Followers

Sponsored Advertisement

.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPENG HAIWAN : RAMA-RAMA

Assalamualaikum, mood update hasil kerja seni anak... alhamdulillah hasil kerja banyak, semangat update tinggi dan sentiasa mencari ruang untuk update. 

Tujuan buat topeng ini kerana ini adalah salah satu matapelajaran tahun 2 iaitu Dunia Seni Visual KSSR Tahun 2: menghasilkan topeng haiwan . Tema haiwan kali ini yang jinak iaitu rama-rama. Macamana nak buat topeng haiwan ni? Senang aje... ada 3 aktiviti  sahaja..melukis, menggunting dan mewarna. Dahulu Norzi pernah ajar Fatimah untuk buat topeng muka lembu di sini. Kali ini Razin perlu buat topeng haiwan juga, tapi rama - rama. Budak lelaki tak suka entiti yang melambangkan lembut , jadi dia asik bercakap nakkan topeng rama-rama tapi nampak ganas dan macam ala-ala transformers. Cemana tu.. pening juga dengar request yang dia reka ni..

Lepas ni mungkin akan ada lagi untuk topeng tema  haiwan jinak lain macam arnab , atau topeng muka haiwan liar seperti harimau, singa, beruang dan macam-macam lagi dan semestinya fun sangat menghasilkan kerja seni ni.. kami suka..

Jom layan langkah-langkah atau tutorial ringkas untuk buat topeng kertas ni. Diulangi aktiviti yang dilakukan adalah 3 aktiviti utama : melukis, menggunting, mewarna.





Langkah pertama , lukiskan bentuk , Oleh kerana rama-rama berbentuk symmetrical , jadi lipatkan dua kertas , dan lukis di sebelah bahagian sahaja. Kemudian teruskan menggunting hingga selesai. Norzi ajar dan dedahkan cara ni pada Razin. Kita mula gunting sedikit dan minta dia teruskan menggunting sendiri. Kalau ada sedikit ketidaksempurnaan , perlu di maafkan kerana mereka masih kecil dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak . Di sinilah proses pembelajaran bermula. 


macam mana nak buat topeng haiwan
Siap gunting!


topeng haiwan sekolah tahun 2 kssr
Topeng yang telah siap di gunting. Terus bentukkan mata dan kemasan lain
Norzi selalu pesan dengan anak-anak , melukis hanya perlu ambil beberapa minit sahaja, dan mewarna mengambil lebih banyak masa dan usaha yang lebih diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu kerja seni sekolah. Jadi jangan ambil terlalu banyak masa untuk melukis, cukup sekadar lukisan ringkas dan halus (skecth).

Topeng rama -rama yang garang dah siap . Razin suka sangat dengan hasil kerjanya. Alhamdulillah

Semoga bermanfaat
Norzi~
topeng muka haiwan lukisan topeng muka haiwanCara Membuat Topeng Kertas Sendiri tutorial lukis dan buat sendiri topeng kertas untuk budak sekolah rendah pendidikan seni visual Cara buat topeng binatang ala muka transformer topeng muka haiwan, topeng muka arnab,topeng muka harimau, topeng muka semut, 

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...