Pages

IKAN AROWANA

IKAN AROWANA

Assalamualaikum.... apa khabar,... Suka bela ikan tak? Suka ke..atau kalau tak minat ke.. takpe; norzi juat nak share sikit pasal ikan arowana ni.  Norzi takda aquarium ..kolam kecik sekeciknya je adala... itu pun ada anak ikan je heheh...Info tentang ikan Arowana ni diperoolehii melalui pembacaan anak Norzi ya... Norzi tumpang post n share di sini... Jom baca info..info  ni pun dari majalah ..

Ikan Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya .Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogaram.Semasa proses mengawan,induk jantan dan betina akan berpasangan ddan berenang beriringan selama beberapa minggu.Telur akan di eram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira kira 6-7 sentimeter.




gambar : credit to google

Ikan Arowana boleh membiak di dalam  kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan.Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu di antara 26 hingga 33 darjah Celsius.

Bagi pembiakan di dalam kolam,jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai.Bekalan air di perlukan sepanjang tahun daripada sumber semula jadi sama ada air bukit,sungai,empangan dan tasik.Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut :Suhu air:29 hingga 31 darjah CelciuspH;6.5-8.5Oksigen terlarut :5ppm Alkalinti :60-100ppmCaC03 Jumlah keliatan:100 ppm Bacaan piring Secchi :30 sentimeter Ammonia :1ppmlkan.


semoga bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment