Followers

Sponsored Advertisement

.

UDANG GORENG BUTTER BERKUAH SEDAP DAN SENANG

UDANG GORENG BUTTER BERKUAH SEDAP DAN SENANG UDANG goreng butter mudah simple jimat masa senang sedap resepi udang goreng  butter tempahan udang goreng butter makan di restoran udang goreng butter

Assalamualaikum ,
Kali ini resepi udang goreng butter berkuah, sedap dan senang.. anak-anak Norzi suka sangat dengan udang goreng butter. Banyak kali dah tertangguh dari projek udang goreng butter. Ikut bahan - bahan yang ‘available’ sahaja.


Sebelum meneruskan... Norzi nak share, Norzi ada youtube channel masakan. Kepada yang berminat nak follow Norzi, boleh click Link Tiga Beradik Youtube Channel

Dekat channel tu, Norzi buat video masakan dan ada juga campur2 dgn tips. Yang dah follow tu , terima kasih .. nanti kita jumpa lg dengan masakan yang macam macam , cerita jalan jalan cari makan dan banyk lagi.

Ok , berbalik kepada page ini... walaupun nampak tidak terancang , tapi niat dah lama pasang.. Norzi ada juga baca beberapa resepi, tapi masa nak buat tak baca resepi pun ... sebab nak cepat.. Norzi letak resepi Norzi kat sini..kalau kita teliti betul - betul, resepi ni senang... Ini adalah cubaan Norzi kali pertama..sebelum ni banyak kali juga Norzi masak udang, contohnya udang galah masak lada hitam, resepi udang goreng dengan kentang , udang black pepper version lain sikit,dan paling Norzi suka masak sayur dengan udang...tapi kali ini memang lain resepinya... sebab udang tu Norzi goreng biasa dengan tepung gandum- goreng rangup-rangup.. lepas tu Norzi campur kuah .

Sebelum ni , Norzi pernah ceritakan yang kitorang selalu makan kat Tasik Idaman sebelum ni. Kadang –kadang seminggu sampai dua kali ke tempat ni. Masa tu tentulah sebab ada banyak masa.. kelapangan bersama anak-anak dan keluarga. Tapi sekarang , atas pelbagai tuntutan , banyak aktiviti makan di luar perlu di tangguhkan .. hanya sesekali jika betul-betul ada kelapangan baru boleh tetapkan masa untuk keluar lebih – lebih lagi jika makan jauh dari rumah. 

Oleh sebab semua nak makan udang butter, udang butter dan udang butter lagi, Norzi pun cuba try test la resepi sendiri. Sendiri reka, sendiri masak dan sendiri makan.. boleh la kan..sendiri kena puas hati . Daun kari yang di beli sebelum ni dah beberapa hari tersimpan. Memang niat masa beli tu nak buat udang butter. Udang butter letak daun kari memang sangat aroma. Selain dari masak udang butter dengan daun kari, Norzi juga suka guna daun kari masak dengan ayam ker.. buat ayam goreng.. campur dalam masak kari atau campurkan dalam masak sotong .. Banyak kegunaan daun kari ni.. dan daun kari ni memang baik , sama baik macam bawang putih. Boleh juga baca kebaikan bawang putih di sini dan jangan lupa tengok bagaimana pentingnya bawang putih dalam menjaga kesihatan badan sehinggakan penemuan vitamin bawang putih diperkenalkan. di sini. Orang sekarang makan bawang putih sebagai vitamin tau. Ok time to layan gambar...jom..



Maaf gambar tak cukup pencahayaan , jadi ni sahaja hasil gambar. Norzi nak cepat... Tips buat crunchy sarang, guna telur kuning shj. Tapi Norzi takda telur .. sebab tu goreng dengan tepung .. lain kali insyaALlah Norzi cuba lagi..ok, apa kata kali ni Norzi tayang juga gambar tu..  bahan serba tak cukup , Ok back to story- Since tak ada telur , Norzi goreng udang dengan tepung . Effect tentu la tak sama. tapi still worth try. Anak Norzi sukakan kuahnya , jadi Norzi lebih berat kepada hasilkan kuah. InsyaAllah next try akan ada serabut serabut telur tu :)



Udang ni lepas angkat Norzi terus letak dalam bekas yang nak di hidang kerana Norzi akan terus curahkan kuah. Tak semua orang sukakan butter prawn berkuah . Tapi kami suka sebab boleh cicah cicah.



Yang nak tengok cara Norzi masak ayam buttermilk, boleh tengok di sini . Norzi dah rakam dan videokan . dah upload di channel. Senang je masaknya, korang cubalah nanti.


Masak Ayam Buttermilk sedap dan mudah



Resepi : Udang butter berkuah

Bahan - bahan
Setengah kilo udang sederhana besar
Sedikit tepung gandung (1-2 sudu)
Telur kuning untuk  sarang (Norzi tak pakai)
10-15 helai daun kari
Susu cair satu tin
2 - 3 sudu buttercup
10 biji cili padi hiris halus
4 ulas bawang putih -cincang
1 tin susu cair
sedikit garam
Minyak masak untuk goreng udang

Cara-cara
1. Basuh bersih udang - toskan dan taburkan sedikit tepung gandum , garam , biar sekitar 5 minit
2. Goreng udang hingga kekuningan- ketepikan
3. Untuk kuah, cair kan butter, kemudian  tumis bawang putih dan cili hingga naik bau, bila dah kuning masukkan susu cair (kuantiti ikut keperluan - Norzi pakai satu tin terus sebab tak suka simpan , kalau simpan nanti mesti rosak sebab tak pakai)
4. Didihkan, masukkan daun kari, bila kuah dah cukup masak, curahkan pada udang.




Udang butter berkuah style Norzi. Kalau suka pedas, boleh tambahkan lagi kuantiti cili hiris tu. Kalau 20 biji lagi best. Tapi Norzi kena kurangkan kerana anak kecil nak makan sekali.. 




Siap Udang butter berkuah

Kalau tak berapa suka jenis berkuah , maka korang boleh aje kurangkan kuantiti susu cair tu. Norzi curah semua sebab memang tak nak simpan. Kalau simpan juga memang tak akan makan habis, akhirnya susu akan berkulat dan pembaziran berlaku.. dan memang habis di makan semua. 

Sampai di sini sahaja. 




Salam ceria dari Norzi.

Assalamualaikum


Recommendations:

Cara masak udang kicap



Udang Masak Lemak Cili Padi



Masak Kurma Telur Rebus , Mudah dan Simple

                                        


6 comments:

  1. Sedapnye lah udang goreng butter ni. suami sy suke. Boleh cube. Terima kasih sbb bg resepi yg simple ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih melawat Diyana.. salam perkenalan ..

      Delete
  2. kecur air liur tgk udang goreng butter ni..dah la udang makan kegemakan..erkkk nak cuba resipi kak gee la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh cuba fisya.. ini Fisya anak omak ke ni... salam perkenalan.. tq ke Norzi Foodilicious House

      Delete
    2. Yer la kak gee...kta adik beradik shaklee...hihi...best btoi layan resipi2 k.gee...nk kna cuba nnt..

      Delete
    3. Hihi resepi ala kadar.. terima kasih fisya..

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...