Beberapa tips terbaik hanya dengan sebiji lemon. Amalkan pengambilan buah lemon atau jusnya untuk manfaat tubuh badan anda seperti berikut:
Lemon atau limau kuning baik adalah agen terbaik untuk membantu mengelakkan selsema, demam, lelah, batuk dan kahak. Untuk anti diabetes dan rawatan diabetes pula, elok di makan sebiji sehari dengan kulitnya sekali. Boleh dimakan sebagai ulam atau minum jus lemon sebiji sehari.
Selain itu, banyak lagi khasiat buah lemon. Buah lemon sangat bagus diamalkan dengan setengah biji lemon dicampur dengan sesudu madu bersama air suam. Sekali gus, ianya boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik)
Buah lemon
Buah lemon mampu menghasilkan kulit cantik bersinar. Kaedahnya hanya titiskan beberapa titik jus lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati. Amalkan dan jadikan minuman harian!
Selain itu, buah lemon juga sangat mujarab untuk menghindar nafas berbau. Kepada perokok, peminum alkohol atau setelah makan laut, cubalah berkumur dengan air suam yang diperahkan lemon. Paling baik kunyah sekali hirisan lemonnya.
Mahukan kulit cantik ? Ambil sebelah lemon dari sebiji , usapkan setengah potongan lemon pada wajah selama lima hingga 10 minit. Selepas itu , bilas wajah menggunakan air sejuk untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan perawatan ini setiap hari kerana kandungan lemon kaya dengan vitamin C, sangat baik untuk cerahkan wajah.
[Petua ini sangat menarik kerana ianya untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kita boleh lakukan pada kulit muka, kulit tangan dan kaki atau seluruh tubuh]
Baik untuk melembapkan kulit yang kering dan kusam bersisik. Campurkan perahan sebiji lemon dengan dua sudu makan minyak zaitun, sapukan pada wajah dan tubuh. Diamkan campuran berkenaan pada kulit selama lima hingga 10 minit. Kemudiannya, bilaslah dengan air hangat. Kulit akan kembali segar.
Boleh juga rendamkan jari dan kuku selama lima minit dalam satu bekas air hangat yang dicampur setengah buah perahan lemon. Gosokkan juga pada kuku dengan hirisan lemon dan rendam semula tangan dalam air sejuk. Lemon menjadikan kuku lebih kuat dan lebih putih!
Potongkan sebiji lemon dengan dua bahagian . Gosokkan sebagai skrub pada siku dan ketiak yang kehitaman.
Kandungan citric asid dalam lemon membantu membunuh bakteria. Penggunaan secara teratur boleh mencerahkan warna kulit di tempat tersebut bahkan lemon juga mengandungi zat pemutih yang baik. Elok dicuba seminggu atau dua minggu sekali.
jus lemon untuk muka, masalah atasi kulit berjeragat dengan lemon, khasiat jus lemon, lemon untuk kecantikan dan kehidupan, hindar penyakit, pelbagai kelebihan lemon, kebaikan lemon, khasiat lemon
POPULAR POSTS
Resepi : Kek Lemon
Kalau tak suka, pulangkan..
Doa untuk anak cerdik dan pandai
Berminat untuk mendapatkan lemon, sila klik SINI.
Kalau tak suka, pulangkan..
Doa untuk anak cerdik dan pandai
Berminat untuk mendapatkan lemon, sila klik SINI.
banyak betul khasiat lemon ni, memang wajib cuba amalkan
ReplyDelete