Followers

Sponsored Advertisement

.

MELAWAT SEKOLAH SEMASHUR

Lawatan ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau dikenali sebagai SEMASHUR telah dibuat untuk pertama kalinya. Yes , we were so excited and wondered about the school .  Norzi dan hubby pun waze the exact location. Akhirnya selepas  almost 2 jam di atas jalan raya kami sampai juga di sekolah SEMASHUR, setelah Fatimah mendapat panggilan kemasukan sebagai second intake di SBP.

Dah lama dengar pasa sekolah ni. Dari mulut ke mulut dengan tentang kebaikan dan bagusnya sekolah ni. Tapi tak pernah terfikir nak datang ke sini. Beberapa rakan Norzi , anak - anak mereka juga di sekolah ini. Bila ada keperluan , kami dapat juga datang. Sangat penting untuk datang sebelum menghantar Fatimah ke sini. Kami datang dan tengok tengok persekitaran sekolah Semashur.

sekolah menengah sains hulu selangor

Di pintu gerbang Sekolah Semashur

ulu yam sekolah sains semashur

Kami tak masuk pun ke dalam sekolah... kami hanya survey jalan sahaja . Esoknya kena buat xray dan medical check up sebagai keperluan anak ke asrama penuh.

sekolah menengah sains hulu selangor skolah terbaik

 Bahagian tepi sekolah. 

Sekolah ni sangat besar.. tanah luas, sesuai untuk aktiviti persekolahan

  Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools.  Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1]. Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.  SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.  Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
Di hadapan sekolah , tengok- tengok kejap. Ada guard house di depan sekolah. 

                     Perjalanan pulang, menghijau je .. suka

Lepas tengok , kami pulang . Datang kami ikut Batu Caves. Balik pulak ikut Sungai Buaya. Saja menggunakan kedua dua jalan supaya kami dapat buat perbandingan. Lepas ni persediaan untuk memasuki sekolah ni. Semoga Fatimah Azzahrah , anak mama akan cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan sekolah berasrama penuh di sini. Banyak lagi entry persekolahan dan tips berasrama penuh yang Norzi akan share kan. Melalui pengalaman yang ditempuhi anak Norzi. Atas faktor kekangan masa, entry ni lambat sikit di publish . Semoga bermanfaat. Kepada

No comments:

Post a Comment

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...