Pages

RESEPI : AYAM MASAK KICAP





Assalamualaikum... cuti hari tu.. terfikir-fikir apa nak masak .... akhirnya decided masak makanan kegemaran anak-anak and bapa anak-anak heheh.. Masak ayam masak kicap yang sempoi, senang , mudah segera dan sedap!. Suka tak? Kami sekeluarga sangat suka.... ok norzi tulis ringkas je ya ... kalau nak cuba boleh la cuba....sekali lagi diingatkan.. resepi ayam masak kicap ni senang mudah dan ringkas je. Kalau tak berapa nak rajin,satu lauk pun dah cukup dah .. selain itu , ayam masak kicap juga boleh di makan dengan nasi panas, ketupat dan juga roti. Ayam masak kicap juga ada pelbagai versi. Satu lagi Norzi ada masa ayam masak kicap halia dengan lada hitam. Kalau di kurangkan minyak atau tidak memakai minyak semasa memasak, sesuai untuk di makan ketika di dalam proses pantang bersalin. 

Tips untuk memasak dengan rasa mudah dan senang adalah memasak dengan penuh kecintaan kepada NYA dan keluarga, berlapang dada dan bebas dari perkara negatif. Hati yang bersih semasa memasak memberikan rasa gembira, mudah, senang dan yang kita harapkan adalah berlipat ganda pahalanya,Insya Allah dan wallahualam. Semoga setiap hari kita belajar sesuatu yang baru, perbaiki diri dan mengejar yang hakiki.InsyaAllah...  Jom tengok gambar dan resepi ya...

                             
Ayam masak kicap

      
ayam masak kicap



Resepi oleh : NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


1/2 ekor ayam

1 batang Kayu manis
1 bunga lawang 
1 biji cili hijau/merah -potong 4 (memanjang)
*1-2 biji bawang besar-dihiris
*2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia (ikut suka la nak letak banyak mana ya.. sebab ada yang suka banyak, norzi letak setengah inchi je , ketuk, tak hiris)
kentang sebiji , belah 2 dan hiris nipis
sebatang serai di ketuk
setengah sudu kecil lada putih di tumbuk halus
Minyak utk menggoreng ayam dan kentang
sedikit minyak untuk masak kicap
2 sudu besar sos tiram
kicap manis 3/4 cawan (atau ikut citarasa anda nak berkuah ke tak nak ya, kalau nak kuah babyak lebihkan..)






CARA-CARA
1) Bersihkan ayam, tos sekejap, ratakan kunyit dan goreng dengan minyak panas separuh masak,angkat biarkan tepi
2) Guna minyak ayam tadi, gorengkan sekejap kentang, agak2 dah kuning angkat, ketepikan.
2) Panaskan minyak yang guna tadi (kalau banyak sangat, kurangkan, masukkan semua yang dihiris bawang kecil, bawang putih bawang besar, halia dan rempah 3 sekawan
3) lepas naik bau , masukkan sos tiram  kacau
4) Masukkan ayam ,kicap manis, serai, kentang , kacau sekejap, dan masukkan cili.
5) kacau sampai sebati dan cukup masak, perasakan jika perlu (Norzi letak sikit garam kalau tak cukup masin tapi selalunya kalau dah letak kicap manis dah cukup masih dah)..

Ok...dah siap, boleh angkat n hidang kan :)


Tips: Selepas selesai memasak ayam masak kicap tadi atau sebarang masakan , disarankan untuk mengalihkan makanan tersebut dalam bekas lain supaya kicap /  kuah tadi tidak kering di atas kuali panas.Kuali yang panas bersifat menyerap , jadi cecair akan mudah diserap dan hasilnya bila telah sejuk masakan akan mengering.


Selamat mencuba ~

Semak resepi ayam masak kicap lada hitam dan halia di sini.



~ NORZI
“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza"
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.







Khas untuk ibu-ibu :







No comments:

Post a Comment