Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI MASAKAN KAMPUNG MAKAN TENGAHARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Resepi kali ini adalah resepi masakan kampung .. masakan cara kampung kalau di makan waktu tengahari memang sangat menyelerakan. Sebut sahaja seperti gulai nangka , lauk paun berasaskan masak lemak cili padi , ikan goreng, sambal belacan merupakan kombinasi masakan kampung terbaik dan boleh membuatkan Norzi, anda dan sesiapa sahaja yang mempunyai selera kampung rasa terliur dan lapar. Maaf , tidak boleh over sangat sebab bulan puasa ni. Tapi entry ini sepatutnya keluar lebih awal dari hari ini. Ianya di buat semasa sebelum bulan Ramadhan. Sepanjang Ramadhan 2014, Norzi masak dua kali yang kombinasi masakannya adalah berasakan resepi masakan kampung yang lebih kurang masakan ini , dan semestinya sambal belacan tak boleh tinggal. 

Kali ini Norzi masak masakan kampung yang ringkas dan sangat, cepat dan mudah. Resepi ini sesuai dijadikan hidangan makan tengahari ataupun juadah bersahur. Selain itu, jika ada kenduri kendara atau ada saudara mara yang nak datang berkunjung juga sesuai di hidangkan masakan sebegini . Kombinasi ikan goreng, masak lemak dan sambal belacan adalah antara resepi selera masakan kampung yang terbaik.



Ikan goreng




Masak lemak kobis + carrot + udang + taugeh





Sambal belacan

Cara -cara : Bakar sepotong belacan ( ikut keperluan bergantung kepada jumlah cili yang anda inginkan) . Norzi gunakan 2 biji cili merah. Basuh bersih dan keringkan. Tumbukkan Cili dengan belacan sehingga biji cili lumat. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula, dan perahkan limau kasturi.




Selamat memasak dan menjamu selera. 

Salam ceria;

Norzi~











LUKISAN DAN MEWARNA KELUARGA BAHAGIA DARJAH SATU



Semasa zaman persekolahan, di usia 7 tahun iaitu di dalam kelas darjah satu, anak-anak belajar melukis dan mewarna tanpa boleh dibantu oleh ibu dan bapa , kerana semua kerja sekolah siap di dalam kelas. Hanya homework tertentu sahaja disiapkan di rumah terutama apabila menjelangnya peperiksaan , maka kerja rumah atau latih tubi yang diberi lebih banyak yang pada pandangan Norzi ianya di beri secara pukal. Berdasarkan pemerhatian Norzi , dengan sistem KSSR ini, setiap hari semua kerja di sekolah tidak di bawa pulang. Semuanya selesai di dalam kelas tanpa penangguhan. Ini termasuklah matapelajaran pendidikan kesihatan yang menuntut anak Norzi melukiskan gambar keluarga. Dari sinilah kita boleh menilai , lukisan yang terlahir adalah 100% dari minda dan pemikiran anak-anak yang sebenar. Tanpa ada campur tangan ibu bapa, kalau buat di rumah tentu mama dan papa cuba nak bantu dan akhirnya apa yang terhasil adalah tidak asli kerana ada  input dari luar.





Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan : Lukisan keluarga bahagia ( Darjah satu)




Pada masa anak Norzi Muhammad Razin balik sekolah dan mengeluh ,'Mama , nak tengok tak lukisan Razin, cikgu suruh lukis gambar keluarga, tapi Razin tak tahu lukis tudung mama dan kak long'. Razin teruja tapi sedih,pujuk beritahu nanti mama ajar lukis tudung.  Norzi teruja sangat nak tengoklukisan dia . Bila Razin bawa keluar lukisan itu, memang rasa comel dan natural lukisan ini memang . Jadi Norzi tanya , siapa yang tolong lukiskan tudung mama dan kakak ni.. Rupa-rupanya dia minta bantuan kawan nya untuk lukiskan tudung tu..Lukisan ini untuk matapelajaran Pendidikan kesihatan. Norzi perhatikan muka ayah di dalam lukisan ini dan muka abang yang Razin lukis mempunyai persamaan :) . Itu perkembangan yang baik kerana dia boleh kawal lukisan dengan mengulang pandangan mata dengan arah sama untuk ayah , ibu dan abang dan adik , kecuali kakak. Norzi pesan lain kali jangan minta tolong kawan lukis ya, nanti mama ajar lukis tudung. Kalau tak tahu boleh tanya cikgu, nanti cikgu tolong :) 


Seronok melihat perkembangan anak-anak. Alhamdulillah. Apa-apapun Norzi suka kan lukisan keluarga ini kerana mempunyai nilai yang cukup bermakna.







Salam ceria ,
~Norzi



RESEPI : SAMBAL BELACAN MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum , apa khabar. Masih dalam bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah... Suka makan sambal belacan tak?. Masa mula-mula bulan Ramadhan hari tu , masa iftar Norzi buat sambal belacan, sahur pun buat sambal belacan. Berdentum dentam dapur menumbuk sambal belacan jam 4 pagi...hehe selera punya pasal. Kalau waktu sahur , goreng ayam dan masak sayur air dengan sambal belacan. Semua yang bersahur berselera.. alhamdulillah .. . Sekarang tak boleh nak ala kadar sangat sebab risaukan anak-anak tak larat makan. Lagipun diorang bersekolah, jadi kena pastikan anak-anak makan sewaktu bersahur agar boleh bertahan untuk bekalan tenaga hingga ke petang. Anak Norzi bernama Razin sekrang darjah satu tu tahun ni, syukur belum tinggal puasa lagi, Alhamdulillah. 


Cerita tentang sambal belacan ni... tips yang boleh dikongsikan di sini adalah,  kalau anda seorang  yang tidak mempunyai banyak masa atas faktor kerjaya atau sebagainya, maka digalakkan untuk membuat stok di rumah. buat untuk stok seminggu atau dua atau tiga kali makan pun boleh.


Pertama sekali, anda perlu lakukan dalam kuantiti yang banyak ... dan asing-asingkan dalam bekas kecil seperti bekas dadih ke.. kemudian perlu disimpan dalam peti ais. Ambil satu setiap kali nak makan. Kalau orang melayu, cakap aje sambal belacan , kena dengan lawannya tentu bertambah-tambah makan nasi. Mungkin tak semua orang melayu, tapi kebanyakannya gemarkan sambal belacan ... kalau jumpa sambal belacan ni,semua diet hancur lebur la masa tu :). Ok, jom tengok Norzi buat sambal belacan.





Sambal belacan

Resepi : Sambal belacan

Cara -cara : 
1. Bakar sepotong belacan ( ikut keperluan bergantung kepada jumlah cili yang anda gunakan) . 

2. Dua biji cili merah. Norzi gunakan 2 biji cili merah dan seinchi belacan. Basuh bersih cili merah dan keringkan. 

3. Tumbukkan Cili dengan belacan sehingga biji cili lumat. Akhir sekali masukkan  sedikit garam dan gula, dan perahkan limau kasturi.

Mudah, senang , jimat masa dan tenaga. Selamat mencuba!
~Norzi










RESEPI PISANG GORENG (PISANG NANGKA)

Assalamualaikum,
Pisang goreng dan goreng pisang membawa maksud yang berlainan walaupun nampak macam sama. Dua perkataan yang jika diterbalikkan , membawa maksud sebenar yang sangat besar kesannya. Bila sebut je pisang goreng, rata-rata ramai yang suka makan pisang kan.. dari anak,mak, bapa sampaila datuk nenek semua boleh terima makanan ini. Atas faktor penerimaan itu, pisang goreng sangat popular sehinggakan kalau petang-petang makanan ini senang di perolehi di stall atau di warung-warung mahupun di cafe pejabat.. 

Norzi pun selalu menggoreng pisang. Lagi-lagi kalau hujung minggu.. waktu petang... memang sesuai waktunya dan kegemaran kami sekeluarga lagi pula kalau dapat di makan masa masih panas. Sebelum ni Norzi dah pernah tulis di SINI. Resepi yang Norzi buat untuk tepung adunan yang sangat simple, senang, mudah , cepat, praktikal, ringkas dan menjimatkan. Tapi sebelum kita tengok resepi mudah lagi ringkas, sedap dan menjimatkan ini, jom kita belajar dulu bagaimana nak membezakann antara pisang goreng dan goreng pisang. Norzi sendiri pun pernah terkeliru semasa semasa zaman persekolahan, bila cikgu tanya cepat-cepat kita buat ayat agar tak tersasar atau tersilap dalam penggunaannya.

Goreng pisang ke pisang goreng? Ahhaa jom kita belajar buat ayat .
'Ibu sedang menggoreng pisang' kata kerja untuk ayat ini adalah 'goreng'.

tengok ayat di bawah ni pula..

'Ibu memakan pisang goreng' kata kerjanya 'makan', 


Macam ni lebih jelaskan. Jadi , diharap kita tidak keliru lagi dalam penggunaan pisang goreng dan goreng pisang. Sebut pasal pisang ni, pisang yang paling Norzi sukakan adalah pisang nangka dan pisang tanduk. Memang sangat-sangat suka. Kalau nak goreng di rumah, Norzi hanya akan beli kedua-dua jenis pisang jenis ini. Kalau dah beli, belum sampai petang dah terbayang pisang goreng. 



Boleh dikatakan jika ada kelapangan pergi pasar Borong Selangor , Norzi pasti dapatkan pisang ni. Kali ni Norzi share aktiviti menggoreng pisang nangka. Aktiviti  ni dah selalu dilakukan, cuma tak di upload... tapi sebab dah ada gambar ni, kita letak je la di blog ni,mana tahu ada yang nak cuci mata, tengok-tengok , baca-baca.. boleh beri idea kepada pembaca, itu pun sudah memadai.

Oh ya, bercerita tentang pisang ni, masa zaman Norzi kecil-kecil dulu abah Norzi selalu masak masakan berasaskan pisang. Sebabnya dulu abah ada tanam pokok pisang dekat rumah. Jadi kalau sekali ada pisang bukan sikit.. tapi setandan ..jadi lepas sedekah jiran-jiran, masih ada banyak lagi bekalan pisang.. abah rajin buat lepat pisang, lempeng pisang, cekodok pisang, semuanya pisang.. bertukar - tukar resepi pisang. Mak pun masak juga, tapi abah lagi suka masak seperti lepat pisang sebab menurut abah, zaman kecil-kecilnya dulu , abah selalu buat lepat pisang, bantu embah Norzi masak (embah adalah gelaran datuk  atau nenek untuk orang keturunan Jawa) . Seronoknya teringat zaman kanak-kanak... dan seronok teringat menyaksikan abah masak kat dapur. 




Ok, kita lupakan sekejap pasal zaman kecil-kecil dan sejarah masakan pisang tadi ... Norzi masak pisang goreng gunakan resepi paling simple. Tak pernah pun cari resepi adunan tepung. Ianya datang secara sendiri dan ikut bahan yang ada aje, dan kebetulan memenuhi citarasa kami. Cara-cara Norzi buat macam di bawah :

Bahan-bahan

1. Tepung ikut keperluan  (bergantung kuantiti pisang yang ingin di goreng)
2. Air masak 
3. Sedikit garam
4. Sedikit kunyit serbuk
5. Sedikit baking powder

Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, dan kacau rata. Pastikan adunan tepung tidak cair. Adunan yang sedikit pekat adalah tebaik dan bila di goreng di dalam minyak yang betul-betul panas, hasilnya lebih rangup. (pastikan minyak cukup panas ya)


Semoga membantu :)
Norzi~









KEMPEN IKLAN NUFFNANG STATISTIK CPUV

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan di pagi Selasa yang mulia. Salam ceria untuk semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Syukur Allah masih memberikan kekuatan tubuh badan dalam mengharungi kehidupan di muka bumi NYA ini.

Norzi ingin kongsikan dengan rakan-rakan, pagi ini, saja tengok-tengok Nuffnang earnings. Alhamdulillah , ada iklan terbaru untuk CPUV (Cost Per Unique Visit) . Ini untuk kedua-dua blog Norzi, iaitu Norzi Beautilicious House dan Norzi Foodilicious House. Norzi ringkaskan seperti di bawah dan bergambar juga :)


Ikea-June Sale Campaign -Norzi Beautilicious House
Ikea - June Sale Campaign - Norzi Foodilicious House
S&P Food-oconut Milk Campaign- Norzi Foodilicious House
Dove Hairfall Rescue - Norzi Beautilicious House


CPUV (Cost Per Unique Visit)

Terima kasih Nuffnang sudi juga iklan-iklan ini singgah di blog Norzi ... Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung. Kepada kawan-kawan jangan lupa klik klik klik iklan ya, dapat juga kita ketahui apa sebenarnya produk yang cuba dipromosikan kepada kita.... Norzi pun kalau merayap ke blog lain mesti nak klik iklan .. sebab iklan yang dipaparkan sangat attractive ..teruja je nak tahu promosi apa yang ada... termasukla berminat dengan iklannya secara menyeluruh.. dari segi warna , cara olahan, pergerakan memang ada daya tarikan tersendiri.  Itu lah cabaran dunia pengiklanan sekarang.

Apapun, Norzi berharap akan lebih banyak iklan lagi selepas ini. Semoga blog kendalian Norzi sentiasa menarik perhatian pemilik iklan. Sekali lagi , terima kasih kepada semua. Salam Ramadhan al mubarak..

psst!! sekiranya anda ada cerita nak dikongsikan atau ada petua2 nak share , boleh email norzi di norzibeautilicioushouse@gmail.com , sekurang-kurangnya Norzi boleh panjangkan di sini. Semua benda yang baik-baik untuk kebaikan semua Insya Allah boleh.

Salam ceria,
Norzi~




RESTORAN HALAL DI GUANGZHOU (2014)


Assalamualaikum..salam sejahtera, akhirnya Norzi  berjaya juga mencari -cari waktu untuk mengupdate blog dengan cerita-cerita travel tahun 2014. Semakin lama dah tersimpan cerita di negara orang... sekejap je berjalan tapi banyak yang dipelajari..pengalaman-pengalaman yang menarik. Kali ini, Norzi entrikan di sini supaya ianya dapat menyimpan kenangan Norzi ketika di Guangzhoa, China. Cerita tentang makan adalah sesuatu yang perlu Norzi dikongsikan di sini. 

Makan di Guangzhoa tidaklah sesusah di Hong Kong. Walaupun masih dikategorikan susah berbanding makan di Malaysia , tetapi di sekitar tempat tinggal Norzi terdapat restoran halal masakan Cina Muslim. Walaubagaimana pun, tidak lah sesenang melangkah keluar terus boleh makan. Masih menuntut misi pencarian dan penggunaan kenderaan awam adalah perlu untuk sampai ke destinasi restoran.

Semasa tiba di Guangzhoa , segala bekalan makan Norzi bawa telah habis di makan semasa berada di Hong Kong dan Shenzen. Jadi memang sangat memerlukan kedai untuk membeli makanan. Sebagai back up, Norzi beli beberapa jenis buah-buahan untuk di makan di kala kelaparan, lepas makan buah mungkin lebih lapar , atau kena cepat-cepat tidur sebab takut lebihlapar  lebih -lebih lagi waktu malam. Tapi bagus kalau nak menurunkan berat badan ni.. Antara buah-buahan yang dibeli adalah seperti anggur, epal dan pear. 

Niat utama semasa di Guangzhoa adalah untuk bershopping. Selain dari alat  IT , langsir , baju-baju  dewasa, Norzi bercadang membeli pakaian untuk anak-anak (sebab ingatkan murah) . Tetapi bila berada di sana, Norzi berpendapat  tidak sesuai bershopping di Guangzhao kerana mereka tidak jual dengan kuantiti kecil ,untuk nikmati kadar harga yang murah semuanya dalam kuantiti besar... banyak yang tak dapat beli sebab bila hendak beli retail , harga jauh lebih mahal dan lebih baik beli di Malaysia kerana rasa beban pula nak bawa masuk luggage.. silap-silap boleh kena beli xtra luggage sebab overload.. itulah kesannya tak habis study / buat research pasal Guangzhoua... tapi tetap menarik.. 

Semasa perjalanan di kedai-kedai baju, Norzi terjumpa restoran  Bareka. Restoran ini menyediakan makanan arab dan bila lalu di restoran ini , teringat restoran Saba' di Cyberjaya memang sama je bau masakan... Lapar sangat so kami pun masuk la untuk makan tengahari.


Bareka Restaurant 

Masa Norzi ke The Fu Li Children's World , tempat borong kanak-kanak punya pakaian jumpa restoran Bareka Restoran.  Ini alamat kedai.

Zhong ShanBa Road No 41-8
(Next to The Fu Li Children's World)
Tel 020-81220389



Pilihan menu yang pelbagai ...masa tengah lapar rasa nak oder semua ni... tip : sangat  berbahaya  masuk kedai ketika perut kosong..abis nak beli semua.

Antara menu yang di jual di sini adalah nasi arab,  BBQ Chicken with liver rice meal, Kofta Sandwich  dan pelbagai lagi resepi burger dan ayam.Oleh sebab malam semalam Norzi banyak makan buah anggur, jadi siang je lapar sangat...sa jumpa kedai ni rasa lapar sangat... akibatnya rasa ingin order semua dalam gambar tu.. ei bernafsu makan tak ingat..  






Ini nasi yang Norzi pesan. Nasi arab kambing, nama menu tak ingat... sedap tau... yum yum yum.. lapar terus tengok nasi ni



Close up sikit nasi arab di Restoran Al Baraka di Guangzhou.





Sebagai bekalan , Norzi juga bungkus satu burger untuk dimakan di dalam bilik . Masa bungkus tu,perut dah kekenyangan, rasa tak perlu la dua pcs , tapi bila dah sampai bilik , rasa lapar.... memang kena beli lebih sebab jarak dari rumah ke restoran sangat lah jauh...memerlukan cab untuk ke sana.




Informasi yang terdapat pada plastik restoran. Kalau korang nak pergi Guangzhou , boleh la makan di sini jangan lupa restoran halal di Guangzhou Al Bareka .


Tunggu entri berkenaan dengan sate kambing di Guangzhou. Sedap tau!


Salam ceria.

Norzi~

MAKAN TENGAHARI DI LANGKAWI

Assalamualaikum ..kali ini Norzi sharekan tips makan di Langkawi... atau dengan kata lain Jalan-jalan cari makan di Langkawi. Dengan beberapa kali pengalaman Norzi ke Langkawi, Norzi akan sharekan beberapa lokasi restoran makan di sekitar Langkawi...tpi untuk entri kali ini kita fokus dekat restoran Trimula sahaja .. dah lewat malam ,Norzi tulis entri by entri ya.. Kalau sampai di Langkawi, terdapat dua bahagian utama yang kita akan pergi satu bahagian pantai sekitar Chenang iaitu di sekitar pantai Chenang Langkawi, dan satu lagi sekitar bandar Kuah , iaitu lokasi terbaik untuk bershopping barang bebas cukai khas bagi mereka yang datang ke Langkawi dengan niat untuk  membeli belah. 

Memandangkan Langkawi adalah tanah bebas cukai dah tentulah barangan yang di jual di Pulau Langkawi bebas cukai,  harga pula tentulah murah, jadi memang Norzi nak beristirehat dan bershopping je kali ni... .. tiada aktiviti air pada kunjungan kami kali ini ... Tetapi kami  ke Chenang juga untuk makan malam sahaja, iaitu makan seafood di Restoran Hj Ramli. Sementara aktiviti mandi manda di pantai dan naik bot Norzi tidak pergi..masa anak Norzi yang kedua berusia enam bulan kami pernah menaiki bot ke Tasik Dayang Bunting / Pulau Dayang Bunting. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Oleh sebab niat nak shopping, Norzi mengambil hotel di sekitar pekan Kuah, iaitu Dayang Bay Resort. Di pekan Kuah juga terdapat beberapa tempat makan tengahari untuk menjamu selera , tetapi Norzi sekeluarga makan tengahari di Restoran Trimula sahaja. Restoran ini berada dekat dengan Poliklinik Perdana Langkawi. Jadi jika ingin mencari lokasi Restoran Trimula ini, boleh sahaja cuba menggunakan aplikasi Waze . Hidangan makanan merangkumi ikan bakar, daging bakar , ayam bakar, lauk pauk yang pelbagai, ulam-ulaman, mee dan bihun sup kedah style, bubur nasi dan macam-macam lagi. Memang best kedai ni selain harga yang ditawarkan juga murah. 




Persekitaran  lokasi restoran Trimula 


Makan di Restoran Trimula ini memang selera kampung, sesuai dengan tekak makanan kampung kegemaran Norzi. Nak ulang lagi sekali.. sepanjang Norzi berada di Langkawi, setiap makan tengahari kami makan di sini. Ini menunjukkan betapa kami suka sangat makan kat sini :).  Malam makan ikan bakar atau seafood yang best dan segar ... seronoknya Langkawi. Sukaa sangat!  

Hari pertama Norzi dapat ayam panggang. Rasa memang best and highly recommended untuk ke restoran ni. Keesokkannya Norzi sekeluarga datang lagi , dan dapat makan daging panggang pula. Kali ini Norzi sempat la tangkap gambar makanan sebelum kehabisan.  Alhamdulillah memang sedap sangat makanan selera kampung ni sangat-sangat memenuhi citarasa dan selera kami sekeluarga.,lagi - lagi masa makan tu memang sah tengah lapar... apa yang masuk mulut ni semuanya sedap.. hihi. Kalau tak percaya, cuba pergi time lapar.. :)



Ini adalah lauk- pauk yang Norzi sempat tangkap.. lain-lain gambar sudah selamat di makan. Hidangn nasi di atas adalah nasi Norzi. Makan memang la banyak.. Norzi ada ambil udang masak kunyit  juga untuk ratah-ratah di pinggan lain.. udang yang di hidangkan di sini besar-besar dan segar. Udang yang dimaksudkan seperti gambar di bawah.





 besar tak udang ni? Sesekali memang tak fikir diet dah.. fikir makan aje :)


Persekitaran di dalam kedai makan. 

Sampai sini dahulu, selamat melancong.
Norzi~

DOA (BAHASA MELAYU) YANG MENUSUK KALBU

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah kita diberi peluang untuk berada di dalam bulan yang mulia ini. Norzi ingin kongsikan sebuah doa di dalam bahasa melayu.

Doa ini di kongsikan di platform ini dan tinggi harapan Norzi kiranya doa ini dipanjangkan dan semoga semua yang memanjangkan doa ini dapat memberi kebaikan dan menafaat kepada yang lain. Terima kasih kepada rakan Norzi yang memanjangkan kepada Norzi. Semoga mendapat kebaikan di bulan  Ramadhan , bulan yang penuh barakah. Insya Allah .. Amin..

Doa yang dipetik dari individu yang telah berkongsikannya secara maya menerusi aplikasi Whatsapp.


Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam  
Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.


Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;


Sentiasalah berdoa dan mengingati Allah ketika susah dan senangmu


MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengn penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.


Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…


Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…



Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yg boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kpd keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..


Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam orang-orang kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…


Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati, dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami daripada golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.


Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….


Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagain yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…



Selamat beramal,
Norzi

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...