Followers

Sponsored Advertisement

.

BERCUTI DI PORT DICKSON

Sempena cuti sekolah kali ini , pengalaman ke Port Dickson lagi sekali... Kali ini kami menginap di Hotel Klana Beach Resort , Port Dickson. Oleh sebab cuti sekolah sangat padat dengan jadual pembelajaran Fatimah sebab sekolahnya banyak buat kelas tambahan, memang tiada rancangan untuk bercuti. Oleh sebab sesi ulangkaji pembelajaran Fatimah di sekolah mengambil berhari-hari dari cuti sekolah , maka kami rancang duduk rumah ajelah , hantar dan ambil Fatimah.. 

Atas sebab tersebut, sessi bercuti di Port Dickson ini adalah adhoc sahaja. Maksud adhoc ni adalah tanpa di rancang, tiba-tiba je di hari kejadian kami bersetuju untuk ke Port Dickson. Malam sebelum berangkat Norzi beli penginapan di Agoda. Sepatutnya tahun ini tiada jalan-jalan, tapi oleh sebab ada kesinambungan dengan kerja luar kawasan suami Norzi, dan kebetulan cuti sekolah , jadi kami turut serta.  

Keputusan untuk menginap di Port Dickson juga kami buat last minute dan alhamdulillah selepas membuat beberapa semakan Norzi berpuas hati untuk menginap di Klana Beach Resort Port Dickson. Sebelum ini Norzi pernah menginap beberapa lokasi di Port Dickson tetapi tahap kebersihan / kerja maintenance hotel amat mengecewakan. Oleh sebab itu , tips mencari hotel terbaik, bolehlah baca review pelanggan  dahulu sebelum keputusan  dibuat. Oleh kerana banyak review positif , maka Norzi memilih hotel ini.

Klana Beach Resort ni selesa sangat sebab bangunan baru. Kalau berminat untuk menginap di sini boleh hubungi seperti alamat dan no telefon di bawah





Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai71050 Pulau Terumbu‎

06-648 7888

Klana Beach Resort
Pemandangan dari depan Klana Beach Resort -menghadap laut 


Norzi ringkaskan . Kesimpulan yang Norzi dapat sharekan adalah hotel ini sesuai jika ingin bawa ahli keluarga. Ada swimming pool , kawasan sekitar yang luas cuma tiada pantai berdekatan , kena naik kereta untuk ke pantai. Tetapi ok kerana selesa. Boleh juga tengok planet berkaitan jika ada sessi untuk pelanggan . Tengok entri Norzi melihat Musyitari ( Jupiter ) di sini.




kawasan cantik bersih pemandangan



















Masa untuk bersiar-siar sekitar Klana Beach Resort


Oleh sebab waktu check in adalah pada jam 3 petang, penatlah juga menunggu hubby Norzi dari habis meeting. Kami menunggu di dalam kereta. Sebelum tu Norzi ada bawa anak-anak ke kawasan pekan Port Dickson, tapi oleh sebab tak ada haluan rasanya, so patah balik menunggu... bila hubby selesai, kami terus makan kari kepala ikan di Port Dickson. Nanti Norzi create entry khas untuk sessi makan kari kepala ikan di Port Dickson. Manalah tahu ada yang tertanya-tanya nak makan kat mana di PD, jadi bolehlah guide sikit tentang lokasi kedai.





Klana Beach Resort melancong cuti sekolah Port dickson bilik







Swimming pool di Klana Beach Resort


Gambar ni tangkap jauh sikit... kalau dekat kang ada yang malu.. hihi . Kami tak mandi pun sebab anak-anak Norzi nak main pasir. Jadi kami hanya sempat berjalan sekitar kawasan. Sangat berangin, damai rasanya.. memang lega.. Kalau bawa kasut sukan boleh jog sikit... kawasan luas ..


lorong di kawasan bilik
Lorong ke bilik hotel

Ni kasi teaser sikit .. Norzi akan create entri lain khas untuk bilik ya  :) . Norzi sukakan konsep hotel ini. Lebih komen akan menyusul kemudian.




melancong bercuti di port dicksom
 Time beristirehat dan berjalan-jalan

Kami jalan-jalan di sekitar Klana Beach Resort. Sebenarnya cari pantai yang ada pasir ..tapi tak jumpa .. sampailah kena naik kereta keluar cari pantai. Kami pergi kawasan dekat dengan Seri Intan Resort. Di kawasan situ lapang dan penuh dengan daya tarikan dari jualan , kedai -kedai. baju baju dan juga permainan. Anak-anak suka hati dapat pergi sana.. dan semestinya main pasir jadi perkara utama , asalkan dapat main air dan pasir , penuhi dah syarat pergi pantai.




Klana Beach Resort melancong cuti sekolah Port dickson bilik
Susun selipar di satu tempat sebab semua sibuk main air dan pasir


Semua sudah sibuk dengan aktiviti pantai. Norzi aka mamarazzi pun sibuk lah menangkap moment indah , ceria , detik bersama insan - insan tersayang.. tapi sekejap sahaja sebab lepas tu sibuk main air juga.. 

InsyaAllah ada kelapangan Norzi share lokasi makan-makan di Port Dickson dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana ya.


Salam ceria.
~Norzi

4 comments:

  1. bestnya.. syeeda tak pernah sampai PD lagi..

    ReplyDelete
  2. Wahh beznya k.gee...dah ada review yg best bole la pg lps ni...mmg tgh servey tmpat bcti area pd ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh fisya .. seronok tau.. sesekali kita rest ya..:)

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...