Assalamualaikum, hari ini Norzi lunch di Secret Recipe. Minggu ini sudah beberapa kali makan di sini memandangkan lokasi makanan yang paling dekat adalah Secret Recipe (SR), San Francisco (SF), Sombrero (Makanan Mexico) , Level 3, river side. Dapat teka tak di mana lokasi ini :) . Ini adalah kata kunci paling popular di sini. OK, secara ringkas, hari ini Norzi lunch dengan rakan Norzi.
Dalam banyak - banyak resepi lasagne , Norzi paling suka lasagne yang di Secret Recipe. Bun yang diberi sekali dengan lasagne ini lembut sangat dan sesuai di makan dengan lasagne. Cheesenya not so cheesy , biasa-biasa sahaja tetapi kombinasi daging , sos dan cheesenya just perfect untuk taste Norzi. Selain dari Lasagne, menu lain yang Norzi gemar dan selalu ulang makan adalah Vietnamese noodles, spaghetti aglio olio dan spaghetti carbonara with crispy beef strips. Menu Vietnames noodles dan spaghetti carbonara ni dihidangkan dalam portion yang besar sangat. Memang 2 orang makan pun boleh.
Close up beef lasagne di Secret Recipe
Norzi dan rakan makan sekejap sahaja kerana banyak komitmen lain yang perlu didahulukan. Kalau ikut perancangan awal, 30 minutes sahaja not more than that, tapi lasagne lambat sampai pula.. akhirnya terlajak masa. Rasa nak cancel je mula-mula sebab lambat. Terima kasih kepada rakan yang belanja pada hari itu. Semoga Allah melipatgandakan rezeki dan permudahkan segalanya.
Terima kasih ; Jazakallah.
~Norzi
No comments:
Post a Comment