Pages

SELAMAT HARI LAHIR KHALISAH HUMAIRA

Assalamualaikum, syukur kepada Allah yang telah memberikan kesihatan kepada anak-anak Norzi. Pada 31 Mei 2014 yang lalu, genaplah usia 4 tahun anak Norzi iaitu Khalisah Humaira Bt Razali . Oleh kerana hari lahir Khalisah jatuh pada 31 Mei 2014 merupakan hari sabtu , maka kami buat awal sehari iaitu 30 Mei 2014. 


Doa untuk Khalisah

YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia anakku yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham anakku yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. 

Ya Allah berikanlah kesihatan tubuh badan, murah rezeki dan anakku ini membesar sebagai muslimah yang taat dan patuh kepada Mu.… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku dan anak-anaku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…Amin Ya Rabbil-Alamin.



Syukur Allah panjangkan usia anak kami, Khalisah Humaira. Khalisah ingin sambut di sekolah, jadi Norzi telah tempahkan kek tema pilihan khalisah. Tema idaman dia ialah dari movie cartoon Frozen dengan imej Elsa The Snow Queen. Alhamdulillah kek telah pun di tempat seminggu lebih awal. Khalisah berbunga-bunga tengok kek dia dah siap :) . Dah lama dia berhasrat nak kek ni... hari - hari dia mengingatkan Norzi untuk tempatkan kek Elsa Frozen





Kek ini seberat 1.5kg. Dalamnya adalah kek coklat moist. Persediaan sangat ala kadar kerana cuti sekolah telah bermula, oleh sebab itu , ramai yang tiada di sekolahnya. Jadi meraikan dengan rakan-rakan yang ada sahaja. 





Kerja-kerja belakang tabir. Goodies bag untuk rakan-rakan Khalisah di sekolah. 



 Semestinya mendapat sokongan dari semua ahli keluarga. Semua turun padang untuk siapkan kerja membungkus :)





Di sekolah ,Norzi temankan Khalisah. Malu-malu pulak dia.. Norzi rasa sebak, gembira, bercampur-campur dah perasaan. Masih teringat lagi empat tahun lalu Khalisah selamat dilahirkan ke dunia ini dengan berat 4.15kg... sekejap sahaja masa berlalu, alhamdulillah dapat menyaksikan Khalisah membesar di depan mata. Masih terbayang-bayang gelak tawa khalisah sewaktu masih bayi.



Selamat hari lahir sayang mama!









Mengimbas kenangan gambar Khalisah sewaktu kecil:













Semoga sentiasa di bawah lindungan NYA, memberikan kesihatan, keberkatan , kejayaan yang terbaik untuk mu.
Salam sayang dari mama untuk Khalisah.




No comments:

Post a Comment