Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI BIHUN HAILAM MUDAH



Resepi Bihun Hailam istimewa ni sesuai untuk makan malam atau tengahari atau makan petang pun sesuai. Memang mudah dan senang , memasak ni tidak susah mana, ikut citarasa sendiri cuma kena rajin sebab kena mengemas dan mencuci , membersihkan dapur .. itulah cabaran hakikinya. Kalau memasak sahaja memang mudah..lagi lagi bihun, mee, koey teaw ... semuanya mudah . ok resepi kali ni memang boleh buat terngidam.



Gambar Koleksi My Resepi  Bihun Hailam


Bahan bahan
1/2 bungkus bihun
Minyak masak
1/2 biji bwg besar (dadu)
5 ulas bwg putih (ketuk)
1 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1/2 cawan mushroom segar
5 gelas air
carrot 
Bunga kobis
Udang
Sawi
5 sudu sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan kicap
3 sudu besar tepung jagung (dubancuh dgn sedikit air)
Garam
Hirisan cili merah
Limau 

Cara -caranya
1. Celur bihun hingga lembut. Toskn dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bwg besar dan bwg putih hingga garing.
3. Masukkn ayam, tumis lagi hingga ayam separa masak.
3. Masukkn air, sos tiram, sos cili, kicap dan lobak. Kacau rata dan biarkn hingga mendidih.
4. Masukkn bunga kobis dan udang. Masakkn hingga kuah mendidih sepenuhnya.
5. Masukkn bancuhan tepung jagung. Kacau sebati hingga kuah pekat.
6. Akhir sekali masukkn garam dan sawi.
7. Tutup api. Hidapkan bersama bihun yg telah dicelur, taburkn hirisan cili dan limau


Selamat mencuba resepi yang super best ni , Makan panas panas , time hujan pun layan juga. Lebihkan udang n sayur , kuah .. sedap kan. So selamat mencuba uols.


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...