Pages

RESEPI : MEE JAWA






Assalamualaikum.. salam sejahtera.. Norzi update lagi sikit tentang resepi masa raya hari tu.. Oleh sebab setiap hujung minggu pack dengan tetamu.. tak da ruang nak buat special gathering dengan kawan2 belajar dulu.. walaupun dah janji...tapi tak tertunai sebab masa penuh dengan aktiviti beraya , orang datang beraya...dan tentunya buat untuk jiran-jiran dan saudara terdekat. Memang bukan senang nak dapat berjumpa semua dalam satu masa,biasala semua ada masalah masing-masing.. tapi masakan kali ni bukan Norzi buat masa makan2 hari raya yang jemput ramai tu... tapi buat lebih awal seminggu masa meraikan cikgu nursery anak yang nak datang berhari raya . Sebab pada hari yang sama, adik ipar Norzi dari Melaka pun nak datang sekeluarga dengan adik beradik iparnya... jadi dah terlanjur ramai Norzi pun masak la resepi Mee Jawa ni... 

Mee jawa ni tak semestinya orang Jawa je boleh atau suka makan.. Orang tak berapa Jawa pun mungkin lebih suka makan. Sejarah nama mee jawa ni Norzi tak sempat nak search tapi yang special nya pada nama menu ni adalah ada nama 'Jawa'... Tapi yang pasti bapa Norzi memang orang Jawa tau..dan Norzi serta suami berdarah keturunan Jawa.. Bapa Norzi boleh bercakap dalam bahasa Jawa. Norzi pula.. vocabulary jawa tak berapa banyak ingat..struktur ayat pun tak pandai....sebab emak Norzi orang Melayu ..mungkin kalau tinggal kat kampung boleh fasih berbahasa jawa :)

Cerita pasal mee jawa balik.. untuk buat kuah mee jawa ni, Norzi banyak kali eksperimen, barulah selesa nak buat semasa raya..  Pantang ada bahan di peti sejuk , Norzi mesti nak transform jadi mee jawa. Daging dalam kuah mee jawa yang telah lembut di masak, makan dengan mee, telur dan bahan-bahan lain , dan jangan lupa perah limau.. sangat-sangat sedap.  Kalau tak percaya , nanti boleh cuba kat rumah ya. Untuk satu pinggan makan , masaknya sekejap aje. Tapi proses membuat me jawa ni tetap sama walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kentang tetap kena rebus n blend halus, jadi lebih baik buat banyak sikit. Boleh sehari semalam makan menu mee jawa. 







Alhamdulillah memang sedap rasa mee ni (heheeh jangan marah ya, ni sedap pada selera Norzi dan keluarga... ) . Cuma masa ni Norzi buat  tak pakai taugeh ni.. Norzi buat mee 3 bungkus... kuah pula seperiuk besar...nanti jika senang dan kelapangan Norzi update pasal periuk yang tak berapa besar tu..tapi dikira paling besar dalam rumah Norzi ni hihi. Sebab kena masa banyak  ni..sebab nak serve cikgu , adik ipar sekeluarga dan kebetulan parents dan kakak Norzi datang..jadi semua makan  dalam 30 orang dewasa....masa tu Norzi buat spaghetti juga .. hehe masak menu ulang2 sebab orang yang di hidangkan untuk makan  tu kan tak sama...kira bolehla kan..








Masa ni bila dah siap terhidang mee jawa dan spaghetti, Norzi letak siap2 dalam tray supaya senang nanti bila tetamu datang..biasala takda maid..takut tak sempt  Norzi nak hidang 3-4 kali sebab datang dalam gap sejam..  oh ya....jangan terkejut tengok air sebotol aje... air belum keluar lagi ..sebab Norzi sejukkan dulu .. Norzi buat air laici tin aje.. letak dalam mangkuk dan masukkan ais... tu kegemaran kami juga :).... 







Agak-agak semua dah nak hampir selesai, Norzi sempat la snap gambar untuk diabadikan.... nampak tak mee tu tiga bungkus Norzi buat ..kira baki tu untuk Norzi dan anak2 serta suami ulang makan..just nice :). Memang tak membazir..: )  

Kepada anda semua di luar sana yg nak kalau berminat nak buat..boleh tengok la resepi di sini ya .. Norzi minta izin share di sini ya kak ita ...ambil resepi direct ni kak....

Mee Jawa
Oleh : Norzi Foodilicious House
Sumber Rujukan :Kak  Ita 
Bahan-bahannya:

Bahan A
1 bungkus mee kuning - dicelur
1/2 daging - direbus kemudian dihiris nipis (air rebusan jangan buang nanti nak dibuat kuahnyer)
1 cawan udang - dibuang kepala dan ekor
1 cawan taugeh - dicelur (Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak buang ekor taugeh :)
sayur sawi - dipotong kecil dan dicelur
tauhu - digoreng dan dihiris nipisn(Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak goreng dan potong2 tapi rasanya masih marvellous)
telur - direbus
bawang goreng ( ni memang norzi tak beli sebab hubby ku tak nak)
cili merah - dihiris
3 biji kentang / keledek - dikupas dipotong dadu dan direbus kemudian dikisar halus
2 buku gula melaka (Norzi guna satu saja)
garam dan gula secukup rasa
2 kiub daging.
2 keping asam keping atau asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan B dikisar
2 inc halia - dikisar
1 inc lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
* semua bahan diatas dikisar halus kemudian ditapis ambil airnyer sahaja
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
1/2 cawan ikan bilis - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
* air tapisan tadi dicampur dgn bahan diatas kemudian dikisar halus


Cara-cara:

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan B hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan rempah kari yg tlh dibancuh dgn sedikit air. masak lagi hingga garing
Masukkan kentang atau keledek dan air rebusan daging mengikut kepekatan yg diingini.
Masukkan udang , gula melaka, asam keping dan kiub daging masak hingga kuah didih.
Akhir sekali masukan garam dan gula rasakan masam manisnyer.... * mee jawa kuahnyer manis sedikit ye dari mee rebus.... Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat...

Macamtu la kaedahnya.. memang sedap... cuba tau..jangan tak cuba.. memang istimewa resepi ni... Norzi selalu buat sebab kena dengan selera big boss.. iaitu en hubby dan anak - anak tercinta..ok.. Sampai sini dulu .. Norzi dalam proses tulis pasal Cuti-cuti Malaysia ke Sabah ni masih belum selesai .... update entri ini dulu.. sampai sini saja.. 


salam ukhwah... 


“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” 

(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


~Norzi~



Khas untuk ibu-ibu :










4 comments:

  1. Salam Norzi. Terima kasih kerana sudi mencuba. Nampak sungguh menyelerakan. Akak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak ita.. terima kasih akak sudi singgah..terharu rasanya :):):) n happy ... suka sangat blog akak... terima kasih kak sudi share banyak benda...

      Delete
  2. Assalamualaikum. saya minta maaf copy gamba mee jawa design untuk costumer dia buat bisness mee jawa. saya seorang designer. saya minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..utk win win situation, jgn delete watermark..kecuali saudara/saudari perlu ambil gmbar sendiri dari masakan pelaggan saudara/saudari. Terima kasih

      Delete