Pages

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA


Melaka merupakan bandar bersejarah yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Memang seronok kalau dapat ke Melaka , lagi seronok kalau tujuan ke Melaka tu adalah untuk bercuti tanpa urusan bekerja... Kalau ke Melaka, sangat sinonim dengan makanan-makanan popular seperti asam pedas, kuih keria antarabangsa dan juga coconut shake. Mungkin ada juga yang cari seafood. Memang best sangat kalau dapat makan semua yang di cari. Tapi kalau ke Melaka time cuti sekolah , sangat - sangat sesak. Biasanya kedai- kedai pun sama sesak macam jalan raya.. Dari mood happy terus mood penat nak berlumba lumba cari tempat duduk, cari parkir kereta.. ini boleh mendatangkan tekanan.. 


Ok , cerita sikit pasal coconut shake Klebang , Melaka. Norzi pergi banyak kali dah ni . Pertama kali pergi atas urusan rasmi. Amboi rasmi sangat la tu haha. Sebenarnya atas banyak urusan dan bukanlah urusan peribadi. Pergi ke Klebang first time Norzi makan coconut shake kat situ . Sedap ditambah pula dengan ice cream vanilla satu scope. Selain coconut shake. ada juga nasi lemak kuih muih seperti karipap ,donut dan ada juga keropok lekor. Orang memang sangat ramai. Oleh sebab pergi tengahari , maka cuaca sangat panas. Kalau lupa pakai deodorant memang sangat UniFi la bau bauan yang tak sepatutnya berbau . Jadi , jangan lupa pakai deodorant lebih -lebih lagi kalau nak duduk bawah matahari.






Ini lah coconut shake Norzi order. Makan dengan nasi lemak dan kuih kuih. Tengahari hanya ada nasi lemak.. speciality memang kat coconut shake.



Kalau pergi Klebang melaka , boleh perhatikan coconut shake signboard. 

Waktu berniaga adalah seperti di bawah :

Warktu perniagaan Klebang original coconut shake :
Hari : Isnin - Ahad 
Waktu : 11 pagi hingg 6.30 petang
Konsep jualan adalah pesan, bayar dan anda boleh minum selepas itu...

Kepada yang nak ke Melaka boleh la cuba coconut shake ni. Kalau ada kelapa kat rumah , boleh juga cuba sendiri.. 

Salam ceria.
~Norzi

No comments:

Post a Comment