Pages

JALAN-JALAN CARI MAKAN : AYAM GOLEK KERINCHI @NARASEAFOOD

Assalamualaikum, Norzi dan keluarga telah menghabiskan masa dengan jalan2 cari makan pada cuti panjang yang lalu, iaitu pada 4 dan5 feb 2012. Kami sekeluarga pergi makan ayam golek di Kerinchi.. sedap ... terbayang-bayang lagi rasa dan rupa ayam golek ni... Ianya berhampiran dengan stesen petronas. Kami sekeluarga memesan seekor ayam golek, nasi putih, kangkung belacan ,kailan goreng ikan masin, sambal belacan dan sup kosong.. air pulak, air kelapa blended...



Harga yang ditawarkan memadailah.. tidak la terlalu mahal kerana ada pelbagai pakej  yang ditawarkan dan ada yang serendah RM36.90 yang merangkumi :

 2 nasi putih
 seekor ayam golek
tomyam 
air minuman.. 

ok la, tapi Norzi tak ambil set ini kerana kuantiti keluarga kami lebih 2 orang.. hehe..Ayam golek di Nara seafood ni memang memenuhi citarasa Norzi dan keluarga..kami suka datang sini.. Persekitaran restaurant pun ok walaupun di situ agak sesak, tapi bila dah masuk tak rasa sesak sebab agak terkepung.. kalau teringin ayam golek, boleh la ke sini...

sekian sahaja :) Harap bermanfaat :)



2 comments:

  1. bulan lepas aku tengok area kedai ayam golek ni dah kena roboh, tau mana kedai ni pindah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke... lama dah tak makan sini umar... nanti norzi tanya tanya kawan kat situ ok :)

      Delete