Pages

RESEPI : KARI IKAN SARDIN TANPA SANTAN

Assalamualaikum..Suka kari tak? Tak semua orang suka masak kari. Yang suka masak kari tentu nak resepi yang senang dan ringkas. Ibu zaman sekarang semuanya sibukkan .. tapi resepi kali ini super ringkas.. Resepi kari kali ni Norzi buat kari ikan tanpa santan. Memang mudah sangat-sangat dan cepat hehe . Ikan pula Norzi pakai sardin dalam tin. Sardin ni macam-macam boleh masak... masak sambal, masak kicap .. masak kari. Sebelum ni Norzi ada post masak sambal kat sini.  Kali ni Norzi masak ala-ala mamak style. 

Ops ya, kalau anda rajin dan ada pressure cooker, digalakkan untuk buat sardine sendiri. Kebaikannya sardin anda adalah dijamin bersih dan segar tanpa bahan pengawet. Norzi tiada pressure cooker buat masa ini...jadi tiada resepi menggunakan pressure cooker ya :)

Tips kepada yang ada pressure cooker , pastikan anda semua sentiasa mencuci bahagian lubang untuk memastikan wapnya keluar dengan sempurna. Sekiranya lubang pelepasan tekanan lebihan (pressure release valve) tersebut telah tertutup atau tersumbat kerana lebihan minyak yang telah mengeras akan menjadi faktor kegagalan fungsi pressure release valve. Kegagalan fungsi yang dimaksudkan adalah seperti spring tersekat atau seperti yang Norzi sebut tadi, lubang pelepasan wap tersumbat dengan minyak , akan menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya berlaku ,dan ini akan menyebabkan berlakunya air bomb. Ini sangat berbahaya! Anda perlu segera mencuci utk mengelakkan kejadian yang tidak diingini ya.

Baiklah, jika penyelenggaraan telah dilakukan dengan baik, ianya memudahkan anda untuk membuat sardin sendiri. Untuk membuat sardin, anda perlu masak dengan masa yang lama. mungkin mengambil 1 hingga 2 jam untuk proses yang sempurna... tulang-tulang memang boleh jadi lembut. 

Ok sebelum Norzi bercerita panjang, jom tengok resepi yang mudah lagi senang ni ya. 






Resepi : Norzi Beautilicious House / Norzi Foodilicious House

Bahan-bahan
Satu tin besar sardin
Satu inch halia
Dua ulas bawang putih di hiris
Dua biji bawang merah di hiris
Sebiji bawang besar dihiris kasar
Rempah empat sekawan - tapi Norzi pakai 3 sekawan je, pelaga tak letak
Semangkuk kecil kari 
Sedikit jus air asam
sedikit garam


Cara-cara
Panaskan kuali, gorengkan sedikit  ikan. (hati-hati, sardin bersos , jadi agak meletup2. kalau nak terus masak pun ok)
Angkat, dan guna minyak sama, tumiskan bawang putih , halia dan bawang merah.
Bila dah bau wangi, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sampai naik bau wangi, masukkan sos ikan sardin kalau mahu  dan jus asam jawa. Masukkan ikan yang di goreng sederhana masak tadi dengan bawang besar. Masak hingga mendidih, persakan ikut selera anda dan sedia dihidang. 

Hasil kari ikan ini lebih pekat . Sedap di makan dengan nasi panas.


Selamat mencuba.
Salam ceria dari Norzi~







Dalili Jubah . To order - whatsapp 019 3177872






Khas untuk ibu-ibu :














No comments:

Post a Comment