Pages

CUTI-CUTI KE JEPUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti-cuti ke yang Norzi nak kongsi dengan rakan2 maya adalah pengalaman Norzi ke Jepun... tapi bukanlah tahun ini.. dah beberapa  tahun lepas.. cerita agak lama tapi harap-harap ada kebaikannya kongsi pengalaman di sini.. jika ada yang akan ke Jepun, sekurang-kurangnya mempunyai tak banyak,  sedikit pengetahuan sebelum ke negara tersebut.. Jepun memang agak besar.. Norzi pun pergi ke Tokyo sahaja pada masa itu atas beberapa urusan. 

Norzi masih ingat lagi, penerbangan ke Jepun memakan masa selama 6 jam dari Kuala Lumpur International Airpot (KLIA) ke Narita International Airport, Tokyo. Perjalanan agak memenatkan..kerana duduk sahaja dalam air plane dan sekali sekala ada la berjalan ke toilet, ikut keperluan :). Pengalaman ke Jepun memang buat Norzi excited sebab perjalanan pada masa itu sekitar bulan March dan cuaca di Jepun pada masa itu sejuk dan bersalji. seperti biasa, persiapan visa telah terlebih dahulu diselesaikan 2 minggu awal.. dan penginapan telah terlebih dahulu di booked ...Duit currency Jepun in Yen pun telah di tukar awal-awal di KLIA. Baju ,kelengkapan untuk ke negara yang sejuk pada masa itu semua telah di bawa di dalam bagasi,ada juga handcarry.. foods untuk bertahan selama seminggu pun dah bawa juga...maklumla duduk di Jepun, agak susah sikit dapat makanan halal kerana majoriti penduduknya memang memakan makanan tidak halal..tambahan pula barang2 di Jepun memanglah amat mahal berbanding di Malaysia.. jadi , nilai wang kita sangat kecil jika dibandingkan..so norzi bawa nasi himpit segera, serunding, maggi, sardine, 3 in 1 milo, 3 in 1 nescafe dan....periuk nasi kecil hihih.. sebenarnya di dalam hotel memang tak di benarkan memasak..tapi norzi bawa juga hehe ,in case susah nak makan sebab that was my first time to be in Japan , so i totally have no idea on the food , climate , people and everything. Kira pergi seminggu tu macam pergi sebulan je hahahaha..:)

Sesampai di Narita International Airport,Tokyo, ramailah umat manusia.. Lepas cari beg dan mencari taxi untuk ke penginapan, Norzi keluar dan cuaca di luar mencecah -2 degree.. wah sejuk sangat.. sebab Norzi sampai waktu malam. Keluar je dari pintu airport dah siap2 pakai winter jacket, dan glove. Memang sejuk sangat ..tambahan pula bila ada angin sepoi-sepoi, sampai ke tulang la rasanya.. Masa di tempat sejuk , pastikan tiada bahagian badan terdedah seperti jari jemari kerana jika terlalu sejuk boleh sebab kan kita hilang deria rasa...






Tunggu punya tunggu teksi, dapatla satu. satu teksi dari Narita Airport ke penginapan Norzi iaitu Tokyu Stay Apartment and Hotel, kosnya adalah sekitar lebih kurang RM300-RM400. Tengok lokasi dan jarak. Ada rakan yang ke sana mencecah RM1000 , mungkin hotel mereka lebih jauh. wahh pening juga.. memang begitulah di sana, semuanya serba mahal. Hotel pun kecil sahaja keluasannya, ada katil , toilet dan dapur masak, harganya RM500 satu malam .. sebelum sampai penginapan, Norzi minum2 dulu tapi tak sempat nak snap pics sebab masa tu beg banyk la juga...campur barang2 lain lagi ..sejuk lagi...mmg tak sempat nak snap.. sampai je hotel, unpack barang, buat air panas , mandi2 , solat dan tukar baju.. walaupun hotel ada heater, tapi Norzi rasa tetap sejuk sangat. siap pakai socks tebal pun masih teramat la sejuk rasanya...sampai ke tulang..sungguh tak selesa.. so pada u all di galakkan cari long john . Bahan buatan long john yang bagus dapat memanaskan badan kalau berada di negara sejuk. Pakai long john dan sarung baju kita... Kalau nak cari kelengkapan winter, boleh pergi ke Alamanda, Sogo atau KLCC, nama brand 'Going Places' di Sogo dan beberapa brand lain..Norzi dah lupa la nak senarai kan satu2..



Sepanjang 5 hari di Tokyo, tak banyak tempat yang Norzi pergi ..malam hari kami merayau-rayau di sekitar Tokyo. Pengangkutan di sana adalah keretapi laju.. itu merupakan perkhidmatan awam utama.. di sana, susah nak nampak kereta..kebanyakan naik basikal.. di town, iaitu kota fesyen Tokyo pula terlalu ramai manusia....dan semua trendy.. di sana fesyennya semua cantik dan outstanding! memang Norzi suka sangat tengok.. so stylish! Sebab hari-hari naik train, so hari2 la menghadap machine ni.... heheh snap sikit !










Gambar kat atas tu adalah machine beli tiket train.  Norzi perhatikan, di Jepun mereka lebih utamakan practicality dan functionality of some products rather than aesthetic... tengok, ada public phone juga di Jepun, tapi untuk negara 4 musim, boothnya lebih proper dan fully closed. Kalau hujan air atau hujan salji pun, masih selamat dan tak la basah...  this is interesting right? i Love it selain ada privacy :)




oh ya, Norzi juga pergi ke Nissan showroom . hihi tengok2 usha2 la kereta kat situ especially Murano yang menawan.. lihat station info untuk Nissan cars, ada computer dan can be accessed by all visitors. suka tak concept ini ? :)









ada beberapa tempat yang Norzi pergi, tapi lupa namanya.. yang still boleh recall ialah Shibuya.. Norzi naik train dan berhenti di shibuya station. sepanjang hari yang sejuk tu, Norzi sempat snap pics yang ada gambar salji..Jalan basah... kelihatan pergerakan kereta agak terbatas dan pejalan kaki semua menggunakan payung ..perut pulak sentiasa la laparnya... sebab sejukss..minum air panas memang marvelous. Jom layan gambar..



Tengok tu.. salji menutupi permukaan bas, jalan raya, dan semua kawasan sekitar.....





Persekitaran town Tokyo mmg tak macam Malaysia..di siang hari nampak seluruh keliling bangunan ada iklan komersial yang disiarkan kepada pelanggan pada setiap permukaan bangunan tinggi..pada waktu malam..mmg meriah penuh cahaya...cuba tengok gambar di bawah pada waktu siang.. memang nampak perbezaannya.... 







Tengok la pics kat atas ni , perbezaannya...memang ketara dari segi persekitaran dan kalau ke Tokyo , memang sgt crowded dan penuh ngan manusia la.. Agaknya memang begitu ke hari2 di sana... Owh ya, pada peringkat awal ,ada rancang nak tengok bunga sakura, tapi imagine, nak sampai ke sana guna public transport iaitu keretapi laju mencecah 3 jam hehehe..  Norzi batalkan hasrat tapi meneruskan hasrat bershopping sakan di town hihi.tahu tak, baju winter coat yang Norzi beli di 'Going Places' di SOGO harganya untuk 3 item, dan satu glove total up RM800. Untuk winter coat saja RM499.. tapi sampai di Jepun, boleh tengok kat kedai merata2...design nya ada banyakkkk dan sangat murah, ada yg NOrzi jumpa semurah 1000yen iaitu bersamaan lebih kurang RM38 mengikut currency pada masa itu. Rupa-rupanya di negara 4 musim memang la murah kerana production banyak, demand tinggi ,bila ada volume, tentulah barang jadi murah..plus bila nak habis musim contohnya nak masuk musim bunga, penduduk akan mula cari stok baju untuk musim seterusnya..dan baju winter pun secara automatik tak ada la demand lagi ...  so, akan berlakulah  clearance sale sebab baju style lain pula yang akan mula dipasarkan atas faktor perubahan musim... ..begitula...serba sedikit ceritanya..


Norzi juga suka tengok gadget di sana..sangat banyak...selain pergi ke kedai2 yang jual mini cartoon character macam Gundam, dan seumpamanya... Norzi beli keychain cartoon Gundam banyak, bagi kawan2...:). Norzi juga beli beg duit .. barang di sana memang berkualiti, walaupun made in China tetapi mereka menapis hanya barangan yang berkualiti sahaja yang dibenarkan di masuk ke Jepun.. jadi memang puas hati.. Norzi sempat juga beli vibrator untuk urut kepala ketika sakit2 hihi sangat comel ,kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja ,harganya 1000yen juga.. coat yang norzi beli di sana 1000yen juga, tapi sampai Malaysia, sekali pun Norzi tak pernah pakai lagi hahahaha.. ada dalam lemari ..masih baru... tapi glove mmg Norzi pakai.. kalau pergi tanah tinggi , Norzi pakai sbb tgn sejuk sgt especially di Genting Highlands.. outdoor time ..




Norzi suka konsept petrol pump di sana kerana ianya gunakan concept hanging... mmg luarbiasa dan tiada di Malaysia.... taktahu ya kenapa design begini..ada kaitan dengan empat musim  atau tidak,Norzi pun tak pasti. Di Jepun, orang2nya memang mengagungi bahasa Jepun, susah nak jumpa yang fasih berbahasa inggeris.. tapi mereka sangat mesra.. masuk kedai je, terus diorang jerit "Arigato Gozaimasu! haik Haik!' hehehe

                          


Nak tau tak , Norzi nak beli la air fresh oren di sana yang dalam kotak kalau di sini sekotak around RM3.90 kot.. tapi di sana, sekotak melebihi Rm12..walla...so, i changed my mind beli la coffee latte je..hehe... masa tu lah teringat nak balik Malaysia ahahahaha... nak nasi lemak...nak sambal belacan, soto dan sebagainya dah hinggap kat pala ni... Norzi pergi makan kat restaurant Pakistan rasanya... sorry gambar tak tempek di sini sebab semua ada muka Norzi...hihi makan tempura prawn, dan macam -macam menu juga termasukla teh tarik.. rata2 kos makan di sana untuk sekali makan, 4 orang dalam RM300-RM400... jadi, kalau anda nak pergi ke Jepun, bawa duit extra sedikit kerana di sana barang-2nya memang mahal dan duit kita memang kecil , kecuali la kita ke negara seperti Indonesia.. tu memang kita jadi JUTAWAN segera kerana semuanya main juta2.. Nanti Norzi update on stories and experiences in Bandung... sangak syokk... :)
Selamat melancong dan selamat menjejakkan kaki ke Jepun. Baca tips dan buat persediaan terbaik sebelum berangkat ke negara orang . Persediaan awal dan banyakkan membaca agar kita tak terkejut dan sekurang-kurangnya kita dah bersedia lebih awal dan merencana aktiviti sebelum tiba di sana. 



Selamat melancong! :)
Norzi










5 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih sudi baca kaseh... kakzi ada banyak benda nak share cuma masa je tak berapa banyak.. :)..

      Delete
  2. kalau pergi berjalan sekarang kan... winter kot lebih berbaloi di beli di sana ke? sy nk pergi end of this month.. tp x carik lg winter coat... mcm nak beli knead coat dulu jer.. baju yg kait2.. Agak2 sejuk tak pakai baju knead jer.. tp dlm still pakai long john lah..:) mekaseh yer... best sbb sudi share info

    ReplyDelete
  3. Tq norzie...anak akak akn pegi 8 julai ni nasib baik summer.

    ReplyDelete
  4. Tq norzie...byk.imfo dpt dikongsi

    ReplyDelete