Followers

Sponsored Advertisement

.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SBP 2016

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur, debaran dan penantian terlerai juga .. syukur yang tidak terhingga... dengan pengumuman keputusan Sekolah Beasrama Penuh (SBP) tepat pada jam 12.00 tengah malam tadi, link di https://sst1.moe.gov.my/semakansbpt1_rayuan2016_apdm/index.cfm , anak Norzi,  Fatimah di tawarkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). 

Oleh kerana keputusan diumumkan 29 Jan 2016, sanggup Norzi tunggu detik 12 malam. Fatimah masih berada di Sekolah Agama Menengah Sg Merab Luar (asrama). Jadi esok pagi-pagi macam selalu Fatimah akan call, tapi kali ni dia call sebab excited untuk tahu keputusan samada dapat tawaran ke SBP atau tidak.. 


Keputusan SBP Fatimah


Kongsi sikit website dan gambar SEMASHUR

SBP Semashur
website Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)





Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)



Surat Tawaran dan Buku Tawaran Asrama Penuh pun Norzi dah habis baca. Esok misi cetak mencetak buku tawaran ada 25 muka surat , macam nak masuk universiti sebab perlu buat medical check up dan x-ray. Memang banyak nak kena uruskan . Jadi minggu hadapan akan jadi minggu yang sibuk untuk keluarkan Fatimah dari asrama Sekolah Agama Menengah Sungai Merab (SAMSMEL). Seterusnya kena buat preparation ikut checklist surat tawaran. Banyak persediaan sebab pakaian seragam SAM dan SBP tak sama. Apapun , alhamdulillah ..syukur.

Kepada yang telah dapat keputusan, tahniah kepada yang berjaya.. yang tidak berjaya , boleh buat erayuan atau tunggu keputusan MRSM . 

Salam ceria dari Norzi.


4 comments:

  1. Assalam norzie..Tahniah buat anakanda..
    Saya singgah balas dan follow jugak..Tq sudi singgah ke blog saya

    LiNa Pg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam lina. terima kasih singgah.. akan kunjung balas,

      Delete
  2. selamat datang ke semashur, bolehlah masuk group wassup tingkatan 1 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... InsyaAllah ... sangat di alukan utk ada group wassap, mudah utk berkomunikasi dan pantas.

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...