Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI KEK CARROT MOIST





Carrot cake (pic)


RESEPI KEK CARROT MOIST @KoleksiMyResepi

🍎 BAHAN (A) :
✔️3 Cawan gula caster - sy guna 1 1/2 cawan gula caster + 1 1/2 cawan gula perang
✔️1 Cawan minyak masak -sy guna minyak jagung

🍎 BAHAN (B) :
✔️6 Biji telur
✔️3 Sudu besar jus lemon
✔️1 + 1/2 Sudu besar esen vanilla

🍎 BAHAN (C) : AYAK & GAUL RATA
✔️3 Cawan tepung gandum
✔️3 Sudu kecil baking powder
✔️1 + 1/2 Sudu teh soda bicarbonate
✔️1 + 1/2 Sudu besar serbuk kayu manis -sy letak 1 sudu besar sahaja
✔️1/2 Sudu teh garam

🍎 BAHAN (D) :
✔️4 Cawan parutan lobak merah
✔️3/4 Cawan walnut cincang
✔️3/4 Cawan kismis hitam

CARA NYA :
1• Gunakan loyang 9 X 9 atau 10 X 10. -sy guna loyang 10 X 10
2• Sapukan loyang dgn sedikit minyak / butter dan alaskan dgn baking paper dan sapukan minyak / butter sekali lagi
3• Gunakan mixer dgn kelajuan low speed dan pukul BAHAN (A) hingga rata
4• Masukkan BAHAN (B) lalu tukarkan mixer ke kelajuan hight speed dan pukul sehingga kembang
5• Masukkan BAHAN (C) dan pukul lagi sehingga rata
6• Matikan mixer
7• Masukkan BAHAN (D) dan kaup balikkan (FOLD IN) sehingga rata
8• Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar selama 35 - 40 minit dgn suhu 160° atau sehingga masak - oven saya suhu 160° 60 minit
9• Suhu kepanasan bergantung kepada ketuhar masing-masing
10• Setelah masak biarkan kek didalam loyang selama 10 minit
11• Kemudian baru boleh dikeluarkan dan letakkan diatas redai
12• Biarkan kek sehingga sejuk selama 2 jam
13• Setelah itu baru boleh disapukan dgn cream cheese

CREAM CHEESE
BAHAN (A) :
✔️300 Gram gula icing
✔️50 Gram mentega

BAHAN (B) :
✔️600 Gram cream cheese

BAHAN (C) :
✔️150 Gram kekacang utk tabur - sy tak letak

CARA NYA :
1• Gunakan mixer dan pukul BAHAN (A) sehingga sebati
2• Masukkan BAHAN (B) dan pukul lagi sehingga sebati
3• Siap utk digunakan

NOTA ✔️ jika tidak suka bau serbuk kayu manis boleh kurangkan atau tak nak letak pun takpe. Ikut citarasa masing2

✔️asingkan sedikit adunan cream cheese yg tlh siap dan warnakan hijau apple utk daun dan warna orange utk corak carrot

✔️ jika tiada warna orange boleh mix sedikit warna merah + sedikit warna kuning akan dpt warna spt yg sy buat .. masukkan adunan ke dlm piping bag atau plastik biasa bungkus lauk tu pun blh..sy guna nozel muncung kecil dan buat corak ikut kreativiti..sy bentuk zig zag utk carrot..daun pun guna nozel yg sama..rujuk gambar mesti tau camna nk buat k..

✔️ Untuk sukatan di atas saya menggunakan sepenuhnya sudu & cawan metrik..

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...