Followers

Sponsored Advertisement

.

MENGHORMATI AYAH IBU

Terdapat pelbagai cara untuk menghormati ibu bapa semasa mereka masih ada hayat. Berikut adalah antara cara-cara  menghormati ibu dan ayah:





1. Jauhkan dari menggunakan phone anda ketika berdepan dgn mereka.

2. Beri perhatian pada apa yang hendak diperkatakannya kepada kita.

3. Terima pandangannya.

4. Rasakan kehadiran mereka dalam perbincangan.

5. Pandang mereka dengan rasa hormat dan kasih sayang.

6. Selalu puji mereka.

7. Kongsi berita gembira dengan mereka.

8. Elakkan berkongsi berita buruk dengan mereka.

9. Bergaul baik dengan sahabat ibu ayah kita dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.

10. Sentiasa ingatkan kebaikan yang mereka lakukan.

11. Jika mereka mengulang cerita yang sama, dengarlah sebagaimana kali pertama kita mendengarnya.

12. Jangan timbulkan kenangan pahit/menyakitkan yg telah berlalu.

13. Elakkan perbincangan lain semasa dihadapannya.

14. Duduklah dengan rasa hormat ketika bersamanya.

15. Jangan perkecil/kritik pandangan dan buah fikiran mereka.

16. Jangan menyampuk percakapannya ketika mereka sedang bercakap.

17. Elakkan memukul / mendisiplinkan cucu-cucunya dihadapan mereka.

18. Terima nasihat dan arahannya.

19. Beri mereka kuasa memimpin ketika keberadaannya.

20. Jangan meninggikan suara pada mereka.

21. Elakkan berjalan di hadapan atau mendahului mereka.

22. Elakkan makan dahulu sebelum mereka.

23. Tunjukkan penghargaan kita pada mereka walaupun mereka tidak menginginkannya pun dari kita.

24. Elakkan mengunjurkan kaki dihadapannya atau duduk membelakangi mereka.

25. Jangan menyakiti hatinya.

26. Sentiasa mendoakan kebaikan mereka.

27. Sentiasa ceria dan gembira dengan ibu bapa.

28. Tidak mentertawakan kesilapan dan kesalahannya.

29. Ambil tindakan sebelum mereka mengarah kita melakukannya.

30. Berterusanlah menziarahi mereka.

31. Berhati-hati memilih perkataan bila bercakap dgn mereka. Guna bahasa sopan.

32. Panggil mereka dengan panggilan yang mereka suka.

33. Jadikan mereka keutamaan.

Ibuayah adalah insan yg paling berharga. 




No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...