Pages

RESEPI : PUDING KASTARD

Assalamualaikum... selamat malam..hari ini Norzi tengok-tengok album lama... Banyak sangat gambar-gambar raya masih tak bersentuh... tapi dalam album raya 2014 tak ada gambar kami sekeluarga. Eii harus la bergambar semula nanti dengan baju raya kami... part yang paling susah nak bergambar semula adalah mengeluarkan semua baju raya di hari raya pertama dan menggosok. Oleh sebab tidak berapa lapang, maka projek tangkap gambar raya ditangguhkan lagi..... 

Dalam banyak-banyak gambar, Norzi baru perasan ada gambar puding kastard ni.. Lama nya baru boleh up kan entry . Resepi ini sudah kerap sangat buat.... Norzi selalu buat puding kastard kerana sentiasa ada permintaan dan semua dalam rumah Norzi sukakan puding kastard lagi-lagi kalau disejukkan terlebih dahulu. 

Resepi ini tidak menuntut masa yang lama untuk proses penyediaan dan memasak. Cuma perlu disejukkan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam sebelum makan .. Kalau makan sejuk-sejuk , kurang satu jam boleh selesai.


Puding Kastard

Tips penyediaan puding : Api sederhana, sentiasa kacau untuk hasil terbaik. Pastikan mendidih sebelum di tuangkan ke dalam bekas hidangan



Puding kastard dan kuah (source) 

Untuk hidangan lengkap puding kastard adalah beserta dengan kuahnya. Saya sukaaaa..



Puding custard


Tak habis lagi pasal puding kegemaran ni. Biasanya kalau ada tetamu , Norzi akan masak dessert seperti puding custard, puding roti dengan custard sauce, bubur jagung , kek coklat dan seumpamanya. Cari resepi yang senang-senang dan mudah aje..  InsyaAllah suatu hari nanti Norzi akan jemput saudara mara , rakan-rakan yang belum pernah ke rumah..niat dah lama ada, cuma mungkin belum tiba masanya.. Jom semak resepi :

RESEPI PUDING KASTARD
Bahan-bahan  (puding)
1 cawan tepung kastard (custard)
4 cawan air masak
2 sudu gula 

Bahan-bahan (kuah)
1 tin susu cair
2 sudu besar gula 

Cara-cara
1. Panaskan air, masukkan tepung custard dan gula, kacau hingga berkilat dan tekstur halus terhasil (api sederhana). Pastikan mendidih. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan sebelum masuk ke dalam peti sejuk. 

Tips penyimpanan di dalam peti sejuk : pastikan semua makanan yang di simpan di dalam bertutup sempurna untuk mengelakkan bakteria ke dalam makanan. Hanya makanan yang telah di cuci bersih sahaja boleh di masukkan ke dalam peti sejuk, terutamanya telur kerana telur yang belum di cuci mempunyai bakteria najis pada kulitnya, dan mudah merebak di tempat sejuk dan lembap. 

2. Untuk menyediakan kuah, masukkan susu cair ke dalam periuk, masukkan gula dan kacau hingga mendidih. kalau tidak mendidih pun boleh juga, kerana tujuannya untuk melarutkan gula, dan susu cair boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu di masak. Selepas gula larut,  alihkan ke bekas simpanan. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Sedia di makan setelah di sejukkan.

Selamat mencuba dan salam ceria.
~Norzi




No comments:

Post a Comment