadi ...dah warna merah. Ni sebab dah habis stok cili api, so Norzi gantikan dengan cili boh, tu yang jadi merah semacam ni. Masak ni pun ikut availability bahan mentah. Tak terancang sangat.. apa yang ada , cuba je la transform jadi makanan ...


Resepi masak kali ini Norzi sengaja buat berkuah sikit sebab anak-anak nak makan berkuah. Lawankan dengan telur goreng dadar sahaja.







RESEPI : SOTONG MASAK HALIA
Oleh: Norzi Beautilicious House / Norzi Foodilicious House

Bahan-bahan

Sotong dibersihkan, hiris dan rebus sekejap dan toskan
1 biji bawang besar-dihiris kasar
3 biji bawang kecil-dihiris
1 biji bawang putih -dihiris
1 inchi halia-dihiris 
2-3 biji cili (norzi takda, gantikan dengan cili boh)
sekit air asam utk kuah
sedikit sos tiram
sedikit garam 
sedikit daun kuchai

Cara-cara

1.Tumis bawang dan halia dan cili
2. Masukkan sos tiram kacau sebati
3. Masukkan air dan didihkan
4. Masukkan sotong, daun kuchai ,kacau sebati.
5. Perasakan


Mudahkan. OK selamat membaca dan mencuba.


Salam ceria

Norzi~



Khas untuk ibu-ibu :








“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...