Pages

JALAN-JALAN CARI MAKAN : ICE CREAM MAGNUM ALMOND BELGIAN CHOCOLATE

Assalamualaikum.. update sikit pasal ice cream yang sedap ni. texture yang sangat2 halus. Almond yang kasar memang membuatkan kita puas hati sangat makan ice cream ni. Ni la ice cream MAGNUM ALMOND sangat -sangat recommended untuk dicuba . Norzi bukan la penggemar ice cream, zaman kanak-kanak riang dulu memang la suka .. tapi bila dah berumahtangga, semakin matang, selera kita pun dah beralih arah. hehehe  tapi ada satu hari tu, memang boring sangat, so apalagi cari ice cream yang boleh menghilangkan kebosanan hahaha. Belasah aja ambil ice cream ni, alhamdulillah tak menghampakan kerana rasanya yang sangat mewah ..(faham ke istilah mewah ni  aiyakkkk tak tau nak guna terminalogi apa ya) tapi rasanya memang sedap!  


Oleh sebab dah cerita kat anak2 , apalagi diorang pun tentula telan air liur heheeh ..mama cerita tapi tak beli, so balik sekolah last week (wee lama nya baru dapat hupdate hiihi) dia pun makan la ice cream ni dan setuju memang sedap. Harga pasaran RM3.90.



Ni Norzi kasi focus sikit kat ice cream ni..  memang best!  tengok kacang badam nya, memang diletakkan besar2 jadi bila kita kunyah sekali dengan salutan coklat memang s.e.d.a.p!  Alhamdulillah, ada juga pereka rasa makanan yang menemui resepi ais krim lazat ini  . Dalam dunia yang serba maju , canggih dan kehadapan, semua nak ada innovasi termasukla makanan. Terima kasih kepada penemu resepi ini  :) 




No comments:

Post a Comment