Followers

Sponsored Advertisement

.

KEPUTUSAN UPKK 2014


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Mu Ya Allah .. Terima kasih yang tak terhingga.. Semalam, 15 January 2015 merupakan tarikh sekolah mengumumkan Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian kelas KAFA (UPKK) 2014 . Keputusan diumumkan pada 22 December 2014 tetapi melalui beberapa peringkat , iaitu peringkat Negeri / Daerah / Sekolah dan keputusan sampai ke sekolah pada 14 Januari 2015. Pengumuman oleh pihak sekolah telah dilakukan pada 15 Januari 2015. Setelah beberapa peringkat akhirnya dapat juga keputusan  yang ditunggu-tunggu ini. 

Ianya satu berita gembira buat Norzi  atas keputusan yang anak Norzi perolehi. Bercampur baur perasaan ... dan tanpa disedari air mata kegembiraan pun boleh mengalir... Sebenarnya masa Fatimah sibuk dengan peperiksaan , Norzi pun sibuk di luar kawasan atas beberapa tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan. Tahun lepas Norzi sangat kurang beri perhatian.. atau duduk di sebelah... Hanya doa sahaja yang sering mengiringinya ketika kami sama-sama sibuk.. 

Terima kasih sekali lagi ya Allah ... 
Tahniah Fatimah .. 




SEMAK KEPUTUSAN UPKK 2015
Slip keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)


Walaupun sebelum ini Norzi ada beberapa kali cuba membuat semakan secara online , tetapi tidak nampak  lagi ada sistem yang digunakan untuk semak keputusan secara online. Buat masa ini semuanya kena tunggu keputusan dari Sekolah. Mungkin suatu hari nanti boleh di adakan sistem semakan secara online atau melalui SMS. Cepat sikit reda perasaan ibu bapa :)


SEMAK KEPUTUSAN UPKK SECARA ONLINE
Slip keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Jumlah keseluruhan subjek UPKK adalah seperti di bawah:

1) Amali solat
2) Penghayatan cara hidup Islam
3) Bidang AlQuran
4) Ulum Syariah
5) Pelajaran Jawi dan Khat
6) Sirah
7) Adab
8) Lughatul Quran

Lughatul Quran adalah Bahasa Arab. Ini merupakan subjek yang paling merisaukan .. sebabnya Norzi memang tak pandai nak mengajar Bahasa Arab .. Bila anak bertanya memang letih sangat rasanya sebab tak mampu nak membantu.. Tetapi atas usaha .. InsyaAllah dan alhamdulillah sangat..

Akhir sekali, Norzi ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tenaga pengajar di sekolah agama Sri Alfakhri di atas tunjuk ajar dan bimbingan serta usaha keras dan gigih kesemua tenaga pengajar.  Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan kebaikan ustazah kalian.

Tahniah kepada semua anak-anak yang telah mengambil UPKK. Cabaran pertama dalam dunia pembelajaran baru sahaja bermula... Banyak lagi cabaran yang menunggu. Tahun ini adalah tahun periksa besar untuk Fatimah..iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) . Semoga dipertingkatkan lagi usaha dalam pembelajaran , iaitu usaha menuntut ilmu. Semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan Fatimah.
Sampai jumpa lagi di lain coretan. 


Jazakallah,
Norzi~

semak keputusan upkk terkini online 2014 pertanyaan pengumuman keputusan upkk












No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...