Pages

HOTEL DI LANGKAWI

Masih tak abis pasal Langkawi... Pengsan la type tak abis-abis cerita tentang Langkawi..Tengok gambar.. makk..banyak nya nak tulis .. ni lah entry yang sepatutnya di tulis awal-awal lg ..tapi atas faktor kekangan masa yang teramat sangat , maka semua perancangan tidak dapat tertunai. 

Dalam entri ini , berkisar tentang hotel yang kami duduk di Langkawi. Sebelum ini kami pernah ke Langkawi dan menginap di Awana Porto Malai yang terletak di Chenang, tetapi kali ini kami memilih lokasi di Kuah. Kenapa agaknya Norzi memilih Pekan Kuah, kerana sebelum ini Norzi duduk di Chenang dan ada melakukan aktiviti air dan naik bot ke pulau. Perjalanan kali ini Norzi hanya hendak makan, berjalan , shopping coklat...shopping pinggan mangkuk dan shopping bedsheets ... padahal masa di Guangzhou Norzi sudah beli 5 set comforter tapi bila di Langkawi rasa nak shopping lagi .. mula-mula window shopping..lepas tu takde window-window dah.. terus je tembus dari window hehehe..

Dalam banyak banyak hotel di Langkawi , Norzi memilih Dayang Bay Resort and SPA seagai destinasi menginap kami selama 3 hari 2 malam. Kos menginap di sini adalah sekitar RM560++ untuk 3 hari 2 malam. Di sini waktu untuk anda check in adalah pada jam 3 petang..kalau datang awal boleh je lepas lepas di entrance dia ..besar n open area.


Ini promo terlebih je untuk hotel tersebut, hehe selain  berkongsi maklumat kepada yang nak melancong terutamanya dengan keluarga dan anak kecil , Norzi juga rasa sangat berpuas hati dari segi  kebersihan bilik dan semuanya..kecuali makan sarapan pagi yang tak berapa teratur sangat.. Masa datang tu memang orang ramai.. jadi banyak makanan habis.. kalau ada pun spaghetti yang keras dan memang macam tak da standard pula makan macam tu...Bab makan nanti Norzi cerita spesifik di entry Makan di Langkawi.... Tapi kalau tak makan di Dayang Bay, anda boleh je makan di luar .. di kawasan kuah banyak kedai yang jual nasi lemak , nasi berlauk, kuih muih dan lain lain.



Bila dah petang sikit, mula nak mandi pool, sonoknya  nak main air..




Apartment ni ada satu bilik, satu hall , balcony, 2 toilet dan juga ruang mengeringkan/ menyidai pakaian ..



Pool time. Petang - petang sikit lepas jalan-jalan dan rehat sekejap , baru boleh main air. Kali ini percutian di Langkawi banyak habis masa dengan makan, shopping, tengok movie dalam hotel dan mandi pool. mandi pool dapat 2 petang. 





Dah sampai bawah... meriah..




 


Aktiviti mandi manda di petang hari memang menyeronokkan kanak-kanak. Norzi tengok je la... takda maknanya nak terjun sini basah lencun ... lagi pun tak minat la sebab ramai sangat la orangnya.

Kawasan bawah hotel juga luas dan selesa. Petang - petang boleh jalan-jalan hirup udara segar. Selain itu kadar kebersihan di sekitar hotel ini juga sangat memuaskan sepanjang kami berada di sana. 






Petang petang dan malam kitorang boleh turun balik untuk main beberapa mainan di sini. Kami juga main ping pong. Norzi tak main , tapi menonton aje. heheh 



Lokasi bilik adalah pool view dan boleh terus nampak laut.... memang best sangat, selain faktor pemandangan yang indah,  malam-malam dapat udara segar sebab kami buka pintu, sejuk mata memandang air yang kebiruan... rasa jauh sikit dari hiruk pikuk dan kesibukan bekerja seharian .... Island yang disediakan di balkoni  memang memudahkann kerja kerja membasuh. Kalau yang datang  menginap di sini dan stay lama boleh la memasak sekali. 





Pemandangan dari balkoni. 


Sampai sini dahulu. Kalau anda nak mencari hotel di Langkawi  boleh guna tips berikut :


1) Pastikan tujuan ke Langkawi, hendak bershopping atau banyak aktiviti air, jika banyak hendak membuat aktiviti membeli belah sebaiknya duduk di pekan Kuah. Jika  berminat dengan aktiviti air , kerana Langkawi mempunyai banyak pulau - pulau menarik selain ke Tasik Dayang Bunting. Untuk aktiviti air, digalakkan memilih hotel di sekitar Chenang kerana berdekatan dengan kawasan pantai.

2) Sekiranya datang dengan bilangan ahli keluarga yang ramai seeloknya memilih service apartment kerana lebih luas, selesa dan mempunyai ruang untuk memasak, sebaiknya bawalah periuk nasi kecil dan bahan - bahan mentah kering yang memudahkan tujuan tersebut.  Bilangan ahli keluarga kecil boleh memilih hotel.

3) Banyak hotel di Langkawi , tetapi carilah tempat yang selesa dan selamat. Walaupun kita ingin menginap sekejap sahaja tetapi kebersihan dan keselesaan penting bagi mendapatkan rehat yang berkualiti. 

4) Semak semua peruntukan perbelanjaan untuk hotel atau tempat penginapan anda agar ianya bersesuaian dan memenuhi keperluan anda ketika bercuti.

5) Adalah lebih baik mengelakkan cuti pada musim cuti sekolah kerana pada masa ini kebanyakan kawasan sesak, harga hotel lebih mahal. Walaubagaimanapun sekiranya tidak dapat dielakkan, rancanglah sebaiknya agar percutian anda menjadi percutian yang indah untuk di kenang. Selamat bercuti.

Sampai sini dahulu, akhir kata selamat melancong kepada semua. 
Norzi ~







No comments:

Post a Comment